07/07/2026
Makluman berkaitan laluan baru di Bukit Kayu Hitam.
NOTIS PENGOPERASIAN LALUAN BAHARU ICQS BUKIT KAYU HITAM โ CIQ SADAO
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin memaklumkan bahawa laluan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand akan mula beroperasi seperti ketetapan berikut:
๐๏ธ 11 Julai 2026 (Sabtu)
๐ 6.00 pagi (Waktu Malaysia)
Makluman penting kepada pengguna jalan raya:
โ
Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam โ CIQ Sadao akan mula digunakan oleh semua pengguna jalan raya mulai 6.00 pagi, 11 Julai 2026.
โ Laluan sedia ada Bukit Kayu Hitam โ Danok akan ditutup sepenuhnya mulai 12.00 tengah malam (Waktu Malaysia), 11 Julai 2026.
Pengurusan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bersama agensi berkaitan akan melaksanakan segala persiapan dan penyelarasan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi arahan petugas serta papan tanda trafik bagi memastikan perjalanan yang selamat, lancar dan teratur.