Jejak Balkan

Jejak Balkan Sekumpulan anak Malaysia yang berhijrah & kini menetap di kota Sarajevo, Bosnia & Herzegovina. MENJEJAKI SEJARAH DUNIA ISLAM DI WILAYAH BALKAN!

Krew JEJAK BALKAN menyediakan pakej perlancongan di sekitar tanah Balkan pada harga yang minimal dan berpatutan! Pakej kami berteraskan pengisian sejarah, agama, budaya dan juga penghayatan keindahan flora & fauna sepanjang pemusafiran. Diuruskan sepenuhnya oleh anak muda dari Malaysia yang kini bermastautin di bumi Sarajevo dan Istanbul. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Muazammil Mamat
+39 3

38 298 2556 (WhatsApp)

-----------------------------------------------------------------

1) APA ITU WILAYAH BALKAN? Wilayah semenanjung Balkan merupakan sebuah tanah besar yang terletak di bahagian selatan-timur Eropah. Ia merupakan tanah dari gabungan dari beberapa pecahan negara di dalamnya, iaitu Slovenia, Croatia, Bosnia and Herzegovina, Serbia, Kosovo, Montenegro, Macedonia, Moldova, Romania, Bulgaria, Albania, Greece, dan juga bahagian Turki eropah.

2) APAKAH SEJARAH DISEBALIK BUMI BALKAN? Terdapat pelbagai sejarah yang dapat kita pelajari dan nikmati di negara-negara wilayah Balkan ini, dari sejarah Empayar Rom, Empayar Bizantium, keagungan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah, pemerintahan diraja Austria-Hungary, pembunuhan Franz Ferdinand yang telah mengakibatkan tercetusnya Perang Dunia Pertama (WW1), perpecahan negara Yugoslavia, sejarah perang etnik Bosnia-Serbia sehingga mengakibatkan ratusan ribu rakyat tidak bersalah terbunuh, sehinggalah kebangkitan semula wilayah di rantau ini. Jangan tak percaya, bagi peminat siri tv "Game of Thrones", rancangan tersebut telah difilemkan di wilayah Balkan!

Sudah sampai masa untuk share pengalaman semasa duduk di Bosnia & Herzegovina selama 2-3 tahun sebelum berpindah dekat I...
14/09/2020

Sudah sampai masa untuk share pengalaman semasa duduk di Bosnia & Herzegovina selama 2-3 tahun sebelum berpindah dekat Italy.

Mungkin ramai tahu ada Masjid Malaysia di Bosnia, tapi tahu tak ada lebih dari satu Masjid Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan dan individu-individu. Masjid Malaysia yang terkenal di Sarajevo, tetapi ada Masjid lagi besar di Travnik. Selain daripada itu ada sekolah-sekolah Malaysia, jalan Malaysia, jambatan Malaysia dan BOSMAL (Bosnia-Malaysia). BOSMAL ini ialah sebuah bangunan yang mencakar langit Sarajevo, sehingga nama BOSMAL ni melekat utk kawasan itu oleh lokal.

Semua ini bermula selepas perang Bosnia, di mana Malaysia dan Bosnia Herzegovina mengekalkan hubungan rapat setelah tentera MALBAT (Malaysian Battalion) dihantar ke Bosnia semasa perang dahsyat di mana penduduk Bosniak muslim di buli. Yang itu, mungkin boleh cerita lain kali. Manalah orang Bosnia tak respect dekat kita. Kita sanggup datang dari hujung dunia ke Eropah untuk mempertahankan sesama kaum muslim.

Video kali ini ialah sesi sembang yang menceritakan pengalaman duduk di Bosnia, di mana saya telah explore sana sini, terutamanya yang ada kaitan dengan Malaysia. Banyak video dan gambar rare yang saya telah rekodkan semasa eksplorasi saya. Rugi tak tengok. Lagi2 orang bosnia nyanyi lagu Malaysia

Dan terakhir sekali, jika ada yang berminat untuk beli buku 'JEJAK MALAYSIA DI BOSNIA DAN HERZEGOVINA' boleh pm saya atau contact whatsapp (+39 338 298 2556)

Jika video ini best, jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE dan SHARE. Terima Kasih dan Semoga bermanfaat

FOR INTERNATIONAL VIEWERS (Video is in Malay) --> GO TO RIGHT BOTTOM CORNER OF VIDEO --> SETTINGS --> CAPTION --> SUBTITLE ENGLISH

Masjid-masjid Malaysia yang terdapat di Bosnia & Herzegovina. Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah Malaysia, bangunan Malaysia, jambatan Malaysia dan ja...

Never Forget Srebrenica
11/07/2020

Never Forget Srebrenica

One of the best trip I had ever done with a group of Malaysians touring Europe & Balkan with our BMWM Adventure Bikes. A detour was done during to Potocari M...

27/06/2020

SUBSCRIBE to : Menk Mahawangsa YouTube Channel (Click The Subscribe button above). . I have a dream of traveling overland from my hometown Kuala Lumpur, Mala...

Kami di Prague
09/11/2019

Kami di Prague

Couples who travel together stay forever ❤️

Balkan tour yang terakhir untuk musim panas tahun ini
08/09/2019

Balkan tour yang terakhir untuk musim panas tahun ini

Alhamdulillah selesai tour bosnia + qurban47 ekor kambing telah disembelih ketika raya Aidil Adha
08/09/2019

Alhamdulillah selesai tour bosnia + qurban
47 ekor kambing telah disembelih ketika raya Aidil Adha

Address

Sarajevo
71000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Balkan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jejak Balkan:

Share

Category