13/06/2022
Pesan saya kepada semua Jemaah Haji & Umrah.
Jika sudah sampai sini manfaatkan betul2 peluang utk beribadah. Buat sehabis baik. Kejar pahala sebanyak mungkin.
Kadang kita rasa kita banyak duit, tapi tempat ini bukan sebab kita banyak duit, tapi kerana Panggilan Ilahi, Allah swt jemput kita utk sampai ke sini. Ada yg banyak duit pun belum tentu sampai sini kerana kerana bukan rezekinya lagi.
Manfaatkan waktu solat fardu di Masjidil Haram sebanyaknya, jangan di tinggalkan jika boleh. Ada peluang Tawaf sunat maka rebutlah kerana Tawaf Sunat hanya boleh dibuat di sini sahaja.
Manfaatkan waktu lapang dengan berdoa sebabyak mungkin, minta keampunan dari Allah swt. Kadang ada dosa yg kita tak sedar ianya dosa. Berdoa dan minta semua perkara yg baik supaya Allah swt berikan kita segala kebaikkan dunia dan kebaikkan akhirat. Minta sebenar-benar minta kerana Allah swt itu Maha Kaya.
Cuba kita lihat bagaimana pakcik makcik dari india, pakistan dan seumpama nya meminta dari Allah swt, waktu mereka berdoa habis menangis meminta tanda betul2 mereka mahukan apa yg diminta. Lihat juga kadang anak2 mereka berdoa lebih hebat dari kita berdoa.
Walau kita di Tanah Air atau di mana2 mintalah sebenar-benar minta, minta ampun, minta hajat2 yg baik dan sebagainya supaya kita mendapat kebaikkan di dunia dan kebaikkan di akhirat. Praktis sehabis baik bila kita di Tanah Air, bila kita sampai di Tanah Suci kita gandakan usaha kita insyaAllah.
Moga Allah terima kita sebagai Ahli Syurganya insyaAllah.
13.6.2022
Ust Mursyid
Mursyid Alharamain Travel & Tours Kpk7767
Jom Umrah dan Tinggal di Hotel Safwah Hotel Terdekat dengan Masjidil Haram
, lihat pakej dan tarikh di sini : https://mursyidalharamain.onpay.my/order/form/PU_UFH/Nik_Mohd_NasrolHisham_Bin_Nik_Ishak