29/04/2025
J𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐦, 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐄𝐱𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬
Di tengah hamparan padang pasir Hadramaut, berdiri sebuah kota yang menjadi pelita umat — Tarim. Cahayanya tidak pernah padam, kerana di sinilah ilmu dipelihara, adab dijunjung, dan cinta kepada Rasulullah ﷺ disemai setiap hari.
Tarim bukan sekadar tempat menimba ilmu bahkan bumi yang menghidupkan warisan para anbiya’, tempat bersemadinya para wali, dan medan tazkiyah bagi hati-hati yang ingin kembali kepada fitrah. Di sini, zikir bukan hanya di lidah, tetapi menjadi denyut nadi kehidupan. Setiap langkah membawa kita lebih dekat kepada Rasulullah ﷺ , melalui pengajian, ziarah, dan adab yang diwarisi turun-temurun.
📍 Menjejaki akar penyebaran Islam di Nusantara dan di Singapura, Tarim membuka lembaran sejarah dan ruhani yang tidak ternilai. Mari kita hayati pengalaman berada di kota para awliya’ — kota seribu wali — yang terus menerus menyinari dunia dengan ilmu dan adab.
Jelajah Kota Tarim serta Umrah Express membawa anda menyentuh dua tempat istimewa, iaitu Makkah dan Tarim, dalam satu perjalanan yang membangkitkan hati. Ia adalah ruang untuk menyucikan diri di Haramain, dan kemudian menyelam ke lautan hikmah di Tarim, bersama para habaib, masyaikh dan para penuntut ilmu yang menghidupkan sunnah setiap hari.
Bersama Al-Salamah Travel & Services dan ALG Academy, anda akan diberi peluang untuk:
📿 Menunaikan Umrah – membuka lembaran baru dengan niat dan keinsafan
📖 Kuliah subuh harian yang dibimbing oleh Habib Umar bin Hafizh
🕌 Menziarahi maqam para anbiya’, sahabat dan wali
📚 Mengalami kehidupan sebenar sebagai penuntut ilmu di Darul Mustafa & Darul Zahra
🌙 Menghadiri sambutan Maulid yang meriah dan menyentuh jiwa
📆 Tarikh: 𝟐𝟖 Ogos – 𝟔 September 𝟐𝟎𝟐𝟓
🕊️ Durasi: 10 Hari 9 Malam
📍 Destinasi: Makkah & Tarim, Hadramaut
✈️ Penerbangan: Emirates & Yemenia Airways
👥 Terbuka untuk lelaki & wanita
💰 Anggaran Pakej: SGD 4,599 (termasuk visa, tiket, penginapan, makanan, mutawwif, ziarah & bahan pengajian) (tempahan awal hingga 30 April akan mendapat diskaun $100 dollar seorang)
..sambung di komen