21/12/2019
Bingkisan Ibrah dari Sinai 2.0
1) Berjalan atas dasar syariat perlu berlandaskan dalil.
Perdakian menyelusuri bukit sinai memerlukan bantuan seorang 'dalil' atau penunjuk jalan. Mereka mereka orang yang terlatih dan sangat arif akan selok belok kedudukan muka bumi bukit ini. Tidak pelik jika kita melihat mereka mendaki hanya berbekalkan selapis baju sejuk dan muzik halwa telinga!!
Begitu kehidupan kita. Menjadi keutamaan seorang muslim memahami agama melalui dalil yang sahih. Dalil kita yang utama adalah al-Quran dan as-Sunnah. Andai kita berpegang dengan sempurna insyaallah kehidupan kita tidak akan lari menjauhi kebenaran yang hakiki.
Kunjungan besar kita Nabi Muhammad SAW juga diutuskan menjadi penunjuk jalan kebenaran kepada kita.
2) Perjuangan anbiyak jauh lebih sukar.
Semestinya kita merasakan keletihan dalam perjalanan ini. Kita terpaksa 'berperang dengan mental, fizikal dan nafsu sendiri untuk berjaya.
Begitu cabaran yang perlu ditempuh para anbiya. Nabi Musa AS perlu mendaki ke puncak bagi memperoleh sebuah wahyu dari illahi.
Namun hakikatnya kesusahan itu merupakan 'Tarbiah Rabbani' yang menguatkan lagi jiwa baginda dalam lapangan dakwah kepada umat.
3) Bersendiri atau Berjemaah?
Ungkapan Afrika pernah berdendang, 'if you to go fast, run alone. If you want to go further, run together'.
Kita mungkin selesa dengan keupayaan sendiri dan merasakan mampu sampai segera ke destinasi. Namun berkat bila bersama susah dan senang tiada galang gantinya dalam kehidupan kita.
Bahkan Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan pelbagai khususiat pun sangat menekankan kehidupan berjemaah.
Ayuh bersama jemaah Islam!