Kembara Kak Kep

Kembara Kak Kep Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kembara Kak Kep, Travel Company, Beirut.

14/02/2021

14 February 2020
Morning walk area Corniche Beirut to see Raouche Rocks. Our flight to Doha in 4 hours. So just stroll and have coffee and husband try Beirut sisha at Bay Rock Cafe
Holiday in 2020? Wowww.. Rare isn't it?

***********************************************Short Trip 3D2N to Hungary, Slovakia & Austria ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡น ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฎ21 Nov - 23 Nov 201...
01/12/2019

***********************************************Short Trip 3D2N to Hungary, Slovakia & Austria ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡น ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฎ
21 Nov - 23 Nov 2019
************************************************
Weekend trip terdiri dari 4 orang mak dan 2 anak remaja ke 3 negara Schengen. Kami berenam terbang dari Doha, Qatar. Bulan October lepas Qatar Airways buat promosi Weekend trip ke beberapa tempat contohnya Istanbul, Cyprus, Salalah Oman, Budapest Hungary dan banyak lagi. Promosi bawah QR1500 termasuk flight return dan accomodation utk 2 malam. Kalau nak stay longer, maka caj nya lebih lah. Promosi nih pakej untuk couple. Sebab tuh kami pergi berenam โ˜บ๏ธ
Kami pilih promosi ke Budapest, Hungary memandangkan semua ahli rombongan dah pernah ke Istanbul dan nak merasa saki baki Autumn dan tempat sejuk sikit. Maklumlah, kalau nak ke tempat panas panas tak payah lah ke mana mana, baik kami stay kat Doha jekk ๐Ÿคญ. Kami semua penduduk tetap Qatar memandangkan masing masing mengikut suami bekerja di sini
Settle urusan tempah tiket flight dan tempat tinggal, cabaran nya lepas tu adalah untuk City tour. Walaupun 3 hari jek, tetap lah cita cita tinggi nak melawat negara jiran Hungary iaitu Slovakia dan Austria. Cuma 3 jam perjalanan lebih kurang, rugi p**a kalau tak gi melawat alang alang dah sampai kan?
Kami gunakan khidmat www.toursbylocal.com untuk melawat Slovakia dan Austria dari Hungary yang mengambil masa 12 jam complete perjalanan pergi balik. Last time gunakan servis tours by Local nih waktu ke Georgia pada tahun 2017 dan melawat White Sabaduri Forest guna khidmat yang sama
Tour guide dari website adalah orang Local dan mereka tidak bekerja dengan mana mana syarikat travel. Mereka tour guide berdaftar dengan tourism negara masing masing dan guna website toursbylocal sebagai platform untuk promosi perkhidmatan mereka
Saya PM almost 8 tour guide untuk dapat the Best quotation dan boleh bawa kami ke negara jiran. Hanya seorang tour guide yang boleh bawa ke Slovakia dan Austria dengan bayaran yang sangat berpatutan
Di bawah itinerary sepanjang 3 hari kami di sana:
21 November 2019
------------------------------
8.20am - flight dari Doha ke Budapest lebih kurang 5.5 hours

1pm - Arrival at Budapest Airport

2pm - Gellert Hill (Buda side) Danube River yang membahagikan Buda dan Pest side

3pm - Fisherman's Bastion, tourist attraction yang terletak di Buda Castle

6pm - Sampai di Apartment yang kami sewa di Firiencik Tere di bandar Budapest
22 November 2019
-------------------------------
7am - Minivan dah ready untuk ke Bratislava, Slovakia. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah

9.30am - Tiba si Bratislava Castle. Tour dan ambil gambar dan jalan turun bukit ke Old Town Bratislava, bangunan lama dan gereja yang cantik cantik ukiran sepanjang jalan. Banyak pit stop untuk berposing ๐Ÿคญ. Christmas Market pun dah start dan pagi pagi dah meriah sekitar old Town. Tour guide bawak kami ke Cordoba Islamic Centre di pekan Bratislava untuk solat jamak.

1pm - Gerak ke Vienna, Austria. Perjalanan ambil masa dekat 2 jam.

3pm - Tiba di Schonbrunn Castle yang terletak di Hietzing, Vienna. Castle 1441 bilik ini adalah sebagai tempat tinggal musim panas Habsburg rulers. Pusing pusing sekitar, ambil gambar dan gerak ke Vienna city

4.30pm - Di bandar Vienna kami cuma berjalan kaki melawat places of interest. Hari pun dah makin gelap. Christmas Market Vienna nampaknya lebih meriah berbanding Bratislava dengan outdoor skating area dan lagi banyak hiasan lampu lampu. Beli souvenir sorang sikit dan gerak balik ke Budapest jam 6pm

9pm - Safely Arrived Budapest. Makan dan tidur. Hari paling penat. Menapak 20k steps ๐Ÿคญ
23 November 2019 (Last Day)
------------------------------------------------
10am - Check out Apartment dan tour around Pest area.

10.30am - Budapest Christmas Market di area St Stephens Basilica. Just round tengok tengok dan beli sedikit souvenir di sini dan shoot to next stop

11.00am - Arrived at The Hungarian Parliament building, dibina inspired by Neo Gothic architecture, building nih memang cantik lah. Segenap sudut nak bergambar dan waktu sampai ada changing guard. Sempat lah layan kejap. Bangunan nih berusia lebih 100 tahun.

12.00pm - Kami ke Heroes Square iaitu antara landmark utama Budapest. Di sebelah nya ada outdoor ice skating ring yang agak luas. Menarik tgk tua muda sama sama ice skating tgh hari Sabtu ๐Ÿ˜….

12.30 - Dalam banyak banyak castle, Vajdahunyad Castle nih paling cantik. Bila masuk kawasan castle tu feeling feeling mcm dalam movie sebab rekabentuk dan warna yang unik ala ala Gothic. Kata tour guide design castle nih inspired by castle di Transylvania. Betul ke tidak entah lah ๐Ÿ˜…

1.00pm - Sebelum gerak ke Airport sempat jugak menjenguk salah satu bath yang famous di Budapest nih. Szechenyi Bath adalah thermal bath yang paling besar dan paling famous di Budapest. Sejuk sejuk berendam air panas mestilah nyaman

2.00pm - Sampai di Airport dan check in semua. Flight balik ke Doha jam 4.20pm
Short and sweet mak mak trip bersama dua anak bujang. Walaupun padat dan hectic tapi enjoy. Mak mak pun kadang kadang perlukan 'me time'. Bila dah reset dan refresh energy, balik rumah lagi makin bersemangat nak back to routine dan membesarkan anak anak
Nak tau total cost sepanjang trip 3 hari nih boleh lah PM saya yerr.. Agak pricey sebab nak cover 3 negara.. So semua pun tak berkire.. Bayarrr jekk.. Ahli rombongan yang best dan tak berkire. Inilah yang kita mahukan ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Nota kaki : Malaysian tidak memerlukan visa untuk melawat Hungary. 90 days boleh stay dan keluar masuk Schengen Country tanpa ada masalah. Urusan imigresen juga mudah tanpa apa apa soalan dan tak perlu bersedia sangat macam nak masuk Australia atau Korea ๐Ÿคญ

Road Trip is the Best ๐Ÿ˜
28/04/2019

Road Trip is the Best ๐Ÿ˜

Pernah menonton filem hindustan? Perasan tak latar belakang filem-filem hindustan sangat cantik. Bayangkan anda dapat memandu di luar negara terutamanya di negara-negara eropah sememangnya seronok โ€ฆ

Bawa bayi main salji? Bayi cuma pemerhati.. Yang bergembira adalah kakak abang dan mak ayahnya ๐Ÿ˜Tiada masalah bawa bayi ...
28/02/2017

Bawa bayi main salji? Bayi cuma pemerhati.. Yang bergembira adalah kakak abang dan mak ayahnya ๐Ÿ˜

Tiada masalah bawa bayi sekecil 5 bulan jika kena cara pemakaiannya. Jom main salji. ๐Ÿ˜

http://www.kakkep.com/tips-bawa-bayi-main-salji/

That 5 months old baby survived -16c minimum & -23c maksimum temperature at Gudauri Ski Resort, Georgia. Meh Kak Kep kongsi sedikit tips macam mana nak bawa baby tengok salji (walaupun dia taktau apa apa) while abang kakak enjoying main salji. Kat bilik memang dia nangis sebab panas 1) Menjadikan ba...

That 5 months old baby survived -16c minimum & -23c maksimum temperature at Gudauri Ski Resort, Georgia.Meh KK kongsi se...
23/02/2017

That 5 months old baby survived -16c minimum & -23c maksimum temperature at Gudauri Ski Resort, Georgia.

Meh KK kongsi sedikit tips macam mana nak bawa baby tengok salji (walaupun dia taktau apa apa) while abang kakak enjoying main salji.

1) Menjadikan bayi tersebut seperti 'kuih lapis'
----------------------------------------------

Pakaikan berlapis lapis pakaian. Susah nak cari pakaian winter untuk saiz bayi. Sebab kita bukan di negara yang ada salji.

So be kreatif dan mak kena fikir di luar kotak. KK pakaikan Hamka 3 lapis jumpsuit.

Lapisan pertama yang kena kulit dia adalah dari jenis material wool. Wool nih, kalau basah pun dia akan keep warm.

Cotton adalah big no no untuk di pakaikan pada anak anak untuk main salji. Kalau basah, takkan kering dan miserable. Berbeza dengan wool. Yang nih untuk anak anak yang dah besar dan nak main salji.

Lapisan luar tuh, jadikan bayi seperti 'orang bulan' tegak jek kaki tangan dia kejung ๐Ÿ˜†

Topi make sure sentiasa melekat di kepala. Minimumkan kulit yang terdedah. Kalau dia tak nangis dan ok. 'Ninja'kan dia.

2) Waktu yang sesuai untuk bawa bayi keluar.
--------------------------------------------

Sentiasa pantau bacaan suhu. Matahari mula cerah jam 10.30am di Gudauri. Dan chairlift di ski resort mula beroperasi jam 10 pagi. Makanya, ini waktu yang sesuai bawa bayi keluar.

Cahaya matahari membantu supaya tak rasa sejuk sangat dan bearable. So, time is important. Kena ingat, musim sejuk di kawasan gunung salji. Cukup susah nak dapat bright sunny day. Selalunya cloudy jek.

Jadi this is the best time to enjoy snow dan gambar pun cantik ๐Ÿ˜‰

3) 'Pakai' bayi tersebut
-----------------------

Make sure ada baby carrier. Tak kiralah wrap, ssc atau kain batik sekalipun (kalau pandai). Bayi kena sentiasa melekat pada badan mak atau ayah.

Sama sama saling bantu untuk memanaskan badan dengan body heat masing masing. Jadi bayi akan rasa sangat selesa dan tenang.

4) Panaskan badan di kawasan tertutup
---------------------------------------

Maksimum untuk bayi berada di kawasan lapang atau terdedah adalah 30-45 minit. Lepas tuh cari tempat lepak tertutup seperti coffee house atau kafe. Rehat dalam 15 minit. Panaskan badan dan keluar semula.

Sentiasa ingat. Bayi tak macam orang dewasa atau kids toddler. Badan dia masih tak boleh adjust dengan suhu terlampau sejuk macam tuh.

Mak ayah kena sentiasa alert dengan perubahan pada bayi. Kalau dia dah menangis dan menunjukkan tanda tanda tidak selesa. Lebih baik hentikan aktiviti dan cari solusi.

Jangan lupa, mak ambil makanan atau minuman yang boleh memanaskan badan seperti madu, Vivix atau yg lain lain. Dan susukan bayi. Sama sama boleh memanaskan badan.

Ada bayi? Tiada halangan untuk berlibur di pergunungan salji. Kembara Kak Kep dah buat. Korang pun boleh buat ๐Ÿ˜

Bercuti atau melancong tidak perlu sampai menyeksa diri. Walaupun majoriti masyarakat Islam sangat sedikit namun tak sus...
12/02/2017

Bercuti atau melancong tidak perlu sampai menyeksa diri.

Walaupun majoriti masyarakat Islam sangat sedikit namun tak susah nak mendapatkan makanan halal di Georgia.

Selain masak sendiri (dengan syarat menginap di apartment yang menyediakan kelengkapan untuk memasak) Kak Kep buat study juga tentang kedai makan halal di Georgia.

Di entry ini, di senaraikan kedai makan halal yang kami telah cuba. Boleh tahan rasanya. Harga pun berpatutan. Dapat makan nasi beriani sedap. Nyums.

Semoga bermanfaat buat anda yang bakal melawat Georgia amnya dan Gudauri serta Tbilisi khasnya.

Boleh share tanpa perlu minta izin โ˜บ๏ธ

http://www.kakkep.com/kedai-makan-halal-di-georgia-tbilisi-gudauri/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Sebelum trip nih, dalam kepala Kak Kep dah bajet macam susah nak cari kedai makan halal di Georgia. Jadi memang dah set kena sewa apartment yang boleh masak. Tak beria sangat research pasal kedai makan halal. Surprisingly, tak susah p**ak nak cari kedai makan halal...

Hari main salji, ski dan snow quad bike. -16c? Bring it on. Jumlah belanja sewa kelengkapan main salji, ski dan snow qua...
11/02/2017

Hari main salji, ski dan snow quad bike. -16c? Bring it on.

Jumlah belanja sewa kelengkapan main salji, ski dan snow quad bike semua ada dalam entry. Baca dan ๐Ÿ˜œ

http://www.kakkep.com/ski-dan-salji-di-gudauri-georgia-day-2/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Walaupun Georgia terkenal dengan wine nya. Tapi mana boleh minum wine. Kita togok Vivix lah nak bagi badan panas nak hadap -22c punya weather okay. Togok banyak banyak tau Our day 2 start awal hari nih, masak sarapan dekat apartment. Make sure perut kenyang betul u...

Info berkaitan transfers dari airport to Gudauri, apartment yang disewa di ski resort boleh klik tulisan bold warna purp...
10/02/2017

Info berkaitan transfers dari airport to Gudauri, apartment yang disewa di ski resort boleh klik tulisan bold warna purple di entry. Terus akan direct kan uols ke Page yang berkaitan.

Day 1.. Many more days to come ๐Ÿ˜…

http://www.kakkep.com/gudauri-ski-resort-georgia-day-1/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Sebenarnya percutian ke Georgia adalah impromptu. Tak plan pun. Baru 'kenal' dengan Georgia dalam bulan lepas. Hihi. Riki riki tiket.. Eh boleh tahan murah untuk 2 Dewasa, 3 Kanak kanak dan seorang bayi. Sangat munasabah harganya. Anak bujang di beri tugasan untukโ€ฆ

Address

Beirut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Kak Kep posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category