Tourism Melaka

Call Directions Website Contact the business

Tourism Melaka MANA LAGI? MELAKA LER...

SELAMAT HARI LAHIR, YAB KETUA MENTERI MELAKA! Setulus ingatan, sekalung ucapan buat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, ...
20/09/2026

SELAMAT HARI LAHIR, YAB KETUA MENTERI MELAKA!

Setulus ingatan, sekalung ucapan buat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan dalam menerajui serta membawa Melaka ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat Hari Lahir, YAB Datuk Seri Utama!

Ikhlas daripada
Nasrul Bin Ahmad
Pengurus Besar
& seluruh warga kerja Tourism Melaka

Penganjuran Tanjung Bidara Surfcasting Challenge 2026 sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2026 berjaya menghimpunkan leb...
19/09/2026

Penganjuran Tanjung Bidara Surfcasting Challenge 2026 sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2026 berjaya menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh Malaysia, sekali gus mempromosikan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pantai.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara, manakala penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka. Turut hadir, YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Acara ini turut merancakkan ekonomi komuniti setempat serta memperkukuh sektor pelancongan sukan di Negeri Melaka.

๐“œ๐“ช๐“ท๐“ช ๐“›๐“ช๐“ฐ๐“ฒ? ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ด๐“ช ๐“›๐“ฎ๐“ป...

.0

18/09/2026

Charly datang lagi. Kali ni di Pesta Pantai Tanjung Bidara 2026

๐Ÿ“† 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8:00 malam
๐Ÿ“Œ Pentas Utama, Lapangan Tanjung Bidara Airstrip, Kem Terendak, Melaka

Jumpa di sana!

๐“œ๐“ช๐“ท๐“ช ๐“›๐“ช๐“ฐ๐“ฒ? ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ด๐“ช ๐“›๐“ฎ๐“ป...

.0

Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman

18/09/2026

SEBUAH KISAH PAHLAWAN, SEBUAH PERJUANGAN, SEBUAH WARISAN.
Tanah Naning pernah menyaksikan keberanian seorang pejuang yang bangkit mempertahankan maruah, tanah dan bangsanya.
Kini kisah itu kembali dihidupkan di atas pentas melalui:
๐ŸŽญ TEATER MUZIKAL DOL SAID โ€“ PAHLAWAN NANING
Sebuah Arahan Raja Azrey
Sebuah persembahan yang menggabungkan drama, muzik, sejarah, aksi dan emosi dalam satu perjalanan yang membawa kita kembali ke bumi Naning.
โœจ 9 & 10 OKTOBER 2026
๐Ÿ•ฃ 8:30 MALAM
๐Ÿ“ Panggung Seri JKKN Melaka
๐ŸŽŸ๏ธ TIKET GOLD โ€“ RM50 + GIFT
๐ŸŽŸ๏ธ TIKET OPEN SEAT โ€“ RM25
Jangan sekadar mendengar kisahnyaโ€ฆ
datang dan saksikan sendiri perjuangannya.
โš”๏ธ DOL SAID โ€“ PAHLAWAN NANING
Sejarah bukan sekadar untuk dikenang. Ia untuk dihidupkan.
๐Ÿ“ฒ Scan QR pada poster untuk pembelian tiket.

INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC) 2027Sesi Kunjungan Hormat Dari Delegasi Pihak UITM Melaka Kepada En Na...
17/09/2026

INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC) 2027

Sesi Kunjungan Hormat Dari Delegasi Pihak UITM Melaka Kepada En Nasrul Bin Ahmad Selaku Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka berkaitan Program International Islamic Heritage Conference ( Ishec ) 2027 Yang Akan Dilaksanakan pada Bulan Julai 2027 dengan Kehadiran Peserta Di anggarkan Seramai 200-300 Orang delegasi.

Persidangan ini menghimpunkan delegasi Malaysia dan Negara Luar Seperti Arab Saudi, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand bagi membincangkan isu-isu sosial, budaya, syariah, teknologi, ekonomi, dan warisan Islam disamping mempererat hubungan kerjasama antara Negeri Melaka Bersama Negeri - Negeri dalam Malaysia dan Negera Luar Malaysia.

Selain itu, Pihak UITM Melaka ingin bersama-sama Dengan Produk Pelancongan Seperti Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka, Menara Taming Sari Berhad dan Perbadanan Muzium Melaka, Zoo Melaka sebagai Rakan Strategik dalam Program ini. Penyertaan ini bertujuan mempromosikan Melaka sebagai destinasi Pelancongan Warisan bertaraf dunia sejajar dengan usaha Negeri Melaka menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

๐“œ๐“ช๐“ท๐“ช ๐“›๐“ช๐“ฐ๐“ฒ? ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ด๐“ช ๐“›๐“ฎ๐“ป...

.0

16/09/2026

Getting bigger for 2nd year

KERETAPI SARONG MELAKA 2026
16/09/2026

KERETAPI SARONG MELAKA 2026

Selamat Hari Malaysia ke 63
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia ke 63

15/09/2026

Address

Tourism Melaka
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tourism Melaka:

Shortcuts

Share