Halal Tour in Japan

Halal Tour in Japan registered travel agency in Japan
Coordinator
Guide Under registered travel agency in Japan. Ground arrangement to all area in Japan.

Pada peminat TeamLab, boleh tambah satu lagi destinasi singgahan di Kyoto mulai Oktober nanti!
09/07/2025

Pada peminat TeamLab, boleh tambah satu lagi destinasi singgahan di Kyoto mulai Oktober nanti!

京都に「チームラボ バイオヴォルテックス 京都」を2025年10月にオープン。チケットは8月発売予定。teamLab Biovortex Kyoto 2025年10月オープン予定京都市南区東九条東岩本町21-5https://www.teamlab.art/e/kyoto/https://www.teamlab....

Produk berasaskan daging (mentah mahupun yang sudah diproses) TIDAK BOLEH dibawa masuk ke Jepun."Kawan saya bawa serundi...
07/07/2025

Produk berasaskan daging (mentah mahupun yang sudah diproses) TIDAK BOLEH dibawa masuk ke Jepun.

"Kawan saya bawa serunding daging, lepas je tak kena tahan kastam pun"
"Sedara saya cakap, dia selit dalam celah-celah luggage, elok je tak kena tahan"
"Ala, bawa sikit je, bukan banyak pun"

Peraturan tetap peraturan. Yang terlepas dan tak ditahan, Alhamdulillah rezeki. Tetapi kita perlu ingat, kastam Jepun berhak untuk rampas sekiranya ada barang dalam luggage kita yang berasaskan daging. Tanggung risiko sendiri, nasib tak baik, kena saman lah kamu nanti.

Di Jepun sendiri sudah banyak restoran halal yang muncul. Sesekali datang Jepun, apa salahnya mencuba makanan lokal, kan?

Dari mula bekerja sebagai tour guide di tahun 2012, saya saksikan yang masjid Kyoto memang dah cuba kumpulkan dana untuk...
17/06/2020

Dari mula bekerja sebagai tour guide di tahun 2012, saya saksikan yang masjid Kyoto memang dah cuba kumpulkan dana untuk buat masjid baru. Tapi masih tak mencukupi.

Customer yang pernah saya bawa ke masjid Kyoto yang sekarang mesti tahu bagaimana keadaannya. Sempit dan terletak di bawah tanah. Tak cukup utk tampung bilangan jemaah yang ramai.

Tinggal sedikit saja lagi langkah untuk terbina rumah Allah yang lebih selesa di Kyoto. Dan perlukan kerjasama kita semua. Sama-sama kita sebarkan, dan dapatkan saham akhirat untuk kita semua!

[Update terbaru]

*MASJID KYOTO MUNGKIN LENYAP*

Jika kita tidak bertindak sekarang untuk menyelamatkannya sebelum 25 hb Jun 2020 ini . HANYA TINGGAL 8 HARI SHJ LAGI. Berwakaflah untuk diri sendiri, ibu bapa yang telah pergi atau yang masih hidup.
Amat bertepatan waktunya untuk kita menyumbang dan sangat bertepatan sasarannya sebagai suatu infaq yang akan memberikan ganjaran yang sangat besar dan berterusan sebagai amal jariah yang bermanfaat sehingga ke Jannah.

Masih diperlukan sumbangan dari umat Islam sebanyak *RM535,000* sahaja lagi drp RM2.73 juta, untuk memastikan tertegaknya syiar Islam pertama di Kyoto, Jepun yakni sebuah masjid.

Masjid Kyoto;
Didirikan solat dalamnya kita dapat pahala Dibaca al Quran didalamnya kita dapat pahala Bertazkirah didalamnya kita dapat pahala Segala aktiviti amal didalamnya kita dapat pahala

*Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”*

Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan semoga Allah mengganjari dengan sebaik2 ganjaran InsyaAllah. Bersama kita sebarkan mesej ini agar Masjid Kyoto dapat dibina sebagai sebuah syiar di bumi matahari terbit tersebut.

Muslim Care Malaysia Society
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Maybank 5644 9021 1159

Info lanjut dan makluman infaq :
1. Zulkifli 0192518771
2. Muzammir (+8180-3585-8516)
3. Safuan 0134886447
4. Johari 0169978323



http://muslimcaremalaysia.my/project/pembinaan-masjid-pertama-kyoto-jepun/

Comel dia tak boleh nak bawak berbincang dah, kan? 😂😂Penguin Parade di Otaru Aquarium, Hokkaido. Berlangsung pada waktu ...
24/02/2020

Comel dia tak boleh nak bawak berbincang dah, kan? 😂😂

Penguin Parade di Otaru Aquarium, Hokkaido. Berlangsung pada waktu peak winter sahaja.

Hubungi kami jika anda perlukan khidmat guide di Jepun.

Throwback. Kejadian berlaku waktu heavy snow di Shirakawago minggu lepas. Ada bas pelancong terbabas masuk parit di sele...
19/02/2020

Throwback. Kejadian berlaku waktu heavy snow di Shirakawago minggu lepas. Ada bas pelancong terbabas masuk parit di selekoh. Mungkin driver tak perasan sebab salji memang tengah lebat dan ganggu pandangan, atau salji dah tebal sampai tutup parit@lubang kat situ.

Bukan mudah nak memandu waktu musim salji. Terutama bagi yang bukan berasal dari negara yang dilitup salji tebal. Alangkan driver bas yang banyak pengalaman pun boleh terbabas.

Jika kalian datang ke tempat-tempat salji tebal dan ingin drive sendiri, fikirkan masak-masak. Seeloknya dapatkan khidmat driver bertauliah untuk elakkan kejadian yang tak diingini.

Jika perlukan khidmat private tour siap dengan driver, boleh contact kami. Insya Allah boleh bawa anda ke mana-mana kawasan dalam Jepun. Tapi saya bagitau siap-siap, private tour agak mahal tau, tambah p**a kalau bilangan ahlinya sedikit 😘😘

Shirakawa-go @ Shirakawa Folks Village, Gifu.Perkampungan lama yang mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage. Paling...
10/02/2020

Shirakawa-go @ Shirakawa Folks Village, Gifu.

Perkampungan lama yang mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage. Paling cantik kalau datang waktu salji tebal macam ni.

Alhamdulillah. Subhanallah. Masya Allah. Rezeki customer nak dapat tengok pemandangan secantik ni.

Jepun mengalami warm winter sekarang. Maknanya, sakura tahun ni dijangka akan kembang lebih awal dari purata tahunan.Dah...
02/01/2020

Jepun mengalami warm winter sekarang. Maknanya, sakura tahun ni dijangka akan kembang lebih awal dari purata tahunan.

Dah beli tiket nak datang ke Jepun untuk tengok sakura tahun ni? Kita doa sama-sama supaya semua dapat tengok sakura kembang penuh ya 🌸🌸🌸

For the first time since records began, it was not a white Christmas in the city of Sapporo in Hokkaido where some ski resorts remain shut due to a severe shortage of snow.. Read more at straitstimes.com.

住所

祝津3-303
Otaru-shi, Hokkaido
047-0047

営業時間

月曜日 09:00 - 18:00
火曜日 09:00 - 18:00
水曜日 09:00 - 18:00
木曜日 09:00 - 18:00
金曜日 09:00 - 18:00

ウェブサイト

アラート

Halal Tour in Japanがニュースとプロモを投稿した時に最初に知って当社にメールを送信する最初の人になりましょう。あなたのメールアドレスはその他の目的には使用されず、いつでもサブスクリプションを解除することができます。

事業に問い合わせをする

Halal Tour in Japanにメッセージを送信:

共有する

カテゴリー