31/05/2026
"Kita merancang dengan kalendar, tapi aturan Allah itu jauh lebih tepat dan indah..." ๐โจ
Ini adalah perkongsian jujur pengalaman pertama kami di Kembara Rimba membawa satu group keluarga bercuti ke Thailand melalui pakej Satun & Hat Yai 3D2N.
Kisahnya bermula apabila pelanggan ini membuat tempahan awal 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.
Mengikut perancangan asal, tarikh bertolak dipilih pada 28/5/2026 dengan jangkaan hari raya Aidiladha jatuh pada 27/5/2026 mengikut kalendar Malaysia. Niat di hati, hari raya kedua baru nak mula berjalan.
Namun, perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Dipendekkan cerita, rupanya tarikh Raya Aidiladha di Thailand diumumkan jatuh tepat pada tarikh perjalanan kami iaitu 28/5/2026! ๐ฑ
Bayangkan perasaan bila hari pertama trip rupa-rupanya adalah Hari Raya Pertama di sana! Walau apa pun yang berlaku, the show must go on.
Segala persiapan logistik telah dibuat rapi dan percutian keluarga ini tetap diteruskan dengan penuh semangat. Tengok sajalah senyuman makcik, pakcik, dan seluruh ahli keluarga di dalam vanโsiap pegang tongkat tanda bersedia!
๐Hikmahnya, trip kali ini jadi tersangat istimewa sebab kami dapat merasai sendiri suasana pagi raya dan sambutan Aidiladha yang unik di bumi Thailand bersama-sama.
Pengalaman pertama yang sangat mahal harganya buat kami di Kembara Rimba!
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Korang pun nak buat family trip yang tenang, lancar, dan penuh memori ke Satun & Hat Yai?
Jom rancang slot percutian korang bersama Kembara Rimba sekarang! Hubungi Rimba Mansor segera:
๐ +6011 37894677