Invest Kedah

Invest Kedah Your Ultimate Profit Centre Its mission is to foster sustainable economic development, create employment opportunities, and enhance the state's infrastructure.

Invest Kedah Berhad (73198-U) is the official investment promotion agency of Kedah, Malaysia, dedicated to attracting and facilitating local and foreign investments. It offers a range of services to investors, including investment facilitation, business advisory, market intelligence, and strategic partnerships. Invest Kedah collaborates closely with government agencies, industry players, and stake

holders to promote Kedah as a preferred investment destination. Through proactive engagement and tailored support, Invest Kedah strives to catalyze growth across key sectors such as manufacturing, agriculture, tourism, and services, contributing to Kedah's long-term socio-economic prosperity.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁 𝐄𝐗𝐂𝐎 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐗𝐍, 𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀Pada 7 Ogos 2025, Invest Kedah Berhad telah ...
08/08/2025

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁 𝐄𝐗𝐂𝐎 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐗𝐍, 𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀

Pada 7 Ogos 2025, Invest Kedah Berhad telah mengiringi Yang Berhormat Profesor Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah dalam satu lawatan rasmi ke Kilang DXN yang terletak di Bukit Wang, Jitra, Kedah.

Lawatan ini diadakan susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DXN Holdings Bhd dan Invest Kedah Berhad pada Julai 2025 lalu. MoU tersebut memberi fokus kepada kolaborasi strategik dalam pembangunan sektor agroforestri, akuakultur dan eko-pelancongan berasaskan komuniti di Negeri Kedah, sejajar dengan agenda pemerkasaan ekonomi hijau dan lestari.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad, Encik Noor Ikhsan bin Abd Aziz serta Pengurus Besar Bahagian Pra-Pelaburan, Encik Abdul Muti bin Abdul Hamid; Dato’ Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, wakil-wakil daripada agensi teknikal negeri, Penghulu Mukim serta barisan Majlis Ketua Kampung (MKK) setempat.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan daripada pihak pengurusan DXN yang mengalu-alukan kunjungan serta kehadiran delegasi Kerajaan Negeri Kedah ke fasiliti pengeluaran mereka. Delegasi kemudiannya dibawa meninjau kawasan kilang dan diberi taklimat mengenai proses pengeluaran serta kemudahan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk-produk kesihatan dan pemakanan keluaran DXN.

Seterusnya, satu sesi perbincangan diadakan antara pihak pengurusan tertinggi DXN bersama pihak delegasi Kerajaan Negeri Kedah bagi mengenal pasti serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengoperasian kilang dan kawasan sekitarnya. Semua pihak menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam mencari penyelesaian terbaik demi kelangsungan operasi syarikat dan manfaat kepada komuniti setempat.

Invest Kedah Berhad sentiasa mendokong aspirasi Kerajaan Negeri dengan menzahirkan komitmen padu dalam menarik pelaburan berkualiti ke Negeri Kedah. Pada masa yang sama, Invest Kedah turut memperkukuh sokongan kepada pelabur sedia ada agar dapat terus berkembang dan menyumbang secara mampan kepada ekonomi negeri. Usaha berterusan ini mencerminkan kesungguhan Invest Kedah dalam memelihara, memupuk serta memperkasa pemain industri utama ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan lestari.

Sebagai agensi pelaburan utama bagi Negeri Kedah, Invest Kedah terus memainkan peranan aktif dalam memudahcara pelaburan, merintis peluang pertumbuhan ekonomi, dan menjadikan Kedah sebagai destinasi pilihan utama pelabur di rantau ini.

Pihak Invest Kedah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DXN atas komitmen dan sumbangan berterusan di Negeri Kedah selama lebih 30 tahun, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 rakyat tempatan. Kehadiran DXN bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, malah menjadi contoh syarikat tempatan yang berjaya menembusi pasaran global.


04/08/2025
Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakan dan Fas...
31/07/2025

Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakan dan Fasilitasi Pelaburan, MIDA, atas penghargaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N), yang membawa gelaran DATO', sempena Sambutan Ulang Tahun ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 29 Julai 2025.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐈𝐜𝐡𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐞𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 (𝐍𝐎𝐋)Invest Kedah Berhad telah mengadaka...
31/07/2025

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐈𝐜𝐡𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐞𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 (𝐍𝐎𝐋)

Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan rasmi ke Ichia Technologies Malaysia Sdn. Bhd. yang terletak di Fasa 3, Kulim Hi-Tech Park, Kedah, sebagai sebahagian daripada proses permohonan (NOL) oleh pihak syarikat.

Ichia Technologies Malaysia Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Ichia Technologies Inc. dari Taiwan yang terlibat dalam pembuatan papan litar bercetak (PCB) berketepatan tinggi. Fasiliti ini akan dilengkapi dengan zon bilik bersih (cleanroom), sistem sokongan kimia dan gas bersepadu, serta kemudahan kejuruteraan moden.

Pelaburan ini disasarkan untuk menyokong pertumbuhan pasaran dalam sektor komunikasi optik, sistem automotif pintar dan penyimpanan tenaga. Kehadiran Ichia Technologies di Kulim Hi-Tech Park menambah nilai kepada rantaian bekalan industri elektronik berteknologi tinggi di Kedah.

Invest Kedah Berhad menyambut baik penglibatan strategik ini dan terus komited dalam menyokong pertumbuhan pelaburan berimpak tinggi di negeri Kedah.


𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐏𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Invest Kedah Berhad te...
27/07/2025

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐏𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Invest Kedah Berhad telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bagi Mendapatkan Input Bersama Pihak Berkepentingan (Agensi Pelaburan Negeri) yang telah diadakan pada 23 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati, Aras 10, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia, TPr Dr. Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain, dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi pelaburan negeri seluruh negara.

Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada usaha PLANMalaysia dalam memuktamadkan penyediaan Garis Panduan Perancangan (GPP) Perindustrian sebagai rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta agensi teknikal dalam merancang dan mengawal selia pembangunan perindustrian secara teratur dan berkesan.

Penyertaan Invest Kedah dalam sesi ini memberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan cadangan daripada perspektif negeri Kedah, selaras dengan usaha berterusan dalam memastikan ekosistem pelaburan yang kondusif, mesra pelabur dan mampan di negeri ini.

Kerajaan Negeri Kedah melalui Invest Kedah Berhad akan terus komited dalam memainkan peranan strategik demi memperkukuh pembangunan industri dan menarik pelaburan yang berkualiti ke negeri Kedah.


𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐆𝐮𝐥𝐭𝐞𝐜𝐡 (𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐍𝐎𝐋)Invest...
24/07/2025

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐆𝐮𝐥𝐭𝐞𝐜𝐡 (𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐍𝐎𝐋)

Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan rasmi ke Gultech (Malaysia) Sdn. Bhd. di Fasa 4A, Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah bagi tujuan permohonan Surat Tiada Ketegahan (NOL) yang diperlukan syarikat bagi proses pelaburan dan pembangunan fasiliti pembuatan mereka di negeri ini.

Gultech (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah pemain utama dalam industri elektronik yang mengkhusus dalam pengeluaran papan litar bercetak (PCB) berkualiti tinggi untuk pasaran global. Penubuhan kilang baharu ini menandakan komitmen syarikat untuk memperkukuh kehadiran mereka di Malaysia, khususnya di Kedah sebagai lokasi strategik bagi pengembangan operasi berteknologi tinggi.

Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan antara pihak Invest Kedah dan pengurusan syarikat mengenai keperluan sokongan pelaburan serta pembangunan ekosistem yang kondusif bagi industri elektronik dan teknologi pintar di negeri ini.

Invest Kedah Berhad akan terus menyokong pertumbuhan pelaburan yang berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Kedah sebagai destinasi pelaburan pilihan serantau.


𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩 (𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐍𝐎𝐋)Invest Kedah Berhad telah mengadakan law...
23/07/2025

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩 (𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐍𝐎𝐋)

Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan ke Singhap (Kedah) Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Kampung Mempelam, Mukim Mergong, Alor Setar, Kedah.

Ditubuhkan sejak tahun 1990, syarikat ini terlibat secara aktif dalam aktiviti jual beli, pemasangan serta penyelenggaraan kenderaan perdagangan seperti lori, treler dan van. Selain itu, Singhap turut menyediakan perkhidmatan sokongan pengangkutan dan pengurusan logistik untuk pelbagai sektor industri.

Lawatan ini membuka ruang perbincangan berkaitan pengukuhan ekosistem logistik dan agropelancongan di negeri Kedah, selaras dengan matlamat negeri untuk memperkasa pembangunan industri pelengkap luar bandar yang mampan dan berdaya saing.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐈𝐍𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐆𝐐 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan kerja...
20/07/2025

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐈𝐍𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐆𝐐 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan kerja ke GQ Marine Construction (Kedah) Sdn. Bhd. sebagai langkah awal ke arah menjalin kerjasama strategik dalam penerokaan potensi pelaburan dan pembangunan projek tebus guna laut di Kuala Kedah.

Fokus perbincangan tertumpu kepada:
- Pemahaman terhadap kepakaran dan kapasiti teknikal GQ Marine dalam projek marin dan tambakan
- ⁠Perbincangan awal mengenai potensi pembangunan bercampur (mixed-use development)
- ⁠Pemakluman berkaitan keperluan pematuhan garis panduan kerajaan negeri dan persekutuan

Kedua-dua pihak turut menyatakan hasrat untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) serta mencadangkan libat urus seterusnya bersama agensi teknikal seperti PLANMalaysia, JPS dan Jabatan Laut.

Lawatan ini membuka ruang kepada kerjasama berimpak tinggi yang berpotensi memacu pembangunan strategik di Kuala Kedah.


𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦 𝐅𝐫𝐞𝐬𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝Invest Kedah Berhad telah mengadakan sesi perbincangan s...
16/07/2025

𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦 𝐅𝐫𝐞𝐬𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝

Invest Kedah Berhad telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama syarikat Farm Fresh Berhad bagi meneroka potensi pelaburan dalam sektor penternakan dan industri tenusu di Negeri Kedah. Farm Fresh Berhad telah dihadiri oleh Azmi Zainal, Ketua Pengawai Operasi Farm Fresh bertempat di One World Hotel, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini turut disertai oleh YB Dr Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Kedah melalui Invest Kedah untuk menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor agro-makanan, khususnya dalam memperkukuh rantaian nilai industri tenusu tempatan.

Farm Fresh, sebagai salah satu syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, menunjukkan minat terhadap beberapa tapak strategik di Kedah yang berpotensi dibangunkan sebagai ladang ternakan lembu tenusu moden dan pusat pemprosesan hasil tenusu. Ini termasuk cadangan pembangunan ladang integrasi berasaskan konsep "sustainable dairy farming", dengan tumpuan kepada teknologi pemeliharaan haiwan, pengurusan sisa lestari, serta penghasilan produk tenusu bernilai tambah untuk pasaran domestik dan eksport.

Perbincangan turut menyentuh aspek penyediaan tenaga kerja mahir tempatan, kerjasama dengan institusi pendidikan pertanian, dan peluang pembangunan usahawan tempatan dalam ekosistem tenusu.

Melalui sesi ini, Invest Kedah menyatakan komitmen penuh dalam menyediakan sokongan fasilitasi termasuk urusan tapak, kelulusan perlesenan, insentif pelaburan serta bantuan jaringan dengan agensi teknikal berkaitan.


Address

3rd Floor, Block C, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047027373

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Invest Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Invest Kedah:

Share