Pedada Homestay Mukah

Pedada Homestay Mukah the place you should go and feel the Melanau areas

Gabungan kampung menjadikan Homestay Pedada ini menjadi satu lokasi untuk anda merehatkan diri dari suasana bandar yang sentiasa sibuk. Mengambil nama sempena Taman Pedada, pastinya suasana persekitaran masih suci dan hijau serta dikelilingi pokok pedada yang merupakan salah satu hutan paya bakau di Malaysia. Anda akan turut dibawa mengenali budaya Melanau dari segi pertuturan, perhubungan dan sebagainya meliputi kehidupan harian, perkahwinan dan lain-lain.

07/11/2025
04/19/2025

Pesta Kaul Mukah 2025

Gambar dirakam petang tadi selepas matahari terbenam TIBOU berlatar belakangkan selepas matahari terbenam.

📍 Sunset di Pantai Kala Dana Mukah
📸 My Sufri Channel MSC

"TIBOU" Permainan Tradisi Masyarakat Melanau, menjadi tarikan pengunjung yang datang memeriahkan suasana Pesta Kaul.

04/17/2025

Majlis ingin memaklumkan kepada umum tentang penutupan sementara yang 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 di kawasan Gerai Jualan MDDM sempena Pesta Kaul Mukah 2025 di Pasar Lama Mukah dari 19 April 2025 sehingga 27 April 2025.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐁 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐣𝐚𝐦 𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝟏𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐢𝐧𝐢.

Majlis menetapkan 𝐙𝐨𝐧 𝐂 (𝐩𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐃 (𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠) sebagaimana hebahan sebelum ini 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚, namun memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan kelancaran lalulintas di kawasan yang terlibat sesak.

Semoga masyarakat umum boleh sama-sama menyesuai dan merancang perjalanan masing-masing di kawasan tumpuan ramai semasa Pesta Kaul Mukah 2025 berlangsung kelak. Terima kasih di atas kerjasama semua dan perhatian terhadap makluman daripada Majlis.

Berkhidmat Untuk Kemajuan

04/10/2025

Panggilan untuk Anak Melanau!

Borang dan Syarat penyertaan sudah keluar….

Adakah anda berani tampil menyerlah dan membanggakan budaya Melanau? Inilah masanya!

Sertai Pertandingan Teluwaih Jinih Kaul 2025 dan rebut peluang untuk menjadi ikon keanggunan serta warisan budaya Melanau yang sebenar!

Kenapa anda perlu sertai?
• Peluang tampil dalam pakaian tradisional yang memukau!
• Platform untuk tonjolkan keunikan budaya, makanan & tempat menarik di Mukah!
• Hadiah menarik menanti!
• Eksklusif untuk wanita Melanau berumur 18-30 tahun sahaja!
• Hanya 10 penyertaan terhad – rebut tempat anda sekarang!

Tarikh tutup penyertaan: 15 April 2025

Jangan tunggu lagi – jadilah sebahagian daripada warisan yang membanggakan. Tampilkan pesona Teluwaih Jinih dalam diri anda!

Maklumat lanjut & borang penyertaan, hubungi:
• Cik Sykekumeto Smith: 014-8840726
• Puan Noor Fauziana Mahmud: 013-8310026

04/03/2025

Address

Sarawak, ON

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pedada Homestay Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pedada Homestay Mukah:

Share