21/12/2023
Ok semua kali ni kami nak share p**a pasal voltage elektrik kat Jepun. Untuk yang nak ke jepun tu ini salah satu info penting untuk u all tahu.
Yang tak tau maksud voltage tu sila google ya. Untuk pengetahuan semua voltage di Jepun adalah dalam range 110v. Malaysia p**a dalam range 220v. Jadi kat sini pun kita boleh nampak yang voltage malaysia tak sama dgn Jepun.
Ini bermakna barang lektik dari malaysia amatlah tidak sesuai untuk di bawa ke Jepun. Antara YANG TAK PERLU BAWA SEBAB TAK FUNCTION adalah
Rice cooker
Iron
Unless rice cooker dan iron anda itu ada DUAL VOLTAGE. Boleh rujuk pada gambar yang ada tulis dekat barangan lektrik tu mcm ni : 100v ~ 240v .. kalau ada tu boleh la bawa.
Untuk barangan lektrik mcm charger phone, charger laptop, barang2 ni normally memang voltagenya dari 100v ke 240v. So bawa la tanpa was2.
Jadi tak yah nak berat2 bag nak bawa rice cooker dgn iron dari rumah tu. Kalau nak juga pegi la beli kat shoppe rice cooker atau iron yang dual voltage. Memang agak mahal tapi kalau u all jenis memang kaki travel berbaloi sebab boleh pakai kat mana2 negara pun.
jangan terpengaruh dengan perkataan Travel Iron atau Travel pot. Kena rajin baca dan tanya seller adalah ianya dual voltage atau tak. Kang kalau sekadar beli sebab ehh nampak cute nampak cantik nampak murah.. ada je perkataan Travel, u all sauk je beli .. nanti sampai jepun masak nasi dari pagi sampai ke balik, nasi tu masih berupa beras…nak gosok tudung dari bertudung hampir nak pakai snowcap je sbb tudung tetap ronyok seribu (nauzubillah), lebih baik la u all teliti betul2 sblum beli tu ye..
Btw jangan lupa beli travel adapter juga ye. Sebab kepala plug malaysia tak sama dengan Jepun