KoreaVacay

Call Website Contact the business

KoreaVacay Winter • Aurora • Snow Trip Specialist
🇰🇷 Korea 🇯🇵 Japan 🇷🇺 Murmansk 🇹🇷 Turkiye

04/10/2026

Ramai yg tanya date mana masih available 👀

Korang! Trip hunting aurora ke Murmansk ni mmg laku keras tau 🇷🇺💚 Setiap date cepat penuh. Kalau lambat, sis pun xdpt nak tolong bila slot dah habis 🥹

Masih ada beberapa date yg available. Siapa nak, cepat komen “NAK”! Sis share pilihan date yg masih ada slot 🤗❄️

03/10/2026

Dah tidur sedap bawah selimut, tiba2 guide ketuk pintu… ‘Aurora keluar!’ 😂

Korang geng mana?

💚 Terus bangun, pakai jacket n keluar!
😴 Suruh ambil gambar je, esok sy tengok.

29/09/2026

Kalau tengok video, salji atas jalan tu nampak lembut je kan. Tapi dekat kawasan bandar, salji yang orang dah pijak berkali-kali akan jadi padat. Bila suhu berubah, permukaannya boleh cair sikit dan membeku semula. Masa tu jalan jadi licin macam ais, walaupun dari jauh nampak putih macam salji biasa.

Sebab tu bila pilih kasut winter, jangan tengok tebal atau cantik je. Tapak yang ada grip lagi penting. Cari kasut yang waterproof juga, sebab bila salji masuk dan stokin basah, kaki akan cepat rasa sejuk. Pastikan ada ruang untuk stokin tebal, tapi kasut tak longgar sangat sampai kaki bergerak-gerak dalam kasut.

Kalau dah ada kasut yang selesa tapi tapaknya licin, boleh bawa anti-slip grip yang boleh sarung bila perlu. Tanggalkan semula bila masuk bangunan ya.

Dekat Sapporo ni, kadang-kadang cabaran sebenar bukan berjalan dalam salji yang tebal… tapi berjalan atas ais yang kita tak perasan pun ada 😂

27/09/2026
26/09/2026

Tips winter untuk first timer ❄️
Jangan tengok suhu dekat weather app je. Kadang-kadang suhu nampak macam -5°C, tapi bila angin kuat, badan boleh rasa jauh lebih sejuk. Itu yang orang panggil wind chill.

Sebab tu masa winter, jangan harap pada satu jacket tebal je. Lagi selesa kalau pakai berlapis ~ inner, sweater/fleece, then outer jacket yang tahan angin.

Glove, stokin tebal, neck warmer dengan beanie pun jangan skip. Selalunya tangan, kaki dengan telinga yang buat kita cepat rasa “tak tahan sejuk” dulu 😂

Kalau nak check weather, tengok sekali bahagian “feels like”. Yang tu selalunya lebih accurate untuk kita prepare pakaian.

19/09/2026

Bulan Mac masih boleh main snow dekat Sapporo?! ❄️👀

Ramai ingat masuk hujung Mac dah susah nak jumpa snow tebal dekat Hokkaido… tapi dekat tempat ni, snow masih banyak dan kalau cuaca ngam, fresh snowfall pun masih boleh dapat 🤍☃️

View gunung memang cantik gila, sesuai untuk main snow, ambil gambar & feeling winter walaupun dah hujung March 😍

Nak tahu dekat mana? Komen “NAK” 👇🏻
Kalau ramai nak, sis spill nama tempat ni dekat komen 🤭❄️

25/07/2026

Ramai orang keliru antara suhu dengan haba.

Aurora memang boleh melibatkan zarah yang mempunyai suhu sehingga sekitar 1,000 hingga 2,000°C.

Tetapi suhu yang tinggi tidak semestinya bermaksud ia boleh membakar sesuatu.

Kenapa?

Sebab aurora berlaku pada altitud sekitar 80 hingga 500 kilometer dari permukaan bumi. Di kawasan itu, udara sangat-sangat nipis.

Bila udara nipis, jumlah zarah yang membawa tenaga juga sangat sedikit.

Dalam fizik, objek akan terasa panas apabila menerima haba, iaitu pemindahan tenaga.

Walaupun setiap zarah aurora mempunyai tenaga yang tinggi, jumlah zarah yang berlanggar dengan kita terlalu sedikit untuk memindahkan haba yang cukup bagi memanaskan atau membakar apa-apa.

Sebab itu angkasawan pun tak terbakar apabila berada dalam ruang angkasa yang suhunya boleh menjadi sangat ekstrem.

Aurora yang kita nampak p**a bukan api.

Ia ialah cahaya yang terhasil apabila zarah bercas daripada Matahari melanggar atom oksigen dan nitrogen di atmosfera Bumi.

Apabila atom-atom itu kembali ke keadaan asal, mereka memancarkan cahaya hijau, merah atau ungu yang kita kenali sebagai aurora.

Jadi, aurora memang berkait dengan zarah yang sangat panas, tetapi bukan haba yang boleh membakar kita di permukaan

Bumi.Pendek kata… suhu tinggi ≠ haba tinggi. Itulah sebab kita masih boleh berdiri di bawah aurora pada suhu -20°C sambil menikmati pemandangannya.

19/07/2026

Kalau tiba-tiba tour guide korang jerit “AURORA! AURORA!”, korang kena cepat keluar tau! 😂

Sebab Aurora ni tak semestinya muncul lama. Kadang-kadang dia muncul 5–10 minit je, lepas tu perlahan-lahan fade dan hilang.

Lepas tu dia boleh muncul balik… tapi kita tak tahu bila. Kadang kejap lagi, kadang kena tunggu lama.

So bila guide dah panggil, jangan “jap nak makeup”, “jap nak cari itu ini” 😭

Sarung jacket, ambik phone, terus keluar! 😂

Sebab kita boleh tunggu Aurora berjam-jam…
tapi Aurora tak tunggu kita...

13/07/2026

Kalau korang pernah jalan atas salji, mesti pernah dengar bunyi tu.

Sebenarnya, bunyi tu datang daripada kristal ais yang pecah setiap kali kita melangkah.

Bila tapak kasut menekan salji, berjuta-juta kristal ais kecil akan retak dan menghasilkan getaran. Getaran inilah yang kita dengar sebagai bunyi “kruk kruk”.

Lagi sejuk cuaca, lagi keras kristal salji.

Sebab tu bunyi dia lagi jelas.

Kalau suhu dah hampir 0°C, salji mula mengandungi lebih banyak air, jadi kristalnya lebih lembut dan bunyi pun tak sekuat salji yang sangat sejuk.

Lain kali kalau travel winter… cuba dengar betul-betul bunyi bawah kaki tu. 🤍

13/07/2026

Nampak macam keluar asap… tapi sebenarnya bukan.

Setiap kali kita bernafas, udara yang keluar daripada paru-paru bersuhu sekitar 37°C dan mengandungi wap air.

Semasa musim sejuk, udara di luar jauh lebih sejuk. Apabila udara panas daripada nafas kita bertembung dengan udara sejuk, suhu wap air akan turun dengan sangat cepat.

Pada satu tahap, udara sejuk tidak lagi mampu menampung semua wap air tersebut.

Wap air itu lalu memeluwap (condensation) menjadi berjuta-juta titisan air yang sangat halus.

Titisan halus inilah yang memantulkan cahaya dan menyebabkan nafas kita kelihatan seperti “asap”.

Semakin rendah suhu di luar, semakin banyak wap air yang memeluwap dan semakin jelas “asap” yang kita nampak.

Jadi, apa yang keluar dari mulut kita sebenarnya bukan asap, tetapi air dalam bentuk titisan yang sangat halus. 🤍

Address

Seoul

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KoreaVacay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KoreaVacay:

Shortcuts

Share

Category