17/08/2026
BADAL HAJI: PESAKIT MENTAL
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A, sabda Rasulullah SAW:
ุฑูููุนู ุงููููููู
ู ุนููู ุซูููุงุซูุฉู: ุนููู ุงููููุงุฆูู
ู ุญูุชููู ููุณูุชูููููุธูุ ููุนููู ุงูุตููุจูููู ุญูุชููู ููุญูุชูููู
ูุ ููุนููู ุงููู
ูุฌูููููู ุญูุชููู ููุนููููู
Maksudnya:โDiangkat pena daripada tiga golongan, iaitu orang yang tidur sehingga dia terjaga, kanak-kanak sehingga dia bermimpi, dan orang yang gila sehingga dia berakal.โ
Riwayat Abu Dawud (4403), Ahmad (1183), Tirmizi (1423), Nasaโie (3432), dan Ibn Majah (2041)
Imam al-Sanโani telah mensyarahkan, yang dimaksudkan dengan sabda Nabi SAW โdan orang gila sehingga dia berakal atau sedarโ adalah tidak diambil tindakan ke atasnya.โ (LihatSubul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 16/20).
Syeikh Abdullah al-Tayyar menyatakan: โYang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah tidak ditulis baginya dosa. Ini kerana pada ketika itu, dia tidak dianggap sebagai mukallaf.โ(LihatWabal al-Ghumamah Syarh Umdah al-Fiqh Li Ibn al-Qudamah, 9/9)
Di dalam al-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah disebut: Para fuqahaโ telah bersepakat bahawa gila termasuk daripadaโawaridh al-ahliyyahiaitu perkara yang menghalang daripada beban hukum dijatuhkan ke atas seseorang dalam keadaan gila yang berterusan. (Lihatal-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 17/92)
Jawapan kami adalah seperti berikut:
โข Jika termasuk dalam jenis pesakit mental yang mungkin boleh mencederakan orang lain dan sukar dikawal serta menepati sejenis gila, maka kewajipan haji terhadap saudara adalah tergugur.
โข Sebaliknya, jika sekali-sekala sahaja didatangi dan dalam bentuk terkawal serta mempunyai ubat yang khas yang perlu diambil dan lebih banyak keadaan pesakit tenang dan ingat. Maka, ketika itu, pesakit boleh pergi ke Mekah untuk menunaikan haji.
Justeru, katakan pesakit berhak untuk melakukan badal haji bagi pihak pesakit dengan mengupah kepada seseorang sama ada kaum keluarga atau orang lain.
Sumber: https://zulkiflialbakri.com/artikel/badal-haji-bagi-pesakit-mental