Kedah Tourism

Kedah Tourism Experience Kedah - The Rice Bowls of Malaysia๐ŸŒพ๐ŸŒพ

(5)

Established to promote, market and encouraging tourist to visit Kedah state in northern part of Malaysia. Kedah Tourism is a state tourism bureau under Menteri Besar Incoperated that work with key tourism players locally and internationally. We also served as the focal point for the coordination of all tourism activities in Kedah and all these efforts undeniably to highlight Kedah as a Malaysia and Asia's 1st choice of tourist destination.

19/08/2026

Stove Crab menawarkan pilihan hidangan makanan laut yang pelbagai, termasuk ketam nipah sebagai antara sajian yang dikenali di sini. Menu yang disediakan memberi ruang kepada pengunjung untuk menikmati makanan laut dalam pelbagai pilihan, di samping sajian lain seperti udang dan ayam. Kepelbagaian menu ini menjadikan Stove Crab sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan

๐Ÿ“Stove Crab, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, Alor Setar





HAYATI WARISAN, SEMARAKKAN SEJARAH KEDAH!Ayuh hadir ke Himpunan Warisan dan Kebudayaan Sempena Ulang Tahun Angkatan dan ...
19/08/2026

HAYATI WARISAN, SEMARAKKAN SEJARAH KEDAH!

Ayuh hadir ke Himpunan Warisan dan Kebudayaan Sempena Ulang Tahun Angkatan dan Armada Laut Pejuang Negeri Kedah 1254H/1838M yang bakal berlangsung pada:

๐Ÿ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Muzium Kota Kuala Kedah
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga sambil mengenakan busana tradisional dan menghayati pelbagai pengisian menarik seperti Perarakan Warisan, Pidato Sejarah, Demonstrasi Silat, Persembahan Kebudayaan, aktiviti ilmiah, pameran sejarah serta reruai warisan.

Program ini menjadi ruang untuk kita mengenali dengan lebih dekat identiti, budaya, warisan dan perjuangan leluhur rakyat Kedah yang menjadi sebahagian daripada sejarah negeri ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyusuri sejarah, menghayati warisan dan bersama-sama menyemarakkan budaya Kedah!

18/08/2026

Satu pentas yang memperlihatkan kepelbagaian warisan dan tradisi Malaysia dalam suasana yang penuh warna. Colours of Malaysia menggabungkan elemen tradisional dan persembahan budaya daripada pelbagai komuniti, yang berlangsung di Menara Alor Setar, Kedah.




17/08/2026

House of Motorsport Underground 2026 menghimpunkan pelbagai aktiviti permotoran, daripada car show hingga aksi drift.
Alor Setar menjadi ruang pertemuan buat komuniti automotif dan peminat permotoran dari Kedah serta luar negeri.






17/08/2026

Somewhere beyond the familiar sights of Langkawi lies Pulau Tuba โ€” a little island where life moves a little slower. Some places simply invite you to slow down and stay awhile.

MAI EXPERIENCE KEDAH!

Presented by: Kedah Tourism





13/08/2026

Kalau ingin mengenali sisi Langkawi yang berbeza, Pulau Tuba antara destinasi yang boleh diterokai.
Di sini, anda dapat menikmati suasana yang tenang, kehidupan kampung yang masih terpelihara, persekitaran desa yang tersendiri serta sajian tradisi yang menjadi sebahagian daripada pengalaman di pulau ini.





12/08/2026

BT Haus Retreat membawa pengalaman staycation yang dekat dengan alam dan nostalgia.
Terletak di tengah bandar Alor Setar, penginapan ini dikelilingi kehijauan serta menawarkan pemandangan landasan dan kereta api, dengan ruang yang luas untuk dinikmati bersama keluarga dan kumpulan besar.

๐Ÿ“BT Haus Retreat, Taman Seroja, Alor Setar

BT Haus Retreat




11/08/2026

MoU EduTourism Kedah, antara Kedah Tourism, JetAsia (M) Sdn. Bhd. dan Koperasi Kemajuan Pelancongan Kedah (KKPK) yang dimeterai mendapat sokongan penuh daripada 11 rakan strategik industri pelancongan negeri Kedah.

Tujuh agensi dan produk pelancongan dari Kedah juga mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima pengiktirafan dalam Anugerah Industri Pelancongan 2026 - TIA (Tourism Industry Awards 2026)





11/08/2026

Tujuh agensi dan produk pelancongan dari Kedah mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima pelbagai pengiktirafan dalam Anugerah Industri Pelancongan 2026 (Tourism Industry Awards 2026 โ€“ TIA26), sekali gus mengangkat nama Kedah di pentas industri pelancongan negara.

Pencapaian ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, kreativiti, inovasi dan kecemerlangan pemain industri pelancongan Kedah dalam menawarkan produk serta pengalaman bertaraf tinggi kepada pelancong.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Kejayaan ini membuktikan bahawa Kedah mempunyai produk pelancongan yang mampu berdiri sebaris dengan destinasi terbaik di Malaysia.

Pada 8 Ogos yang lalu, tujuh agensi dan produk pelancongan dari Kedah mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima pe...
11/08/2026

Pada 8 Ogos yang lalu, tujuh agensi dan produk pelancongan dari Kedah mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima pelbagai pengiktirafan dalam Anugerah Industri Pelancongan 2026 (Tourism Industry Awards 2026 โ€“ TIA26), sekali gus mengangkat nama Kedah di pentas industri pelancongan negara.

Sebagai tanda penghargaan atas pencapaian tersebut, para penerima anugerah diraikan petang semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datoโ€™ Haji Mohd Salleh Saidin, bersama Kedah Tourism dalam satu majlis di Dewan Jamuan Utama, Wisma Darul Aman.

Tujuh pengiktirafan yang diraih Kedah ialah:

1. Kedah Tourism โ€“ Iftar Ramadan Experience Kedah (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ง๐œ๐ž)
2. Kedah Tourism โ€“ Kopi Waktu, Ulu Sedaka, Yan (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐†๐š๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ฒ ๐‹๐จ๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง)
3. Koperasi Kemajuan Pelancongan Kedah & JetAsia (M) Sdn. Bhd. (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ ๐‚๐จ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐ˆ๐ง๐ข๐ญ๐ข๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž)
4. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง)
5. Langkawi SkyCab (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐…๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฒ ๐•๐š๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง)
6. Cuti-Cuti Langkawi (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐“๐ซ๐š๐ฏ๐ž๐ฅ ๐€๐ ๐ž๐ง๐œ๐ฒ)
7. Tropical Charters Sdn. Bhd. (๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ ๐€๐ฉ๐ฉ๐ฌ)

Pencapaian ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, kreativiti, inovasi dan kecemerlangan pemain industri pelancongan Kedah dalam menawarkan produk serta pengalaman bertaraf tinggi kepada pelancong.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Kejayaan ini membuktikan bahawa Kedah mempunyai produk pelancongan yang mampu berdiri sebaris dengan destinasi terbaik di Malaysia.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan kualiti produk dan memperluaskan lagi promosi Kedah sebagai destinasi pelancongan pilihan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Address

321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047353664

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedah Tourism posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedah Tourism:

Shortcuts

Share