22/10/2026
Pencerahan .
Sejarah Kampung Tualang
Saya leluhur Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.
Sejarah yang saya ambil dari keluarga kami
Yang Di Petuan Syarif Abu Bakar Shah merupakan raja Ligor , nenek Syarif Abu Bakar merupakan sultan Sulaiman shah singgora.
Adik perempuan Syarif Abu Bakar Shah
Menikah dgn sultan Muhammad jiwa zainal adilin sultan Kedah ke 19. Perkahwinan diraja ini dikurniakan 2 putra , tunku long putra Dan tunku anjang Johan. Ditakdirkan mereka tidak naik takhta disebab pergolakan istana . Yang menjadi sultan adalah adinda mereka dari ibu yang lain iaitu sultan Abdullah mukram shah. Ini sudah suratan takdir Yang pasti ada hikmah .
Semasa Ligor diserang Syarif Abu Bakar Shah berundur ke Kedah untuk berlindung ..
Syarif Abu Bakar Shah Dan anak anak berkhidmat membantu sultan Muhammad jiwa mentadbir Kedah .
Syarif Abu Bakar Shah membina penempatan Dan kota di kota mengkuang . Malangnya baginda dibunuh boleh tentera kafir siam Dan dibawa jasad dimakam di tualang . Dimakamkan di tualang sebab ramai keluarga baginda di tualang termasuk anak saudara baginda tunku long putra .tunku long putra dimakam di kepala bendang .
Syarif Abu Bakar Shah sudah mangkat lebih awal dari bermulanya perang musuh bisik pada tahun 1821 .
Tunku long putra tidak terbunuh dalam perang musuh bisik . Tunku long putra mangkat sakit tua. Dinda tunku long putra p**a iaitu tunku anjang Johan membawa diri ke burma.sehingga kini orang Burma ada yang cakap Kedah sehingga hari ini.
Ini sejarah dari lisan orang tua tua keluarga kami.
Yang nak dakwa raja Kedah la apa la , yg kata Syarif Abu Bakar mangkat zaman musuh bisik bukan dri sumber versi keluarga kami.
Sejarah Syarif Abu Bakar shah boleh rujuk saya Dan pertubuhan kerabat sharif shah tunku long putra tunku anjang putra negeri Kedah. Kini saya diamanahkan sementara sebagai pengerusi pertubuhan .
Terima kasih abg Mahdzir Hasan Det
Yang selalu saya minat posting beliau.tak pernah tak padu. Dlm Bab ni ja sy terangkan sejarah leluhur saya . Terbaik dah abg det s**a cari tempat sejarah.terima kasih naikan sejarah tualang Dan leluhur kami. sedikit fakta sy luruskan mungkin abg ambil dri lisan penduduk sekitar yang tahu sejarah ini cara umum yang ada sedikit maklumat kurang tepat .
Terima kasih abg det .
Abg det sentiasa padu. Gambar abg det ambik sy selalu ikuti Dan sy amat minat sangat , seni abg padu.
Maf lebih kurang , jika ada bahasa tak sesuai sy gunakan
Mohon maf mohon ampun.
Sekian
Suber tulisan Helmi Assyafie