22/07/2026
π SEKITAR ZIARAH DALAMAN MASJID NABAWI
Alhamdulillah, jemaah Penerbangan 9 Julai 2026 telah berpeluang mengikuti ziarah dalaman sekitar Masjid Nabawi yang dibimbing oleh Mutawwif Hj Samod dan Mutawwifah Hjh Norashuha.
Setiap langkah di bumi Madinah membawa seribu makna. Bukan sekadar melihat keindahan Masjid Nabawi, malah menghayati sejarah, mengenali tempat-tempat yang penuh keberkatan serta menyemai rasa cinta yang lebih mendalam kepada Rasulullah SAW.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan berharga, setiap ibadah diterima Allah SWT, dan setiap doa yang dipanjatkan di bumi Madinah dimakbulkan.
Ya Allah, kurniakanlah kepada seluruh jemaah kami umrah yang mabrurah, hati yang tenang, dan peluang untuk kembali menjadi tetamu-Mu lagi. Aamiin π€²β¨