Travelajom

Travelajom Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Travelajom, Travel Company, Seoul.

🫰🏻
12/07/2023

🫰🏻

Korea I'm in love🫰🏻
18/06/2023

Korea I'm in love🫰🏻

22/04/2023
Tompang kacau daun🤭
22/04/2023

Tompang kacau daun🤭

Alhamdulillah, tahun kelima bersama suami dan keluarga mentua, tahun ketiga bersama anak dan tahun kedua puluh lapan ber...
22/04/2023

Alhamdulillah, tahun kelima bersama suami dan keluarga mentua, tahun ketiga bersama anak dan tahun kedua puluh lapan bersama keluarga tersayang. Terima kasih Allah🫶🏻 terima kasih suami bagi merasa beraya kedua belah❤️

5 Tips Buat Anda Yang Travel Bersama Anak Kecil1. Waktu tidur dan makanWaktu tidur dan makan si kecil memainkan peranan ...
20/10/2017

5 Tips Buat Anda Yang Travel Bersama Anak Kecil
1. Waktu tidur dan makan
Waktu tidur dan makan si kecil memainkan peranan yang amat penting ketika mengembara. Biasanya mereka akan tidur mengikut waktu Malaysia dan pengembaraan menjadi kurang seronok sekiranya dihabiskan dengan melayan si kecil yang mengantuk dan lapar.

Gambar pun menjadi tidak menarik jika si kecil hanya tidur dan meragam. Untuk mengelakkan si kecil ‘buat perangai’, ibubapa harus memainkan peranan agar mereka sentiasa berjaga. Bekalan makanan juga harus dibawa bersama sepanjang hari.

Lekakan anak kecil dengan bermain bersama mereka serta libatkan mereka sepanjang perjalanan. Misalnya bercerita dengan mereka mengenai destinasi lawatan.

Agak s**ar pada permulaanya tetapi setelah beberapa hari anak-anak akan biasa dengan waktu yang baru. Bila mereka berjaga, perjalanan lancar dan gambar keluarga pun menarik!
2. Kesihatan kulit
Oleh kerana perubahan musim menyebabkan kulit si kecil menjadi kering dan kemerahan. Si kecil akan merasa kurang selesa disebabkan rasa gatal tersebut. Sebagai ibu saya harus sentiasa memastikan agar kulit anak tidak terlalu kering hingga menyebabkan mereka meragam.

Biasanya ruam atau enzema sering menyerang di sekitar betis, bahu, belakang dan p**i si kecil. Walaupun p**i nampak comel kemerahan tetapi ia amat tidak selesa sekali bagi mereka.

Jika terdapat tanda-tanda tersebut, ibubapa harus sapukan dengan krim yang sepatutnya. S**a saya ingatkan bahawa, krim yang selalu dipakai ketika di Malaysia untuk menangani masalah tersebut tidak semestinya sesuai digunakan di luar negara disebabkan faktor cuaca.

Cadangan saya, dapatkan nasihat daripada farmasi berdekatan terlebih dahulu. Jangan mandikan anak dengan kerap ketika berada di luar negara kerana ini akan membuatkan kulit mereka makin kering. Walaupun p**i anak kelihatan merah dan comel tetapi mereka rasa amat tidak selesa.
3. Rancang perjalanan dan itinerari
Ketika mengembara, ibu bapa merupakan orang yang paling seronok sekali. Namun begitu kegembiraan anak juga tidak harus diabaikan. Sebagai ibu bapa kita harus merancang perjalanan dengan menyediakan itinerari sepanjang tempoh percutian.

Ini bagi mengelakkan anak mudah penat dan meragam dan ini bakal menghilangkan keseronokkan ketika berjalan.

Sentiasa semak ramalan cuaca semasa agar anak tidak kesejukkan oleh hujan atau salji yang lebat. Mulakan perjalanan setelah anak berjaga agar mereka tidak meragam kerana tidak cukup tidur.

Elakkan menggunakan subway atau train bawah tanah ketika di waktu puncak bagi mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan penyakit seperti selsema dan batuk. Dan yang paling penting, pilih destinasi yang mungkin menarik minat mereka, sebab percutian ini melibatkan mereka juga!
4. Pilih pakaian yang sesuai
Pakaian yang sesuai untuk anak kecil bukan hanya setakat menyerlahkan kecomelan mereka tetapi di diwaktu yang sama buat mereka rasa selesa. Sekiranya destinasi pengembaraan adalah negara yang bermusim, sebagai ibubapa kita harus membuat sedikit kajian mengenai cuaca di destinasi tersebut.

Pakaian negara bermusim banyak dijual di kedai tetapi tidak semuanya sesuai. Informasi musim dan cuaca mengenai destinasi yang dituju sangat penting untuk menjaga kesihatan anak kecil di sepanjang percutian.

Pilihlah warna yang terang agar terserlah lagi kecomelan si kecil di dalam gambar
5. Penggunaan stroller dan baby carrier

Adalah tidak mudah untuk mendukung anak kecil di sepanjang perjalanan. Biasanya kita sebagai ibu dan ayah pasti akan keletihan kerana mendukung mereka walaupun mereka sudah pandai berjalan.

Penggunaan stroller dan baby carrier sangat membantu ketika bercuti. Namun demikian, penggunaan kedua-duanya harus sesuai dengan destinasi. Sekiranya destinasi percutian melibatkan penggunaan tangga yang banyak dan tiada kemudahan lift maka baby carrier sangat membantu.

Perjalanan akan menjadi mudah jika perjalanan telah dirancang dari awal berserta dengan itinerari dan kajian mengenai fasiliti di destinasi kita bakal bercuti. Bila si kecil gembira, percutian menjadi memori terindah buat keluarga
Credit : Juliana Langgat





INGIN RASAI SUASANA SEJUK DI PERAK?JOM KE BUKIT LARUT @ MAXWELL HILLBukit Larut dikenali sebagai kawasan paling lembap d...
18/10/2017

INGIN RASAI SUASANA SEJUK DI PERAK?

JOM KE BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL

Bukit Larut dikenali sebagai kawasan paling lembap di Perak dengan suhu harian sekitar 10 hingga 24 darjah Celsius, kedudukannya kira-kira 1036 meter di atas paras laut.

Macam mana nak naik ke BUKIT LARUT?

1/ Naik Jeep 🚙 dengan bayaran RM6, kira-kira 30 minit utk sampai ke atas.

2/ Kalau anda seorang yg lasak, anda boleh mendaki utk ke puncak Bukit Larut. Jarak perjalanan naik dan turun kira-kira 20km, ketinggiannya adalah 1036m dari paras laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ada pondok disediakan untuk berhenti rehat sekiranya anda semput!

Share info ini utk ajak rakan-rakan ke Bukit Larut.

Credit Agent Hanie

10 BUKIT YANG WAJIB YG KAKI HIKING WALAUPUN SEKALI...1.Bukit Keluang, TerengganuBukit Keluang mempunyai tarikan tersendi...
15/10/2017

10 BUKIT YANG WAJIB YG KAKI HIKING WALAUPUN SEKALI...

1.Bukit Keluang, Terengganu

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.
Tambahan lagi, bukit ini betul-betul terletak berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang. Jadi jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan pemandangan landskap pantai dan laut yang biru.Yang membezakan bukit ini dengan bukit-bukit yang lain, anda perlu melalui tangga yang agak tinggi dahulu pada awal pendakian.

2. Bukit Tabur, Kuala Lumpur

Kami yakin mesti ramai yang mengenali bukit ini. Bukit Tabur atau nama lainnya Bukit Hangusterletak berdekatan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi 396 meter (1,300 kaki), jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.

Bagaimanapun laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan 70% laluannya adalah berasaskan batu. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan Klang Gate Dam yang mengagumkan.

3. Bukit Batu Putih, Port Dickson

Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson yang mana ia mempunyai view laut biru yang sangat cantik dan mendamaikan. Akan tetapi buat pengetahuan anda, bayaran RM1 dikenakan untuk memasuki hutan rekreasi ini. Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan sun set dan sun rise yang sangat cantik dari arah laut.

4. Bukit Broga, Semenyih

Ini lagi satu bukit yang terkenal di Selangor. Bukit Broga atau lebih dikenali sebagai Broga Hills. Ia terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah 400 meter dari paras laut.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang s**a dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang.Kalau anda nak tahu, Broga Hills juga terkenal sebagai salah satu lokasi outdoor bagi sesi fotografi perkahwinan. Bukit ini juga menjadi lokasi buat angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr Syeikh Muszaphar Shukor melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama isterinya.

5. Bukit Batu Condong, Kemensah

Bukit Batu Condong juga adalah lokasi baru yang dijumpai untuk aktiviti pendakian. Ia tidak tinggi dan tidak s**ar malah anda mampu sampai ke puncak berketinggian 285 meter ini kurang dari 45 minit sahaja.

Laluan awal trek ini dipenuhi dengan pokok buluh dan juga dengan gigitan nyamuk. Jadi, kami yakin sekali anda pasti tidak akan terlepas daripada gigitan nyamuk apabila anda di sini. Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda memakai pakaian lengan panjang semasa mendaki.Tambahan lagi, terdapat beirut di puncak dan anda boleh melihat beberapa mercu tanda kota Kuala Lumpur (KLCC, Menara KL dan Menara Maybank). Wow, **bestnya!* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi p**a, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.

6. Bukit Batu Lebah, Melaka

Melaka dikenali sebagai bandaraya bersejarah dan juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Ramai pelancong datang ke Melaka untuk melihat warisan peninggalan sejarah ini. Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai hutan rekreasi buat anda melakukan aktiviti mendaki bukit.

Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah terletak di daerah Jasin, Melaka. Jaraknya adalah 16 kmdari pekan Jasin dan 27 km dari Bandaraya Melaka. Selain mendaki, dengan adanya Gua Reban Ayam, anda juga boleh melakukan aktiviti caving di sini.

Sedikit berbeza dengan bukit yang lain, puncak Bukit Batu Lebah hanya memperlihatkan kehijauan hutan rekreasi tersebut. Bagaimanapun, suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.

7. Bukit Kutu, Selangor

Ini p**a adalah Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill. Ia terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Sekurang-kurangnya 4 jam masa diambil untuk anda tiba di puncak bukit ini. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur.

Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kakiataupun 1053 meter daripada aras laut. 5 minit perjalanan awal anda akan menjumpai bekas tapak rumah banglo yang sudah runtuh. Kelihatan masih lagi ada sisa-sisa bangunan rumah tersebut di sini. Sekali pandang boleh menajdi lokasi penggambaran cerita seram lah p**ak!

8. Bukit Saga, Kuala Lumpur

Bagi anda yang merancang untuk hiking di kawasan berdekatan Kuala Lumpur, anda boleh merancang untuk mendaki Bukit Sagayang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

Dan bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin akan sesat semasa mencari lokasi bukit ini walaupun ada tanda arah disediakan. Ini kerana anda akan melalui kawasan perumahan dan ini akan membuatkan anda sedikit ragu-ragu. Tetapi hakikatnya bukit ini terletak berdekatan dengan Taman Saga, iaitu taman perumahan yang mana anda akan melalui taman ini untuk sampai ke sana.

Anda juga boleh menikmati air terjun di sini selepas mendaki. Jadi, inilah peluang buat anda untuk menyejukkan badan setelah selesai mendaki.

Bezanya Bukit Saga ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan hammock untuk anda duduk berehat. Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas hammock. Memang terbaik!

9. Bukit Panorama, Pahang

Dengar nama pun sudah buat kita terfikir, bagaimanalah panorama ketika berada di puncak bukit ini. Rupa-rupanya nama bukit ini memang setanding dengan pemandangan apabila berada di atas sana.

Bukit ini terletak di Sungai Lembing, Pahang. Bukit ini terletak 40 km dari bandar Kuantan. Bukit Panorama berketinggian 291 meter dari aras laut dan semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Anda tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat 815 anak tangga untuk sampai ke atas.
Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.

10. Bukit Arong, Mersing

Bukit Arong merupakan bukit tertinggi yang terletak di Mersing, Johor. Kini ia dipanggil sebagai Gunung Arong kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang.

Anda perlu melalui jalan kampung sebelum tiba ke sini. Selepas jalan kampung anda akan menemui jalan dusun dan seterusnya air terjun kecil. Permulaan pendakian sudah mencabar kerana terdapat batu-batu kuarzt berbagai bentuk di sepanjang trek.

Trek di sini agak landai dan tidak terlalu curam dan hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam. Jika anda tiba ke puncak, anda dapat lihat terdapat banyak pokok tumbuh di sekelilinga batu. Manakala, puncak bukit agak lapang dan terdapat berop (besi penanda) di puncak gunung.

Kredit :Says Seismik

Onz X Onz
11/10/2017

Onz X Onz

Nak travel dengan pakej jimat? Gempak? Berbaloi dengan harga? Jom follow trip dengan , Agent sah Bahtera Kembara Holiday...
09/10/2017

Nak travel dengan pakej jimat? Gempak? Berbaloi dengan harga? Jom follow trip dengan , Agent sah Bahtera Kembara Holiday.

Nak tanya pape pasal pakej Whatsapp (Fasya)
013-6065769
013-6065769
013-6065769
Email:- [email protected]

#0136065769 **au

Address

Seoul

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travelajom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category