Percutian Korea Travel Services

Percutian Korea Travel Services Perkhidmatan percutian ke Korea dengan wakil Malaysia di Korea. Tours types: Private, package, halal and customized. Contact us for immediate services.

Kami menawarkan perkhidmatan pelancongan ke Korea seperti Seoul, Busan, Gyeongju dan Jeju. Jenis-jenis pakej yang ada seperti group pakej, persendirian, halal dan ubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian. Harga yang kami sediakan amat berpatutan dan kualiti servis dari segi hotel, pengangkutan dan makan amat kompetitif berbanding dengan melancong secara 'free and easy'. Kami menyediakan pakar pe

lancongan yang memberikan saranan terbaik yang dapat mengelakkan kekeliruan dan cabaran 'free and easy' lebih-lebih lagi dari segi bahasa. Kami ada wakil Malaysia di Korea dan boleh berunding secara lebih teliti. Hubungi kami segera untuk layanan serta-merta. We offer travel/tour services to Korea such as Seoul, Busan, Jeju and Gyeongju. The types of packages available are such as group packages, private and customized tours. Our prices are reasonable and the quality of our services such as hotels, transportation and meals are very competitive compared to traveling 'free and easy' style. We provide travel specialists with the best advice to prevent confusion and challenges faced in 'free and easy' travel especially when in comes to language challenges. We have a Malaysian representative in Korea that can consult you in detail.

Busan-Gyeongju Tour Program
03/03/2017

Busan-Gyeongju Tour Program

Ada apa dengan wayang zombie ni? Tak geli ke? Haha..." " (λΆ€μ‚°ν–‰, sebut Busan-heng, bermakna arah ke Busan) memaparkan aksi...
06/09/2016

Ada apa dengan wayang zombie ni? Tak geli ke? Haha...
" " (λΆ€μ‚°ν–‰, sebut Busan-heng, bermakna arah ke Busan) memaparkan aksi mendebarkan tatkala serangan zombie berlaku di Korea. Masa admin menonton World War Z pun pertama dikesan di kem tentera di Korea Selatan. Rasanya takde kaitan dengan penerbit Train to Busan tapi amat menarik jika dilihat kesinambungannya dari situ. Wayang ni memang meletup di pawagam Selatan dan kini 'menyerang' pawagam Malaysia. Tajuk tu pun sudah mengetengahkan nama Busan dan menarik pelancong yang seringkali hanya tertumpu di Seoul, ibukota Korea Selatan. Naik keretapi laju dari Seoul ke (tanpa zombie dan selamat LOL) dan nikmati percutian di Busan dengan Percutian Korea Travel Services

Amaran: Wayang 18SG dan yang tak sakit jantung!

Admin juga bangga kerana nama Busan itu tidak diubah dalam tajuk antarabangsa seperti " " diubah ke "Tidal Wave" wayang tsunami tahun 2009 sebab ramai yang datang ke Haeundae, Busan tetapi tidak menonton wayang tersebut. Lokasi pengambaran memang semua hotspot di Haeundae.

https://www.youtube.com/watch?v=c7Z5bM5WlSM

Train to Busan is a 2016 South Korean zombie apocalypse thriller film directed by Yeon Sang-ho and starring Gong Yoo and Jung Yu-mi! β˜… HORROR Fan ? Don't mis...

https://www.facebook.com/farahlee.kunfayakun/photos/a.173521309389259.41671.164224660318924/1052885501452831/?type=3
26/06/2016

https://www.facebook.com/farahlee.kunfayakun/photos/a.173521309389259.41671.164224660318924/1052885501452831/?type=3

Mencari makanan halal dan toyyib di negara majoriti islam lain ujiannya dengan mencari di negara minoriti islam.

Mencari makanan halal dan toyyib di negara Jerman tak sama ujiannya dengan mencari di negara Korea.

Mencari makanan halal dan toyyib di Itaewon tidak serupa ujiannya dengan mencari di Incheon.

Mencari makanan halal dan toyyib di rumah sewa berbeza ujiannya dengan mencari di hostel.

Mencari makanan halal dan toyyib di hostel yang dibenarkan memasak tidak setara ujiannya dengan mencari di hostel yang dilarang memasak.

Saya kira, cukuplah, skopnya boleh pergi lebih kecil dan pastinya ujian mereka takkan pernah sama.

Isu halal haram makanan adalah hukum syari'at. Manakala hal mencari makanan halalan toyyiban adalah hukum fiqh. Ilmu syari'at hukumnya bersifat Qath'i (tidak berubah), ilmu fiqh p**a hukumnya boleh berubah, untuk kebajikan masyarakat islam. Perbetulkan jika ada khilaf, saya bukan ilmuan agama.

Berkenaan isu Kedai Gosami, peribadinya saya sokong apa yang penulis tersebut usahakan. Saya juga terfikir, apa ulasan pemilik kedai tersebut kerana tidak meletakkan terjemahan pada hidangan babi berkenaan walhal makanan lain semua diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Sesuatu yang perlu difikirkan bukan.?

Saya juga sokong teman-teman yang aktifnya tidak bersetuju bilamana Kedai Gosami terus dilabel haram hanya kerana di dalamnya terdapat hidangan yang mengandungi bahan haram. Jika disahkan bahawa hidangan halal lain langsung tidak diuruskan bersama bahan haram berkenaan, apakah wajar jika kita mengatakan mereka juga haram dan tidak boleh dimakan, hanya kerana dijual di tempat yang sama.?

Untuk isu cara hidangan makanan di Kedai Gosami, saya petik ulasan junior saya supaya dapat dikongsikan bersama anda,

"Tempat bakar ikan dan tempat masak daging babi tersebut tak sama. Mereka bakar ikan kat situ pun tak pakai minyak, dan mereka masak babi tu pun tak pakai minyak. Ramuan untuk bakar ikan tu pun tiada kena mengena dengan minyak babi, mereka hanya sapu dengan kari kosong pada ikan tersebut, tiada perap dengan apa bahan atau minyak. Daging babi tu p**a, mereka dah perap siap-siap, kemudian hanya tambah air je untuk masak. Kenapa saya tahu? Saya salah seorang guide di Korea dan dah lebih 6 tahun tinggal di sini, Kedai Gosami tu memang dah beratus kali saya pergi sejak tahun 2010. Saya sendiri lihat dengan mata saya penyediaan menu tersebut. Dan kami sebagai muslim di Korea sentiasa peka dengan penyediaan makanan di sini, kalau ada kedai yang tak boleh makan, memang kami akan bagitahu tak boleh dimakan walaupun jual seafood sahaja.", Idham Othman.

Untuk isu pengunaan peralatan semasa menyediakan dan menghidangkan makanan p**a, saya petik perkongsian rakan batch saya untuk perincian,

"Saya sarankan siapa yang ragu-ragu tentang bekas makanan yang digunakan oleh kedai tersebut boleh rujuk video-video Youtube dari Dr Maza, Dr Rozaimi dan Uztaz Shamsuri dengan link di bawah yang membincangkan tentang isu berbangkit,
https://youtu.be/ZYKLI9G58QA Dr Maza
https://youtu.be/DkXDJt0EJe4 Dr Rozaimi
https://youtu.be/aV0zvSBBHTw Uztaz Shamsuri
Pokoknya timbul perbezaan pendapat dari mazhab Syafie dan mazhab lain tentang isu bekas makanan. Kita Muslim Malaysia majoritinya berhaluan mazhab Syafie, namun ini tidak bermakna mazhab selain Syafie itu salah dan tidak benar. Pendapat mazhab lain juga boleh diambil kira mengikut keadaan tertentu lebih-lebih lagi di luar negara yang majoritinya bukan Islam.", Seoul Red Cat.

Sedikit perkongsian dari saya p**a (nak jugakk haha), semasa di Korea, kami Persatuan Pelajar Malaysia Korea, PPMK pernah membuat program bersama M***i Korea Selatan, Prof. Dr. Abdul Wahab Zahid Haq (boleh baca tentang beliau di sini : http://aneukjambo.blogspot.my/2013/12/prof-dr-abdul-wahab-zahid-haq-mufti.html) berkenaan isu fiqh halal haram makanan ini.

Antara isinya yang masih saya ingat, boleh kita makan di kedai yang walaupun ada makanan tak halal di dalamnya, jika kita yakin penyediaan makanan halalnya bersih dan tidak bercampur dengan yang haram. Dan barangan yang digunakan p**a dibersihkan dengan teliti.

Jika pernah menetap di Korea, kalian akan tahu betapa orang Korea sangat bersih dalam membasuh peralatan masakan mereka. Selepas itu mereka rendam ke dalam air panas, kemudian lap dengan teliti dengan kain putih yang sangat bersih. Kadang boleh nampak mereka jemur satu persatu di atas meja di atas kain putih atau banyak juga yang mempunyai mesin sterilizer untuk menyimpan peralatan berkenaan. Kain yang mereka gunakan untuk mengelap peralatan ataupun meja, kebanyakan mereka hantar ke kedai dobi. Saya selalu nampak pekerja kedai dobi datang membawa kembali kain pengelap berkenaan dalam keadaan yang sangat bersih dan putih.

Perkara ini juga diakui oleh M***i Korea Selatan yang sekaligus menfatwakan, makanan halal di Korea boleh di makan walaupun dijual di tempat yang sama menjual makanan haram dengan syarat, kita yakin tentang kehalalan dan kebersihan mereka tersebut.

Berbeza dengan cara kebanyakan restoran di Malaysia yang hanya mencelup celup peralatan ke dalam beberapa besen yang mengandungi sabun dan air, lap-lap sedikit dan terus simpan. Kadang, kain lap peralatan atau meja juga kita boleh lihat sangat kotor dan berbau busuk. Maafkan saya jika tulisan saya ini sensitif bagi sesetangah peniaga di Malaysia, saya tidak kata semua, cuma kebanyakannya yang saya lihat begitu. Selain halal, kita juga disuruh mencari yang baik dan bersih.

Bukan suka-suka kami ambil mudah. Jika islam itu sendiri yang memudahkan, siapa kita untuk menyukarkannya bukan.?

Raikan perbezaan, tingkatkan ilmu, tingkatkan amal. Ramadan Kareem semua ya :)

*Saja letak gambar graduasi saya bersama tuan rumah aka mak angkat semasa di Inha University dulu, yang mana saya tinggal di tingkat atas rumahnya. Beliau menjual seaweed roll (kimbab), sangat sedap, pelajar Malaysia yang lain pun selalu singgah beli di kedainya di bawah rumah saya itu. Kami dah terangkan tentang halal dan haram padanya jadi bila kami pelajar muslim datang beli di sana, beliau akan tukar sarung tangan yang baharu, guna peralatan yang lain untuk menyediakan order kami. 5 tahun di Korea, sungguh, kenangan terindah :)*

F.

http://m.koreatimes.co.kr/phone/news/view.jsp?req_newsidx=202941
10/05/2016

http://m.koreatimes.co.kr/phone/news/view.jsp?req_newsidx=202941

International tourism has rapidly expanded over the past 60 years to become one of the fastest growing sectors of the world economy. The year 2015 was yet another record-breaking year for global tourism. The U.N. World Tourism Organization (UNWTO) reported that international tourist arrivals grew by...

Sekiranya anda peminat drama dan filem Korea bertemakan masa lalu, Hapcheon Movie Theme Park adalah tempat yang harus di...
19/04/2016

Sekiranya anda peminat drama dan filem Korea bertemakan masa lalu, Hapcheon Movie Theme Park adalah tempat yang harus dilawati. Tempat ini tidak begitu pop**ar, 2 jam dari Busan kerana asalnya dibina untuk tujuan penggambaran filem. Walaupun sudah dibuka untuk lawatan umum, jaraknya sedikit jauh dari bandar tetapi bagi peminat berbaloi untuk tengok2, ambil gambar dan buatlah seakan-akan melangkah masuk ke dalam mesin masa ke zaman 1950-80an. Set penggambaran ini agak besar dan realistik dan terbahagi kepada dekad yang berbeza seperti yang tersebut. Memang sehari suntuk untuk lihat set ini.

Filem pertama dirakam di sini ialah Taegukgi: The Brotherhood of War dan diikuti banyak lagi filem selepas itu. Yang terbaru ialah Ode to My Father, Gangnam 1970 dan Assassination. Manalah tau kalau berkunjung nanti ada p**a filem yang sedang dirakamkan.

Saya filterkan gambar saya dengan filter retro biar feeling macam dulu-dulu. ^^ Ok, PM saya kalau nak tau cara pegi ke sini.

Memang ramai yang tertarik melancong ke Korea kerana Halyu (Korean wave) - drama dan musik Korea. Perkara ini tidak bole...
13/04/2016

Memang ramai yang tertarik melancong ke Korea kerana Halyu (Korean wave) - drama dan musik Korea. Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi tetapi kadang-kadang ia membuat kita lupa yang apa yang dilihat di media dan TV itu bukanlah realiti dan Korea ni pun macam mana-mana negara. Penduduknya cari makan juga macam kita.

Namun, ada yang tak pernah menonton sebarang drama atau filem pasal Korea p**a kadang2 tak kesampaian untuk menghayati hidup dan sejarah orang Korea. Mungkin setakat apa yang dipandang sahaja. Itu sebabnya bila kita buat tour, tour guide akan membantu kita menghayati apa yang sedang kita lihat. Tour guide semua bertauliah dan faham sejarah Korea lebih2 lagi mereka adalah orang Korea sendiri.

Tetapi sebelum sampai ke Korea ada tips untuk menghayati sejarah yang kita nak pergi lihat. Kalau tak kesampaian menonton drama 16-20 jam, bolehlah menonton filem Korea. Admin cadangkan menonton "Ode To My Father" dahulu. Cerita ni bermula dari perang Korea sampai ke masa kini. Filem ini juga filem yang mendapat pungutan kedua tertinggi dalam rekod filem Korea (masih di atas: Roaring Currents - rekomen sangat2 juga). Pengambaran dilakukan di kawasan Busan, jadi bila jalan2 di Busan nanti bolehlah jumpa lokasi pengambarannya nanti. Ok, jangan lupa tonton ya!

Memperkenalkan duta terhormat baru Korea Tourism, pelakon Song Joong Ki. Bintang drama korea terkini "Descendants of the...
12/04/2016

Memperkenalkan duta terhormat baru Korea Tourism, pelakon Song Joong Ki. Bintang drama korea terkini "Descendants of the Sun" yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Di Korea rating terkini lebih dari 30%, lebih tinggi dari rekod You Who Came From Another Stars. Pelakon dan penyanyi Korea sebenarnya banyak membantu dan menggalakkan pelancongan ke Korea Selatan. Jom like dan share.

Address

Haeundae
Busan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Percutian Korea Travel Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category