23/11/2024
📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
(SABTU, 23 November 2024)
🕊0600pagi :Ketika berkumandang waktu syuruk bagi kawasan Queenstown dan sama waktu dengannya, penulis sudah terpacak mengedar sarapan pagi pada jemaah di setiap bilik yang diduduki.. Nasi goreng ayam yang direncah tepat pada kadar garam dan gulanya mengisi kantung perut jemaah yang berintermittent fasting sejak malam tadi kerna menginginkan kerampingan sepertinya berusia 21tahun.. Memang idok ler kelaparan bilamana berliku safir bersama FLYWORLD TRAVEL & TOURS.. Kita gemuk sama² please kata penulis secara sinis..
🚎0800pagi : Mencecah usia 64tahun, acik Mike berusaha sedaya mungkin menceriakan hari kami.. Beg disusun kemas di tempat bagasi dan bilamana enjin sudah cukup panas, petikan doa dan perkongsian mengenai kelebihan bersodaqoh didendangkan pada jemaah.. Tidak cukup dengan itu kerna melihat kelonglaian jemaah, maka dihulur oleh penulis biskut Tiger agar lincah menyeringai masing² harini.. Aummm🐯🐯
🐠1100pagi :Selepas bergerak dari perhentian istirehat, kami tiba pusat penternakan ikan Salmon yang terkenal di Twizel.. Menyajikan aneka juadah segar dari tasik Ruatanhiwa yang berasaskan ikan salmon seperti salmon masak kicap, salmon mentah, salmon bakar dan lainnya, ianya membuka selera protein para jemaah untuk mereka bentuk badan atlet seperti penulis.. Ada beberapa spesies salmon yang sering ditemukan di NewZealand seperti Chinook, Sockeye dan yang paling tinggi nilainya ialah King Ora Salmon.. Selain menjamah, jemaah juga boleh membawa p**ang salmon yang telah dibungkus kedap udara untuk dibawa p**ang.. Ada juga kawasan yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memberi ikan² tersebut makan secara percuma.. Yang menjadi kemusykilan pada penulis ialah kenapa salmon Chinook dalam sangkar bertawaf ikut arah jam? Bukankah pusingan itu terbatal dan mereka harus mengulanginya kembali? Sehingga saat ini penulis masih bingung perihal misteri yang terjadi itu…
🏔️1300petang :Jemaah diberi kesempatan mengambil gambar di Tapataia Mahaka.. Kawasan yang menghadap Tasik Pukaki bertatahkan Mount Cook dibelakangnya.. Dengan warna air tasik yang kepetronasan, dibantu oleh sinsingan awan untuk cahaya dari matahari dibebaskan, petikan gambar yang dihasilkan sangat menakjubkan.. Sehingga beberapa kali penulis tersasul bertalbiah kerna takjub.. Kami menuju ke Edmund Hillary Alpine Centre selepas tekak terasa kekeringan.. Jemaah dijamu dengan minum petang oleh FLYWORLD TRAVEL berupa juadah yang tiada syubhah akannya seperti kopi, teh, kek lobak, muffin dan aneka yang dipilih jemaah sendiri.. Menghadap p**a ke arah Mount Cook yang putih bersalju, lensa tidak terlepas merakam kenangan di kawasan yang mengabadikan nama orang yang pertama menjejakkan kaki ke puncak Everest yang juga anak watan New Zealand, Sir Edmund Hillary..
🪻1730ptg :Kemuncak keharuman musim bunga di NewZealand bermula disini.. Dari lemah tiada bermaya pada seri wajah jemaah terus bertukar menjadi berkaca gemilang ketikamana kami tiba di Lake Tekapo.. Terkenal dengan cerita mitos anak penghulu dari kaum Maori yang tercicir selimut(Taka) pada waktu malam(Po), jambangan bunga Lupin yang menjadi igauan setiap pelancong ke sini terhampar dimana².. Dengan kepelbagaian warna bunga dari putih, kuning, biru dan semestinya ungu, setiap kawasan dibanjiri dengan lautan manusia yang hadir.. Dengan aksi terlentang, terbaring, terlentok, dan terhilai, kawasan di tepian tasik sungguh besar untuk dinikmati semuanya.. Kalaulah Lupin itu menjadi namany dalam bahasa Latin iaitu serigala, musti semua kena geget ni, getus hati penulis tanpa didengari..
🏨2000mlm :Kami daftar masuk ke hotel di Timaru agak lewat pada hari ini.. Tapi jemaah masih punyai masa untuk bersolat jamak qasar.. Perut masing² diisi dengan ayam kurma sambal belacan padu sebelum lena jemaah dibuai dengan gendang gendut tali kecapi😙😙
Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS