Ali Aziz - Perunding Umrah PDC Travels

Ali Aziz - Perunding Umrah PDC Travels Kembara Penuh Ibrah, Ibadah Selari Sunnah

PENDEKAR MUSTAR NAIK HAJITarikh: 5 Mac 1966Lokasi: Pelabuhan SingapuraKapal Haji yang bernama ANSHUN telah selamat belay...
21/07/2022

PENDEKAR MUSTAR NAIK HAJI

Tarikh: 5 Mac 1966
Lokasi: Pelabuhan Singapura

Kapal Haji yang bernama ANSHUN telah selamat belayar dari Pelabuhan Singapura dengan membawa seramai 360 orang jemaah Haji Singapura. Di antara jemaah termasuklah seorang bintang filem dari Shaw Brothers iaitu WAK MUSTARJO yang juga merupakan seniman tertua di studio tersebut.

Antara para artis yang turut berada di Pelabuhan itu untuk menghantar Wak Mustar adalah NORMADIAH, AHMAD MAHMUD, NOORDIN AHMAD, SALMAH IBRAHIM, AHMAD DAUD, RAHMAH YON (kakak Hashimah Yon), Pengarah Seni MUSTAFFA YASSIN dan juga Pegawai Perhubungan Shaw Brothers JAAFAR ABDULLAH. Pihak syarikat perkapalan ANSHUN telah membenarkan hanya 3 orang artis sahaja iaitu Ahmad Mahmud, Normadiah dan Ahmad Daud untuk meminpin dan mengiringi Wak Mustar sehingga ke platform di atas kapal. Ketika mengiringi Wak Mustar, Ahmad Daud tidak putus2 memesan: " Wak, bila Wak sampai di Kaabah nanti, tolonglah seru nama saya dan isteri saya, ye Wak. Manalah tahu, lain kali giliran saya p**ak."

Ahmad Mahmud, selepas mencium tangan Wak Mustar, asyik sibuk merakamkan suasana itu dengan cine camera yang baru dibelinya.

Bagi Noordin Ahmad p**a, ia adalah secara kebetulan beliau berada di situ kerana menghantar neneknya naik Haji pada hari itu, maka sempat menemui Wak Mustar.

Itulah hari dan saat yang paling bersejarah bagi Seniman Wak MUSTARJO.

Apabila azan dilaungkan, kapal ANSHUN mula bergerak sedikit demi sedikit meninggalkan Pelabuhan Singapura hinggalah ia hilang dari pandangan.

Begitulah kisahnya Wak Mustarjo yang mana 8 tahun sebelum itu, berlakon sebagai PENDEKAR MUSTAR yang ligat mengajar silat dalam filem PENDEKAR BUJANG LAPOK.

Gambar kiri: Wak Mustar berada di atas kapal ANSHUN.
Gambar kanan atas: Ahmad Daud, Wak Mustar, Normadiah, Ahmad Mahmud.
Gambar kanan bawah: Noordin Ahmad menghulur sedikit bekalan untuk Wak Mustar.

( Untuk renungan bersama)
Di zaman moden ini, jemaah Haji mempunyai kemudahan pergi ke Haji menaiki pesawat di mana perjalanan dari Singapura ke Saudi Arabia (Jeddah) mengambil masa lebih kurang 9 jam. TETAPI di zaman 50an dan 6Oan, jemaah menunaikan fardhu Haji dengan menaiki kapal yang mana pelayaran ke Pelabuhan Jeddah mengambil masa hampir 30 hari lamanya. Jika di zaman teknologi moden yang lengkap dengan enjin kapal yang canggih, ia masih menelan masa yang lama juga, lebih kurang 20 hari.

Perjalanan ke Haji Selama 14 Hari Sambil Melihat Ikan Terbang? Biasanya, perjalanan Haji mengambil masa 6-7 jam sahaja. ...
14/07/2022

Perjalanan ke Haji Selama 14 Hari Sambil Melihat Ikan Terbang?

Biasanya, perjalanan Haji mengambil masa 6-7 jam sahaja. Tapi, pada tahun 1950-an mengambil masa perjalanan sehingga 14 ke 16 hari.

Pada zaman dulu, orang Melayu menggunakan kapal arang yang dikenal juga sebagai Mendam Berahi untuk ke Makkah. Pelayaran kapal arang ini mengambil masa selama 50 hari untuk sehala.

Kemudian, kapal laut diperkenalkan bagi memendekkan perjalanan haji menjadi 14 hari.

Perjalanan yang panjang itu membuatkan jemaah haji bersedia membawa bekalan yang diperlukan seperti beras, gula dan periuk belanga.

Semua barangan di atas disimpan di dalam satu kotak yang diberi nama ‘kotak sahara’. Kotak ini ibarat ‘luggage’ yang dibawa oleh jemaah haji sekarang.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh jemaah haji misalnya cuaca buruk dan ombak bergelora. Malah, pernah berlaku kebakaran di atas kapal kerana jemaah haji yang kebuluran terpaksa memasak di atas kapal tersebut.

Kematian juga pernah berlaku di atas kapal. Ada beberapa jemaah haji bersedia membawa kain kafan sebagai persediaan sekiranya dijemput Ilahi terlebih dahulu.

Apabila ada jemaah yang meninggal dunia, jenazah itu akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan di dalam laut.

Bahagian kaki jenazah diikat dengan batu atau besi bagi menenggelamkan jenazah.

Walaubagaimanapun, terdapat kenangan manis jemaah haji sepanjang perjalanan di atas kapal di mana mereka melihat “ikan-ikan terbang” yang berenang menghampiri kapal.

Sementara itu juga, mereka dapat melihat keindahan alam yang luas dan menghayati Kebesaran Allah SWT.

MasyaAllah, sungguh beruntung jemaah haji sekarang yang disediakan dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan ibadat haji itu dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga jemaah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur, diberkati dan diredhai Allah SWT.

Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲🏼

31/05/2022

*PAKEJ KASIH SAYANG*

Tarikh penerbangan
16 Ogos - 40 seat
15 Sep - 40 seat

Penerbangan:
Saudia/MH
Kul - Jed/Jed - Kul

Makkah :
Anwar Deafah @ setaraf (3 Bintang)
250 Meter ke Masjidil Haram
Makanan : 3 kali sehari
6 Hari 5 Malam

Madinah
Hotel Artal Munawarah @ setaraf (3 bintang)
200m ke Pintu 15 Masjid An-Nabawi
Makanan : 3 kali sehari
6 Hari 5 Malam

Harga termasuk:
*Penerbangan kelas ekonomi Saudi Airlines.
*Penginapan Hotel seperti dinyatakan atau setaraf
*Visa Ziarah
*Pengangkutan Bas
*Perlindungan Takaful
*Insuran Covid di Saudi, tertakluk kepada terma perlindungan
**PDC Medic Assist*. Kad perubatan tanpa tunai bernilai hingga RM8,000
*Kursus Umrah percuma
*Mutawwif & Ketua Rombongan sepenuh masa (Group 20 keatas)
*Ziarah Makkah dan Madinah
*Backpack, sling beg dan beg kasut

*TIDAK TERMASUK*
*PCR Test di Saudi jika berkenaan
*Kos kuarantin di Malaysia sewaktu balik (jika berkenaan)
* Penggunaan peribadi

Bilik ber4 : RM6,790
Bilik ber3 : RM7,090
Bilik ber2 : RM7,390

Deposit : RM500
Bayaran penuh : 60 hari sebelum tarikh penerbangan

*NOTA PENTING*
1. Tidak dibenarkan sebarang pertukaran tarikh selepas pembayaran deposit
2. Tidak dibenarkan sebarang pembatalan tempahan atas apa alasan sekalipun
3. Tarikh adalah tentatif. Perubahan mungkin berlaku sehari dua dari tarikh cadangan
4. Tiada diskaun untuk kanak-kanak

PDC Travels Sdn.Bhd
"Kembara Penuh Ibrah Ibadah Selari Sunnah"

Maklumat lanjut boleh hubungi: 0194145213

24/05/2022
21/05/2022
Nak buatkan Badal Haji tapi masih tercari-cari pengurusan yang boleh dipercayai. Dah survey, tapi tengok harga macam tak...
15/04/2022

Nak buatkan Badal Haji tapi masih tercari-cari pengurusan yang boleh dipercayai.

Dah survey, tapi tengok harga macam tak masuk akal jer.. apatah lagi tengok harga haji pun dah naik.

Jom laksanakan badal haji untuk insan tersayang bersama PDC Travels dengan penuh yakin dan tanpa was-was, insha Allah.

Kenapa perlu memilih PDC Travels?

✅ Kami merupakan syarikat travel umrah yang berdaftar dan telah menguruskan badal haji sejak dari tahun 2012 sehingga kini.

✅ Pelaksana haji kami adalah mukimin Makkah dan petugas-petugas haji.

✅ Kami pastikan setiap pelaksana telah pun menunaikan haji bagi dirinya

✅ Kami pastikan pelaksana mengetahui hukum-hukum dan syarat-syarat sah Haji

✅ Jaminan p**angan wang jika ibadah haji tidak boleh dilaksanakan pada tahun ini (tertakluk terma dan syarat*)

📳 Kami akan menghubungi waris untuk Akad Badal Haji.

Apa yang terkandung dalam Pakej Badal Haji PDC Travels

✅ 1x Badal Haji
✅ 1x Umrah
✅ 1x Sijil Badal Haji
✅ 1x Hadiah Sejadah Eksklusif Madinah

*HARGA PAKEJ BADAL HAJI : RM3,800*

Cepat, daftar sekarang kerana kuota sangat terhad.

www.wasap.my/60194145213/pakej_badal_haji

*******

**Terma dan syarat pemulangan wang*
1. Pemulangan 100% jika pembayaran/upah kepada pelaksana belum dibuat (Musim haji dibatalkan awal)
2. Jika pembayaran/upah kepada pelaksana telah dibuat, ditakdirkan musim haji dibatalkan, Badal Haji akan dibawa ke tahun akan datang.

Business Account

LAST CALL!! 📢📢📢📢Siapa cepat dia dapat! Kami ada tinggal berbaki 5 seat sahaja lagi.Hubungi kami sekarang di talian 019-4...
27/12/2021

LAST CALL!! 📢📢📢📢

Siapa cepat dia dapat! Kami ada tinggal berbaki 5 seat sahaja lagi.

Hubungi kami sekarang di talian 019-4145 213 untuk tempahan!

"Pengisian yang bagus. Kebajikan dijaga dengan baik. 5 bintang untuk PDC"Mencari pakej umrah yang berkualiti tinggi pada...
21/12/2021

"Pengisian yang bagus. Kebajikan dijaga dengan baik. 5 bintang untuk PDC"

Mencari pakej umrah yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan?

PM kami sekarang untuk mendapatkan sebutharga. Team kami sedia membantu 💪🏻

19/12/2021

Asalamualaikum...pada mangsa banjir sy kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir

Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak.

Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?

Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut
TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.

7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru

Mudah-mudahan kita dpt membantu semua mangsa banjir...doakan kami warga port klang selamat ..

C/p

11/12/2021

Ramai yang biasanya risau / berfikir dua kali apabila berniat untuk mengerjakan umrah.

Takut banyak dosa. Rukunnya banyak. Doanya panjang-panjang.

Sedangkan ibadah umrah tidaklah sesukar yang disangka.

Dalam video 2 minit ini, Ustaz Amin akan terangkan tentang asas ibadah umrah, dan pastinya ia akan mengubah persepi anda!

Sokong kami dengan bantu untuk LIKE & SHARE video ini ❤️

📲 WhatsApp http://api.whatsapp.com/send?phone=60194145213&text=UmrahBersamaPDC

𝑲𝒆𝒎𝒃𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒉 𝑰𝒃𝒓𝒂𝒉. 𝑰𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒓𝒊 𝑺𝒖𝒏𝒏𝒂𝒉.
𝗣𝗗𝗖 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗 (𝟴𝟲𝟲𝟱𝟬-𝗫)
405G & 403G, Kompleks Diamond,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Cawangan:
1. Batu Pahat, Johor
2. Kuantan, Pahang
3. Kuching, Sarawak

Address

Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ali Aziz - Perunding Umrah PDC Travels posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ali Aziz - Perunding Umrah PDC Travels:

Share

Category