Badal Haji El Ghazi Haramain

Badal Haji El Ghazi Haramain Ejen Badal Haji & Badal Umrah
(Alor Setar)
Puteri : 011-11301575
WhatsApp Sahaja Ejen Badal Haji El-Ghazi Haramain Sdn. Bhd. (Alor Setar)

12/05/2025
07/05/2025

Amalan zikir…

06/05/2025
05/05/2025

Cerita ini sangat menarik, luangkan sedikit masa untuk baca.

Suatu hari Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhah :

"Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur."

1 - Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah.

2 - Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah.

3 - Belilah Syurga, lalu tidurlah.

4 - Perbaikilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

5 - Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

Saidina Ali pun menjawab, "Ya Rasulullah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu?"

Lalu Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pun menjawab :

4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

3 kali membaca Selawat adalah sama nilai dengan harga Syurga.

10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim 2 orang yang berselisih.

4 kali membaca "Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

Lalu Saidina Ali pun berkata, "Ya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur."

Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya.

Namun lihatlah semua kebaikan amalan yang kita akan perolehi.

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Jom sama-sama kita berusaha untuk mengamalkannya. Semoga ALLAH sentiasa permudahkan. 🤲

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ

05/05/2025

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun tidak mengapa. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, in sha ALLAH hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga..

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.

Kredit: Tuan Ameer Hamzah

29/04/2025
28/04/2025
27/04/2025
26/04/2025

Address

Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Haji El Ghazi Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share