Kembaramesir.com

Kembaramesir.com Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kembaramesir.com, Cruise Agency, Nasr City.
(1)

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨“لَيْسَ العِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيد، إِنَّمَا العِيدُ لِمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيد”Bukanla...
21/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
“لَيْسَ العِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيد، إِنَّمَا العِيدُ لِمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيد”
Bukanlah raya itu bagi yang memakai pakaian baru,
tetapi raya itu bagi yang bertambah ketaatannya.
Moga Ramadan yang lalu menjadikan kita lebih dekat dengan Allah 🤍
Maaf Zahir & Batin daripada kami,
Kembara Mesir & Dar Hikmah.

09/03/2026

"Pernah tak anda rasa penat dengan dunia, rasa iman makin 'flat', atau rasa kisah dalam Al-Quran tu macam sekadar sejarah lama yang jauh?

Sebenarnya, Allah tak suruh kita baca Al-Quran sekadar untuk khatam. Antaranya Allah suruh kita 'Siru fil Ardh', berjalan di muka bumi untuk lihat sendiri bukti kebesaran-Nya.

Kenapa saya kata menziarahi itu soal IMAN?
Sebab bila mata kita sendiri memandang Sungai Nil, tempat Nabi Musa dihanyutkan... Bila kaki kita sendiri memijak bumi yang pernah disujud para Anbiya... Bila hati kita sendiri bergetar melihat jasad Firaun yang Allah kekalkan sebagai peringatan...

Pada saat itu, segala 'ilmu' yang kita hafal selama ini akan meresap masuk ke dalam jiwa. Keyakinan kita bukan lagi sekadar sangkaan, tapi ia menjadi penyaksian.

Kembara ke Mesir pada 25 April ini bukan untuk 'healing' kosong. Kita pergi untuk bawa balik semangat Siti Asiah, kesabaran Nabi Yusuf, dan ketegasan Nabi Musa ke dalam hidup kita yang penuh ujian ni.

Sertai Kembara Mesir dan ✈️🇪🇬 DM untuk itinerari dan booking sekarang!

•Whatsapp : https://wa.me/60133012374?text=Kembara%20Mesir
•Website : kembaramesir.com

26/02/2026

Bismillah, Mesir bukan sekadar padang pasir dan monumen purba. Ia adalah bumi di mana wahyu diturunkan, di mana para Nabi berjalan, dan di mana para ulama besar kita dilahirkan.

Berapa kali kita baca kisah Nabi Musa vs Firaun dalam Al-Quran?
Berapa kali kita sebut nama Imam Syafi'i dalam solat kita?

Kali ini, kami jemput anda untuk 'melihat' sendiri sejarah itu dengan mata hati.

KEMBARA MESIR: SEJARAH ISLAM & KISAH AL-QURAN
📅 Tarikh: 25 April – 1 Mei 2026

Kenapa sertai kembara ini?
✅ Pengisian Tadabbur Quran di lokasi sejarah.
✅ Ziarah Makam Imam Syafi'i & Universiti Al-Azhar.
✅ Menjejaki kisah Nabi Yusuf & Nabi Musa.
✅ Cuaca musim bunga yang sangat selesa.

Kita tidak hanya melancong, kita mencari ibrah yang hilang.

Sertai Kembara Mesir dan ✈️🇪🇬 DM untuk itinerari dan booking sekarang!

•Whatsapp : https://wa.me/60133012374?text=Kembara%20Mesir
•Website : kembaramesir.com

19/02/2026

Tazkirah Ramadhan

“Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu, ketika dia melakukan dosa, maka akan dititikkan di dalam hatinya satu titik hitam. Lalu apabila dia meninggalkan dosanya, memohon ampun, dan bertaubat, hatinya kembali bersih. Dan jika dia kembali melakukan dosa, maka akan ditambah titik hitamnya, sehingga menutupi permukaan hati. Itulah dia ’al-Rān’ yang telah Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang maksudnya): ‘Itu disebabkan kerana al-Rān yang menutupi hati mereka disebabkan dosa yang telah mereka lakukan.” (Sunan al-Tirmizi, no: 3334 - hadis hasan)

kata almubarakfuri hati yang diselaputi dengan dosa akan sukar untuk melihat kebenaran. Amat membimbangkan jika melihat ramadhan sebagai satu bulan yang tidak menggembirakan.

oleh yang demikian dalam menyambut bulan Ramadan ini, perbanyakanlah amal soleh. Ini kerana melalui kebaikan yang kita lakukan, ia berupaya menyucikan jiwa, menanggalkan kerak-kerak dosa yang telah berkarat di dalam jiwa. seperti mana firman Allah:
“Sesungguhnya amal kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan (dosa). Itulah peringatan buat mereka yang mengingati. (Surah Hud: 114).

Sambutlah Ramadan ini dengan taubat dan istighfar kepada Allah. Jiwa yang bersih akan memudahkan kita untuk melakukan ibadah kepada Allah. Ingatlah kata-kata Yahya ibn Muaz, seorang tokoh sufi yang terkemuka pada kurun ketiga yang pernah berpesan:

“Penawar hati itu ada lima: Membaca al-Quran sambil bertafakur, mengosongkan perut, qiamullail, berdoa penuh khusyuk di sepertiga malam dan bergaul bersama orang-orang yang soleh.” (al-Aẓkār, al-Imam al-Nawawi).

Jadikan bulan ramadhan sebagai titik perubahan dalam diri kita. Moga Allah memberkati umur, waktu dan tenaga kita, menerima taubat kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.


Seringkali kita terlalu fokus kepada rutin fizikal berpuasa, namun intipati sebenar Ramadhan adalah penyucian jiwa. Inil...
19/02/2026

Seringkali kita terlalu fokus kepada rutin fizikal berpuasa, namun intipati sebenar Ramadhan adalah penyucian jiwa. Inilah masanya untuk kita "reset" semula hati kita, menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia, dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Marilah kita menyambut bulan yang mulia ini dengan azam untuk menjadi versi diri kita yang lebih baik, lebih sabar, dan lebih bertaqwa.

Kenapa Ramadhan kali ini perlu lebih bermakna?
Penyucian Hati: Melatih sifat sabar dan syukur.

Detoks Jiwa: Meninggalkan tabiat buruk dan lisan yang tidak berfaedah.

Keberkatan Berganda: Setiap amalan kecil dinilai tinggi di sisi Allah SWT.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati.
Ingin merasai suasana Ramadhan yang berbeza di bumi anbiya? Layari kembaramesir.com sekarang untuk maklumat lanjut tentang pakej ziarah kami!

5 Kelebihan Maidah Ar-Rahman di Mesir 🇪🇬Di Mesir, Ramadan bukan sekadar berpuasa…ia tentang berkongsi, persaudaraan dan ...
19/02/2026

5 Kelebihan Maidah Ar-Rahman di Mesir 🇪🇬

Di Mesir, Ramadan bukan sekadar berpuasa…
ia tentang berkongsi, persaudaraan dan rasa syukur ❤️

🤝 Mengeratkan Silaturrahim
Satu meja, pelbagai latar belakang.
Di Maidah Ar-Rahman, semua duduk sama rata —
pelajar, pekerja, musafir, orang tempatan.

✨ Menghidupkan Suasana Ramadan
Deretan meja iftar, lampu-lampu jalanan dan suara azan
menjadikan Ramadan di Mesir lebih hidup dan berbekas di hati.

🍽 Peluang Mendapat Ganjaran Pahala
Memberi makan orang berpuasa,
pahala mengalir tanpa mengurangkan pahala mereka.

♻️ Mengelakkan Pembaziran
Rezeki dikongsi dengan tertib,
setiap hidangan dihargai sebagai nikmat dari Allah.

🤲 Berkongsi Rezeki Sesama Manusia
Di sinilah kita belajar erti syukur, empati dan kemanusiaan.

✨ Nak rasai sendiri Ramadan seperti ini?
🇪🇬 Jom alami Ramadan di Mesir bersama kami.

📩 DM “RAMADAN MESIR” sekarang
📅 Slot terhad | Pengalaman eksklusif
🕋 Bukan sekadar travel, tapi perjalanan jiwa






JejakRamadan

Berpuasa di Mesir tahun ini sangat istimewa. Cuacanya sejuk dan nyaman, malah waktu siang juga lebih pendek. Kurang rasa...
05/02/2026

Berpuasa di Mesir tahun ini sangat istimewa. Cuacanya sejuk dan nyaman, malah waktu siang juga lebih pendek. Kurang rasa penat, lebih banyak ruang untuk ibadah dan tadabbur. 🌬❄️

Selalu baca kisah Nabi Musa A.S atau sejarah Anbiya dalam Al-Quran? Ramadhan ini masanya untuk kita 'hidupkan' setiap ayat itu melalui kembara ibrah, bukan sekadar pelancongan biasa.

Sambil menikmati kemeriahan lampu Fanous dan ukhuwah Mai'dah Ar-Rahman, kita akan menelusuri sejarah di Cairo, keajaiban alam di Faiyum, hingga ke puncak spiritual di Sinai dan Alexandria.

Impian ke bumi Mesir kini lebih dekat. Anda dah boleh bermula dengan pakej Cairo & Faiyum pada harga:

🔥 HANYA RM 4,850 (Harga asal: RM 5,150)
🎁 JIMAT RM 300!
⚠️ Harga promosi ini terhad untuk 16 pax terawal sahaja.

Ini trip untuk yang nak travel, dan masih nak rasa Ramadhan. Budaya, makanan, suasana, ibadah. Semua dalam satu perjalanan.

Sertai Trip Ramadhan Mesir
📆 4 – 10 Mac 2026

✈️🇪🇬 DM untuk itinerari dan booking sekarang!

• Whatsapp: 013-3012374 (https://wa.me/60133012374?text=Kembara%20Mesir) • Website: kembaramesir.com

30/01/2026

Tanah bumi penuh sejarah.
Sebahgian kecil keindahan yang ada disana.

Himpunan dari zaman Firaun kemudian Yunani Rom setelah itu islam tiba dengan pembukaan oleh Amru Al-As r.a

30/01/2026

Ramai sangka Piramid Khafre lebih besar daripada Piramid Khufu.
Hakikatnya bukanlah macam tu

🟡 Piramid Khufu (Great Pyramid)
✔️ Paling besar & tinggi sebenar di Giza
✔️ Tinggi asal ± 146.6 meter
✔️ Dibina lebih awal & lebih sempurna dari segi struktur

Piramid Khafre nampak lebih besar sebab apa?
👉 Dibina atas tanah lebih tinggi
👉 Masih ada lapisan batu kapur putih di puncak
👉 Sudut condong lebih curam, jadi bagi ilusi lebih gagah

📍Giza, Mesir tempat sejarah menipu mata, tapi bukan fakta 😉

Sertai Kembara Mesir dan ✈️🇪🇬 DM untuk itinerari dan booking sekarang!

•Whatsapp : https://wa.me/60133012374?text=Kembara%20Mesir
•Website : kembaramesir.com

23/01/2026

Kenapa bangunan di Mesir warnanya coklat pasir & krim?

Bukan kebetulan.
Bukan sebab malas cat.
Warna bumi ini lahir daripada:
• Padang pasir yang mengelilingi Mesir
• Batu kapur & tanah Nil sebagai bahan binaan
• Cuaca panas gurun yang perlukan warna penyejuk
• Warisan seni bina Firaun & Islam
• Realiti ekonomi rakyat
• Identiti visual Mesir sejak ribuan tahun

Mesir tak dibina untuk cantik semata-mata,
tapi untuk bertahan, hidup & bersejarah.
📍Inilah bumi para Nabi
📍Inilah tanah kisah dalam Al-Quran

👉 Nak rasa sendiri kembara ke Mesir?
👉 Follow & simpan video ni
👉 DM “MESIR” untuk itinerary

21/01/2026

Kaherah, Mesir – Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Cairo (CTA) secara rasmi memulakan fasa rintis sistem pembayaran elektronik melibatkan 300 buah bas di sekitar ibu kota, sebagai langkah ke arah pendigitalan penuh sistem pengangkutan awam negara itu.

Berbeza dengan sistem tambang rata sebelum ini, teknologi baharu ini menggunakan konsep tambang mengikut jarak. Penumpang kini mempunyai dua pilihan utama untuk membuat bayaran:

1. Kad Prabayar: Boleh dibeli dan ditambah nilai di pusat-pusat terpilih.

2. Aplikasi 'Tawally': Membolehkan pengguna membayar terus menggunakan telefon pintar.

Apa yang menarik, sistem ini dilengkapi fungsi pemulangan baki automatik (automatic refund) sekiranya penumpang turun lebih awal daripada destinasi asal, memastikan pengguna hanya membayar untuk jarak yang dilalui sahaja.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, peralihan kepada sistem cashless ini bertujuan untuk:

1. Mempercepatkan Proses: Mengurangkan kesesakan semasa naik dan turun bas.

2. Ketelusan Kewangan: Mengurangkan risiko kehilangan tunai dan memudahkan pemantauan kutipan hasil secara real-time.

3. Keselamatan: Memberi lebih keselesaan kepada penumpang tanpa perlu membawa wang tunai kecil yang banyak.

Projek rintis ini merupakan fasa pertama sebelum sistem tersebut diperluaskan ke ribuan bas lain di seluruh Cairo secara berperingkat. Langkah ini dilihat selari dengan visi 'Egypt Vision 2030' yang menekankan transformasi digital dan penyediaan infrastruktur pintar untuk rakyat.

Jadi apa pendapat anda tentang sistem baharu ini? Sila komen pengalaman anda 😁

Address

Nasr City

Telephone

+201224459395

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembaramesir.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category