Thrive Tour adalah sebuah syarikat pelancongan yang diasaskan oleh Fahmi Hamir dan rakan-rakannya, mereka adalah bekas pelajar Maahad El Buuth El Islamiah dan Universiti Al Azhar serta berpengalaman lebih 12 tahun di Mesir. Beliau mula mengorak langkah mempelajari selok belok didalam industri pelancongan pada awal tahun 2009 bersama 3 orang sahabatnya dan mula menubuhkan Thrive Tour pada 01 Oktobe
r 2010. Thrive Tour juga dikendalikan oleh mahasiswa-mahasiswi dari Uni Al Azhar, Iskandariah, Mansoura, Ain Shams, Cairo, Zagziq, Tanta dan juga dari mahasiswa Maahad Qiraat Syubro. Setelah lama merantau di Bumi Anbia Mesir, kami sedari yang Mesir adalah negara yang sepatutnya anda jejak sebelum mengembara ke negara lain kerana, mengembara ke Mesir bukanlah semata-mata kerana "Pyramids & Sphinx" atau anda hanya fikirkan "Padang Pasir"! Mesir juga sangat kaya dengan sejarah-sejarah 7000 tahun Ketamadunan seperti Islamic, Pharaonic, Bahasa dan Budaya, Tradisi, Cerita Kedai Kopi, Perayaan, Seni bina dan Kraf. Sudah tentu terkenal dengan Sungai Nil apatah lagi kisahnya berkait dengan Nabi Musa A.S. Dengan kekayaan ini, Mesir di gelar "Omm Dunyaa" atau lebih dikenali sebagai "Mother Of The World" yang mesti anda jejaki. Kami banyak mengeluarkan idea-idea baru bagi percutian ke Mesir yang pasti dikenang apabila meninggalkan bumi yang penuh bersejarah ini. Disinilah kami belajar, kami membesar, kami bekerja, dan kami menikmati kehidupan ini dengan silang budaya yang terdapat padanya pelbagai keunikan. Kami telah mengembara di seluruh sudut negara ini bagi mencari yang terbaik untuk kami alaminya sendiri dan daripada kami untuk anda semua.