Jalan Jalan Cari Kawan

Jalan Jalan Cari Kawan This page is about my experience in travel and journey

Perancis : Fizikal & Geografi Dengan keluasan 550,000 km² , Perancis merupakan negara terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU...
20/02/2016

Perancis : Fizikal & Geografi

Dengan keluasan 550,000 km² , Perancis merupakan negara terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan ketiga terbesar dalam Eropah selepas Rusia dan Ukraine . Negara ini sentiasa dirujuk sebagai negara heksagon.

Di pertengahan diantara Eropah utara dan selatan , ianya mempunyai kelebihan pada beberapa persisiran laut iaitu laut mediteranean, lautan atlantik , selat Inggeris dan laut utara .

Perancis terbentuk dengan 2/3 daripadanya adalah lembangan ( Lembah Parisien & Lembah Aquitain ) dan dataran separa tinggi . Ianya juga mempunyai banjaran pergunungan tua ( le Massif Central, le Massif Armoricain , les vosges) dan banjaran pergunungan muda ( les Alpes dan les Pyrénées) dalam separuh daripada selatannya.

Kawasan hutannya terdiri pada asasnya daripada pokok oak dan bic , meliputi kira-kira 1/4 daripada Perancis.

Lauterbrunnen adalah salahsatu 'checkpoint' penting untuk mendaki ke puncak Eropah.  Jungfrau adalah puncak tertinggi di...
13/01/2016

Lauterbrunnen adalah salahsatu 'checkpoint' penting untuk mendaki ke puncak Eropah. Jungfrau adalah puncak tertinggi di tanah Eropah di banjaran Alps . Suatu hal yang menjadi sesuatu fenomena yang berbeza daripada kebiasaan apabila salji turun pada waktu musim luruh . Namun pada musim sejuk kini, salji masih lagi tak berkunjung. Pada masa akan datang admin akan berkongsi lebih panjang berkisar tentang Switzeland keindahan saujana memandang di lerengan bukit-bukit sekitar banjaran Alps.

Antara salahsatu ciri bandar di Perancis adalah mempunyai dataran luas sebegini untuk penduduk-penduduk bandar menikmati...
07/01/2016

Antara salahsatu ciri bandar di Perancis adalah mempunyai dataran luas sebegini untuk penduduk-penduduk bandar menikmati suasana bandar yang ' hidup'. Diwaktu tengahari di kala mentari memancar mereka menikmati makan tengahari dibawah lembayung nyaman. Di kala petang , sambil menghirup kopi dan berborak- borak bersama kenalan , memerhatikan orang lalu lalang sibuk dengan rutin tugasan harian. Di kala hujung minggu , bersinggahan bersama keluarga atau pasangan sambil menikmati halwa telinga daripada pemuzik jalanan. Dikala musim orientasi pelajar universiti , diceriakan dengan gelagat nakal pelajar-pelajar baru yang sedang terhibur dengan aktiviti ala-ala lawak orientasi. Dikala musim luruh, dataran ini penuh dengan ' landscaping' yang memukau mata dan minda. Menceriakan penduduk bandar yang lalu lalang , walaupun sedang menempuh cuaca sejuk lembap. Dikala berlaku musim dilanda musibah, di dataran inilah penduduk bandar turun untuk bersolidariti. Dikala musim perayaan keramaian , tetaplah dataran ini dipenuhi ribuan orang berkumpul dan bersatu di atas suatu nilai kebersamaan. Terlalu banyak hal yang boleh dikisahkan mengenai dataran sebegini yang menjadi suatu identiti bagi bandar di dalam Perancis. Suatu masa admin memikirkan untuk membuka peluang pada pengunjung page ini merasai sendiri apa yang dikisahkan....

Perspektif setiap orang mungkin berbeza-beza apa menyebut tentang bercuti di Eropah. Atas beberapa faktor antaranya iait...
04/01/2016

Perspektif setiap orang mungkin berbeza-beza apa menyebut tentang bercuti di Eropah. Atas beberapa faktor antaranya iaitu kosnya sudah tentu tinggi bagi orang teramai yang menyebabkan istilah bercuti itu telah menyalahi hakikat sebenar bercuti. Secara umum, bercuti itu harus mempunyai elemen kerehatan dan ketenangan seluruh jasad. Namun , dek kerana bukan senang untuk menjejakkan kaki di tanah eropah ini , maka ramai orang berfikir bahawa mungkin hanya sekali mampu datang lalu mahu dipadatkan setiap detik tatkala berkelana di Eropah. Pemikiran begini membawa kepada konsep berkelana secara 'touch n go' . Iaitu mengira-ngira sebanyak mungkin negara-negara Eropah yang dapat dijejakkan kaki, sebanyak mungkin bandar terkenal di Eropah yang dapat dilalui dan sebagainya. Gambar yang dilampirkan adalah perjalanan yang pernah dilalui oleh admin kira-kira hampir 3000 km yang mengambil masa hampir 2 minggu walaupun hanya sekadar mengelilingi Perancis.

Perancis bukan Paris dan Paris hanya sebahagian identiti daripada Perancis. Salahsatu tempat yang wajar dilawati jika ke...
06/01/2015

Perancis bukan Paris dan Paris hanya sebahagian identiti daripada Perancis. Salahsatu tempat yang wajar dilawati jika ke Perancis adalah Strasbourg yang mana-mana kira 460km sebelah timur Paris. Jika anda mengambil TGV (high speed train) dari terminal 2 lapangan terbang antarabangsa Perancis CDG (Charles De Gaulle - sempena nama presiden pengasas Republic Perancis ke 5 ) ia hanya memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit ke 2jam . Strasbourg paling meriah dilawati pada bulan Disember ketika Krismas kerana ia terkenal dengan jolokan 'Christmas Capital' . Saya sendiri belum mengalami sendiri pengalaman 'christmas market' di sana. Gambar-gambar yang saya lampirkan menunjukkan antaranya adalah pemandangan di 'Petite France' iaitu suatu tempat yang dapat dihasilkan panorama gambar yang di "Terrace of Vauban Dam" . Sesiapa yang ke Strasbourg yang tidak singgah di sini seolah-olah telah terlepas dari menyaksikan sesuatu yang signikan di Strasbourg. Gambar rumah tradisi pengaruh Jerman di persekitaran Place Benjamin Zix merupakan salahsatu identiti tradisi kawasan-kawasan yang berada di Region Alsace seperti Strasbourg , Colmar dan lain-lain. Gambar yang menarik yang saya rasa patut diambil adalah pandangan hadapan jalan masuk ke 'Gare' ( stesen keretapi) . Di Perancis , 'Gare' adalah lokasi terpenting dalam sesebuah bandar , ia bukanlah seperti lokasi ceruk seperti yang berlaku di tanah watan saya. Tahap keberkesanan yang tinggi pada sistem keretapi mereka menyebabkan 'Gare' menjadi ibu kepada segala sistem pengangkutan.

Diperlembahan Bressanone , Italia... Nyaman lereng bukit... Saujana indah kehijauan jauh penuh nikmat pada pancaindera y...
15/10/2014

Diperlembahan Bressanone , Italia... Nyaman lereng bukit... Saujana indah kehijauan jauh penuh nikmat pada pancaindera yang menikmatinya. Bressanone atau Brixen , Italy adalah pekan yang tenang . Di sini terasa lebih asing dari dunia Perancis , namun rezeki yang dikurniakan olehNya yang tak mampu kudustakan . Allah mengirim seorang hamba Allah untuk mencukupkan nikmat makan tengahari hari ini. Kalam pembuka tentang kisah kembara ke Italy.

Ini kisah musim panas yang lalu sewaktu 'trip' membawa pelancong dari Malaysia yang pertama menggunakan khidmat saya seb...
09/10/2014

Ini kisah musim panas yang lalu sewaktu 'trip' membawa pelancong dari Malaysia yang pertama menggunakan khidmat saya sebagai pemandu pelancong. Tempat tersebut terkenal dengan jolokan 'route de vins' iaitu 'laluan wine' kalau diterjemah secara literal yang memberi gambaran kawasan tersebut menjadi laluan lauan utama penanaman anggur untuk penghasilan 'wine'. Perusahaan 'wine' di sini adalah turun temurun sejak zaman pertengahan , zaman roman katholik.

Lembah 'Route de Vins' antaranya iaitu Ribeauvillé dan Riquewihr iaitu di wilayah Alsace di timur Perancis yang mana rantau perkampungan ini terletak di antara dataran, ladang anggur dan gunung membawakan anda untuk menikmati perjalanan melalui kampung-kampung indah dengan keluasan saujana memandang landskap dalam kebun-kebun anggur, di dataran di pergunungan Vosges ... Sekadar itu ulasan ringkas untuk kali ini.

Musim panas telah melabuhkan tirainya ... Hembusan angin sejuk musim luruh telah tiba . Persiapan perubahan cuaca telah ...
02/10/2014

Musim panas telah melabuhkan tirainya ... Hembusan angin sejuk musim luruh telah tiba . Persiapan perubahan cuaca telah dibuat. Jaket-jaket yang disimpan kemas di dalam kotak kembali dibuka. Kain yang melilit kain mula dipersiap. Walaupun belum betul-betul sejuk tetapi persiapan untuk menghadapi musim sejuk telah bermula. Musim luruh setahun dua ini hadir bersama sambutan hari raya haji . Bagi siapa yang masih belum maklum, sambutan hari raya Qurban di sini tak mungkin sekali untuk kita melihat binatang ditumpahkan darahnya diluar di tempat terbuka kecuali hanya ditempat sembelihan yang terkawal . Ini kerana di Perancis agak ketat berkaitan kawalan 'hygiene' . Dunia semakin tua kawalan 'hygiene' di sini adalah untuk kesejahteraan bersama. Mungkin boleh dibahas soal pro dan kontra tentang hal ini , yang jelas suasana bergotong royong melapah daging Qurban tidak dapat dirasa di sini. Begitulah hidup dirantau orang.

Rotterdam adalah adalah bandar pelabuhan yang terpenting di Eropah . Antara perkara yang unik yang temui adalah 'bas ber...
17/08/2014

Rotterdam adalah adalah bandar pelabuhan yang terpenting di Eropah . Antara perkara yang unik yang temui adalah 'bas berenang' menyeberangi sungai .

Adresse

Nancy

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Jalan Jalan Cari Kawan publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter L'entreprise

Envoyer un message à Jalan Jalan Cari Kawan:

Raccourcis

Partager