
09/06/2025
๐๐๐จ๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐ข๐๐ข๐๐จ๐ช๐ ๐
๐๐๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐
Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.
Lima perkara itu ialah tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan; tidak menghisap rokok elektronik atau v**e; tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar; mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, kelima-lima peraturan dan undang-undang itu penting dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari perkara tersebut.
โBagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu (memasuki Thailand).
โIni terbukti dalam kes baru-baru ini (Januari lalu), seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu.
โAda antara peraturan itu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017,โ katanya.
โ๏ธMenghisap rokok elektronik atau v**e - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000).
โ๏ธTidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.
โ๏ธMenggunakan walkie-talkie - Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
โ
๏ธMembeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan)
โ๏ธMerokok di pantai popular - Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
โผ๏ธTambahan Larangan awam bagi pelancong yang ingin melawat ke Negara Thailand.โผ๏ธ
๐ซTak boleh merokok di tempat awam terutama tempat riadah, kompleks s**an dan kawasan pantai.
๐ซ Jangan bawa laju melebihi 90km/j bagi kenderaan awam.
๐ซDikenakan denda bagi pelancong yang melanggar penduduk tempatan Thai.
โ
Perlu memakai tali pinggang termasuk penumpang.