ADWa Vistana Homestay

ADWa Vistana Homestay Homestay
Berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah
Dekat dengan kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan

20/06/2026
02/01/2026

Kedah ni sebenarnya lengkap gila untuk orang yang nak healing hujung minggu.

Nak p**au tropika boleh.
Nak pantai tenang untuk lepak pun boleh.
Nak naik gunung rasa angin sejuk, mandi air terjun, jalan hutan, sampai ke tempat bersejarah pun ada.

Kalau kau plan road trip, family day, atau short getaway 2H1M, kau boleh susun ikut kategori macam ni.

Pulau dan pantai
Pantai Tanjung Rhu, tempat cantik untuk jalan santai, ambil angin, tengok sunset.
Pantai Murni, vibe lebih tenang sesuai untuk keluarga lepak lama.
Pulau Songsong, port best kalau nak rasa p**au yang tak serabut, buat trip ringkas.

Gunung dan air terjun
Gunung Jerai, kalau kau s**a view tinggi dan udara lain macam, ini memang wajib.
Air Terjun Seri Perigi, hijau dan sejuk, sesuai untuk mandi-mandi dan picnic.
Hutan Lipur Ulu Paip, tempat ringan untuk aktiviti alam, bawa budak pun selesa.

Warisan dan budaya
Masjid Zahir, antara ikon Kedah yang paling kemas dan bersejarah.
Muzium Padi Kedah, best untuk faham pasal padi dan cara hidup orang Kedah.
Lembah Bujang, kawasan sejarah yang buat kita sedar Kedah ni lama dah “hidup” dari dulu.
Rumah Kelahiran Tun M, sesuai untuk yang minat sejarah dan nak tengok sisi cerita lama.

Rekreasi dan aktiviti keluarga
Tree Top Walk Sungai Sedim, jalan atas pokok, view cantik, pengalaman lain dari biasa.
Underwater World, sesuai kalau bawa anak, senang setengah hari habis dekat situ.
Berangan Aqua Park, kalau geng s**a aktiviti air dan nak bagi budak puas main.

Alam dan eco-tour
Kilim Geoforest Park (Mangrove Tour), paling ngam kalau kau nak trip santai naik bot tengok alam.
Sungai Merbok Cruise, layan suasana sungai, angin, dan view yang tenang.
Tasik Beris, cantik untuk ambil gambar, chill petang, atau picnic.

Makanan ikonik Kedah
Laksa Power Pantai Kok, kalau kau sampai area tu memang rugi tak cuba.
Mee Abu Alor Setar, menu legenda, simple tapi padu.
Ikan Bakar Top Kuala Kedah, makan angin tepi laut sambil layan ikan bakar, memang kena.

02/01/2026

Salam Tahun 2026

23/12/2025

PESAN KEPADA ANAK HIDUP MESTI ADA PRINSIP.
Satu kaedah yang paling berkesan untuk menanam prinsip hidup ialah menggunakan kata-kata hikmah kepada anak-anak.

Ungkapan-ungkapan yang baik itu mesti sentiasa diulang-ulang agar masuk ke dalam minda separa sedar (subconscious mind) anak-anak.

Contohnya, dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat, cinta Rasulullah adalah jalan mencintai Allah dan banyak lagi. Pasakkan prinsip hidup ini berulang kali.

Anak-anak akan sering melakukan kesalahan walaupun telah diperingatkan berkali-kali.

Jadi kita perlu menasihatinya berulang-ulang kali juga sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah,

Baginda mengamalkan kaedah mengulang kata-kata yang baik dalam mendidik.

Ya, pengulangan ialah ibu pengetahuan.

Marilah kita fikirkan, apakah kata-kata yang boleh menaikkan semangat anak-anak supaya mereka mempunyai prinsip dalam hidup. Prinsip hidup inilah yang akan dibawa ke mana-mana.

Tidak kira semasa belajar, sudah bekerja, berumah tangga, mempunyai anak-anak dan sebagainya. Hidup orang yang berprinsip lebih teguh, tahan uji, lebih dinamik dan konsisten.

Antaranya apa yang dipesankan oleh Rasulullah kepada Ibnu 'Abbas r.a:
Ertinya: “Wahai anak, aku (mahu) mengajarkan kamu dengan satu pesanan. Jagalah (tanggungjawab terhadap) Allah, Allah pasti akan menjaga kamu. Jagalah (tanggungjawab terhadap) Allah, kamu pasti akan mendapati-Nya di hadapan mu. Jika kamu ingin meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Dan jika kamu ingin mendapatkan pertolongan, dapatkanlah daripada Allah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Inilah hadis Rasulullah SAW yang sangat baik untuk diterapkan kepada anak-anak sebagai prinsip hidup.

Dengan prinsip sebegini, mereka boleh menghadapi apa jua keadaan dengan sabar, tidak melatah dan tidak terburu-buru membuat keputusan.

Hadis ini mempunyai impak yang kuat pada jiwa anak-anak agar mempercayai qadak dan qadar Allah SWT.

Lebih banyak ada dalam buku ini - https://ezy.la/wahai-ibu-jadilah-madrasah-anakmu

08/11/2025

Beberapa kawasan di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Ayer Hitam mengalami gangguan bekalan air esok iaitu pada 9 November 2025 (AHAD) 10.00 malam hingga 10 November 2025 (ISNIN) 4.00 pagi

Ni dah bagitau awai², nanti jangan buat² taktau p**a nahh.. 🤣

14/09/2025

*Tarikh booking ADWA VISTANA HOMESTAY untuk SEPTEMBER 2025:*

1. 14/9 - 15/9
2. 15/9 - 16/9
3. 17/9 - 18/9
3. 19/9 - 21/9
4. 22/9 - 23/9

Tarikh yang tidak dinyatakan masih kosong. Sekiranya berminat untuk booking, boleh hubungi:

https://adwavistanahomestay.wasap.my

atau

Abang Esan @ 019-455 1269

TERIMA KASIH.😄

Assalamualaikum..Salam Hari Malaysia.😄
14/09/2025

Assalamualaikum..

Salam Hari Malaysia.😄

26/09/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nikmati ketenangan di Adwa Vistana Homestay..

https://wa.me/+60174338392

https://wa.me/+60194551269

*ADWa VISTANA HOMESTAY*

*Taman Vistana Indah, Jalan Langgar, Alor Setar (berhampiran/depan Hospital Sultanah Bahiyah)*

🌹🌾🌹🌾🌹🌾🌹🌾

🌻 Kelengkapan:

- 3 Bilik tidur(semua bilik dilengkapi aircond)
- 3 katil saiz queen
- 2 bilik air
- parking memuatkan 2 kereta
- dapur & ruang tamu
- Pemandangan sawah padi 🤩
- Dapur memasak
- Mesin basuh
- Ampaian
- Seterika + iron board
- Tuala mandi 6 pcs

*Homestay disanitasi setiap kali penyewa keluar*

🌻 Kemudahan yang berdekatan:

- Berdekatan Pusat Bandar Alor Setar (kurang 10 minit)
- Tol Alor Setar Utara (kurang 5 kilometer)
- Stesen Minyak
- Kedai makan (Kedai makan Melayu,Mamak,makanan Thai). 🥘🍲🍝☕
- Bnyak pilihan street food sepanjang jalan utama pada waktu petang 🌭🍔🍩
- Mini market
- Dobi layan diri
- Fasiliti kesihatan(farmasi,klinik,Hospital Sultanah Bahiyah) 🏥
- Tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Kepala Batas(kurang 10 minit) ✈️✈️

Terima kasih.😄😄













Address

Jalan Langgar
Alor Setar
05000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADWa Vistana Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ADWa Vistana Homestay:

Shortcuts

Share