KEDAHMISR TRAVEL merupakan sebuah syarikat yang dikendali oleh mahasiswa kedah yang menuntut di bumi Mesir. Penubuhan syarikat ini atas kesedaran Anak Kedah Mesir untuk belajar mengendalikan syarikat pelancongan. Selain itu, menjadi sumber pendapatan bagi jawatankuasa atau ahli syarikat yang terlibat. Sehubungan dengan itu juga syarikat ini berhasrat untuk menyumbangkan dana kewangan kepada MKKK j
ika terdapat kemasukan melalui perkhidmatan yang ditawarkan. KEDAHMISR TRAVEL juga akan sentiasa berjalan dan bergerak bersama MKKK dalam mencapai matlamatnya khusus dari bidang ekonomi. OBJEKTIF PENUBUHAN
Menimba pengalaman dalam sektor pengurusan syarikat pelancongan. Mencari sumber pendapatan kepada individu dan persatuan. Memudahkan urusan pelancongan di Mesir. Menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Menggalakkan pelancongan ke Mesir demi memperlihat kesan sejarah islam di Mesir dan sejarah Bumi Mesir itu sendiri. VISI
Menjadi agen pelancongan yang terbaik bagi warga Malaysia khususnya dalam melancong di Bumi Mesir. MISI
Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan hati pelanggan. PERKHIDMATAN
1. Pakej percutian dan pelancongan di sekitar Mesir.
2. Pengurusan perkhidmatan pengangkutan seperti bas, coaster dan tremco.
3. Penempahan penginapan seperti hotel dan rumah tamu.
4. Menerima tempahan catering pelbagai jenis masakan