Al Waqar Travel Bangi

Al Waqar Travel Bangi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Waqar Travel Bangi, Travel Company, Bangi.

𝗞𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗾𝗶’. 𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 ❤️❤️Nota Perkuburan Baqi===================a. Bagi yang berk...
07/05/2023

𝗞𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗾𝗶’. 𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 ❤️❤️
Nota Perkuburan Baqi
===================
a. Bagi yang berkesempatan untuk menziarahi Madinah, mereka dibenarkan untuk memasuki ke kawasan perkuburan Baqi selepas solat subuh dan asar (kaum lelaki sahaja).
b. Dari aspek sejarahnya, ketika sampai di Madinah, Rasulullah dikatakan meninjau kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat pengebumian. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Abi Rafi’:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْتَادُ لِأَصْحَابِهِ مَقْبَرَةً يُدْفَنُونَ فِيهَا، فَكَانَ قَدْ طَلَبَ نَوَاحِي الْمَدِينَةِ وَأَطْرَافِهَا، ثُمَّ قَالَ: «أُمِرْتُ بِهَذَا الْمَوْضِعِ» يَعْنِي الْبَقِيعَ
Sesungguhnya Rasulullah Baginda Nabi sering mencari tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah para sahabat. Baginda memerhati di pinggiran Madinah dan penjurunya dan kemudian (menjumpai kawasan Baqi),
Baginda berkata: Aku diperintahkan (untuk menjadikan) kawasan ini, iaitu al-Baqi (sebagai kawasan pengebumian). (HR al-Hakim).
c. Menurut riwayat Ahmad, mereka yang meningggal di Madinah dan dikebumikan di Baqi akan mendapat doa dari Rasulullah. Sabda Rasulullah:
من استطاع أن يموتَ بالمدينةِ فليمت بها فإني أشفعُ لمن يموتُ بها
“Barangsiapa yang berupaya untuk meninggalkan di Madinah maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang meninggalkan di dalam Madinah.” (HR Ahmad)
d. Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada Aisyah untuk dibacakan ke atas mereka yang dikebumikan di Baqi. Doa tersebut ialah:
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين، ويرحم الله المستقدِمين منا والمستأخِرين، وإنَّا إن شاء الله بكم لاحقون
“Salam sejahterlah ke atas kamu wahai ahli rumah kaum mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati golongan yang terdahulu dan yang kemudian. Kami inshAllah akan menyertai kamu nanti. (HR Muslim)
e. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa seramai hampir 10 ribu sahabat Nabi telah dikebumikan di sini. Menurut al-Samhudi, sahabat Nabi yang pertama yang dikebumikan di sini ialah As’ad bin Zurarah dan kaum Muhajirin yang pertama dikebumikan di sini ialah Usman bin Maz’un. Rasulullah juga dikatakan sering menziarahi kawasan perkuburan ini (di waktu malam hari).
f. Berikut adalah senarai nama sahabat dan orang ternama yang dikebumikan di Baqi dengan ditandakan dengan nombor berdasarkan sumber-sumber alam maya:
(1) Kawasan pengebumian ahli keluarga Nabi iaitu Saidatina Fatima, Saidina Abbas, al-Hasan bin Ali, al-Imam al-Baqir dan Ja’fa al-Sadiq. Ketika artikel ini ditulis, kawasan tersebut masih dipagar, dikawal askar dan tidak boleh diziarahi.
(2) Kawasan perkuburan anak-anak perempuan Rasulullah. (Zainab, Ummu Kulthum dan Ruqayyah)
(3) Perkuburan para isteri Rasulullah (kecuali Saidatina Khadijah)
(4) Kubur Abdullah bin Ja’far dan Usman bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
(5) Kubur al-Imam Malik (dibahagian bawah) dan kubur gurunya al-Imam Nafi (di bahagian atas)
(6) Kubur anak Rasulullah, Ibrahim bin Muhammad.
(7) Syuhada Perang al-Harrah
(8) Kubur Saidina Usman bin Affan. Sebahagian sumber menyatakan ia adalah kubur Usman bin Maz’un.
(9) Kubur Halimah al-Sa’diyyah
(10) Kubur beberapa orang sahabat Nabi seperti Abu Said al-Khudri dan Sa’d bin Muaz.
g. Ketepatan maklumat mengenai pemilik kubur-kubur ini adalah agak sukar untuk dipastikan. Namun berdasarkan panduannya seperti yang diceritakan, itu adalah maklumat yang diperolehi. Sebagai muuslim, kita boleh mengambil pengajaran melalui kisah-kisah hebat mereka yang dikebumikan di sini.
Kredit Info :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi



05/05/2023

𝗦𝗨𝗠𝗨𝗥 𝗚𝗛𝗔𝗥𝗦 (بئر غرس)
Dari sumur inilah Air diambil untuk memandikan jasad mulia Rasulullah ﷺ.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahwa Rasulullah ﷺ pernah berwasiat agar nanti jasad beliau dimandikan dengan air dari sumur yang diambil dari sumur Ghars ini.
حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنَا مُتُّ فَاغْسِلُونِي بِسَبْعِ قِرَبٍ مِنْ بِئْرِي بِئْرِ غَرْسٍ
Jika aku meninggal, maka mandikanlah aku dengan tujuh geriba dari air sumurku, sumur Ghars. [HR. ibnu majah No.1457].
Pada saat Rasulullah ﷺ wafat dan para sahabat menjalankan amanah beliau untuk mengambilkan air dari sumur Ghars ini saat memandikan jasad Rasulullah ﷺ.
Semoga Suatu saat nanti kita semua dengan Izin dan kuasa Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ dapat menunaikan Ibadah Haji dan Umrah di tanah suci sehingga bisa berziarah ke tempat-tempat bersejarah di Dua tanah suci Makkah Al-Mukarromah dan Madinah Al-Munawarah bersama keluarga tercinta..
Aamiin Yaa Robbal'alamiin 🤲❤️🤲
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الْدِّينِ.💖💖💖

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛! Tudia! Ini baru betul2-betul last minute punya client! 😂Terkejut Cikda tadi...
09/03/2023

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛!
Tudia! Ini baru betul2-betul last minute punya client! 😂
Terkejut Cikda tadi tiba-tiba dapat wasap, ada orang send resit payment kat Cikda
Ingatkan ada orang nak bagi derma kat CikDa tadi. 😁
Rupanya client nak submit permohonan plan medikal Al Khairi Care dengan CikDa. 😅
Mujur lah CikDa tak jadi keluar rumah tadi sebab banyak permohonan Al Khairi Care dan Travel Insurans yang perlu CikDa key In dan submit hari ini.
Kalau tak memang tak dapat lah Cikda nak tolong. Memang kena refund jelah balik duit client jawabnya. 😊
Hajah dan Haji jangan buat camni juga tau. Last minute sangat ini. Kalau CikDa ada urusan ke apa, memamg tak sempat tau Cikda nak submitkan Al Khairi Care ini untuk Hajah dan Haji.
Sebab Al Khairi Care ini CikDa perlu submit sebelum Hajah dan Haji pergi umrah tau. 🤗
Alhamdulillah,memang sudah rezeki beliau tadi. Sempat juga Cikda siapkan eCert Al Khairi Care ini untuk puan Nurul dan keluarganya tadi. 😍
Terima kasih puan Nurul sudi ambil Servis Al Khairi Care dengan Cikda. 🥰
Semoga dipermudahkan perjalanan puan Nurul sekeluarga dan mendapat umrah yang maqbullah, Aamiin.🤲🏻
🌹 Eiyda Yusof 🌹
http://www.wasap.my/60108048847/AlKhairiCare
Al Khairi Care, Tunai Ibadah Umrah Dengan Tenang Tanpa Bayaran🥰

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝘃𝘀 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 ?🤔  Sebagai wakil sah AL Khairi Care dan juga age...
03/03/2023

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝘃𝘀
𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 ?🤔
Sebagai wakil sah AL Khairi Care dan juga agent Travel Insurans Etiqa Takaful Tripcare 360°, Cikda selalu dapat soalan macam ini dari client dan jemaah Umrah Cikda bila perlu memilih di antara keduanya. 👆
Sebelum Cikda beri jawapan, mari kita ambil tahu serba sedikit apa itu Insurans Perubatan (AL kHAIRI CARE) & apa itu Insurans Perjalanan ( ETIQA TAKAFUL TRIPCARE 360°). 🥰
(𝑨) 𝑨𝑳 𝑲𝑯𝑨𝑰𝑹𝑰 𝑪𝑨𝑹𝑬 (𝑴𝒆𝒅𝒊𝒄𝒂𝒍 𝑰𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏𝒔)
1. Sama seperti medical card yang boleh digunakan bila mana kita memerlukan rawatan sama ada
"IN PATIENT" (dimasukkan ke dalam wad) ataupun "OUT PATIENT" (pesakit luar yang diperiksa di klinik)
2. Kebanyakan pelan insurans adalah "Pay & Claim" atau bayar dahulu & tuntut kemudian TAPI yang bagusnya Al Khairi adalah cashless insurans (maknanya kita tak perlu mengeluarkan duit sendiri, hanya tunjuk QR code di hospital/Klinik panel tempat kita nak dapatkan rawatan.
3.Waima batuk, selsema atau demam pun anda boleh jumpa doktor di klinik panel untuk rawatan & ubat (Untuk makluman harga ubat yang dijual farmasi di Saudi agak mahal berbanding di Malaysia)
4. Yang bestnya Al Khairi Care **COVER PENYAKIT SEDIA ADA**👍🏻
4. Pelan ni ada list klinik dan hospital panel di Mekah, Madinah & Jeddah (6 buah - 3 di Mekah, 2 di Madinah & 1 di Jeddah).
5. Salah satu darinya terletak di tingkat 11 Menara Jam (Clock Tower) separas Hotel Pullman Zamzam.
6. Di bawah saya sertakan contoh digital certificate yang akan diberikan & perlu kita bawa bila ke Saudi dan juga broucher berkenaan pelan Insurans Al Khairi.
Anda boleh juga print out atau simpan di dalam phone as soft copy (as long as ada QR code sebagai bukti)
7. Pelan ini juga menyediakan perlindungan jika kita dijangkiti Covid dan memerlukan rawatan.🤗
(𝑩) 𝑬𝑻𝑰𝑸𝑨 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳 𝑻𝑹𝑰𝑷𝑪𝑨𝑹𝑬 360° (𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑰𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏𝒄𝒆).
1. Ini pulak adalah insurans perjalanan (Travel Insurance) untuk coverage jika ada kelewatan/ pembatalan penerbangan, kerosakan/kehilangan bagasi & dokumen perjalanan.✈️
2. Untuk anda layak menerima manfaat “Pembatalan Penerbangan” anda perlu langgan polisi ini selewat-lewatnya 14 hari sebelum bertolak ke destinasi yang anda ingin tujui.
3. Travel insurans ini juga ada menyediakan medical coverage tetapi dengan syaratnya yang tertentu.
Jika charge rawatan kurang dari RM3000, pencarum kena bayar dulu (Pay & Claim) ini untuk OUT PATIENT. Dan jika charge lebih dari RM3000, pencarum kena menghubungi agen Etiqa untuk mendapatkan GL (Guaranteed Letter) untuk IN PATIENT.
Etiqa Tripcare 360° **TIDAK COVER PENYAKIT SEDIA ADA**
Ada coverage jika kuarantin di luar negara kerana positif Covid19 ( Kos hotel, makanan & flight ) - Jika ambil manfaat Covid19.
4. Jika anda nak tambah coverage untuk Covid, ada extra charge yang dikenakan oleh pihak Etiqa.
5. Jadi jika client tanya pada CikDa yang mana lebih penting ? 🤔
Jadi jawapan CikDa, kedua-duanya adalah sama penting untuk complement each other, Al Khairi as medical coverage atas sebab (Cashless + Ada kemudahan klinik/hospital panel + Ada coverage rawatan Covid), manakala Etiqa TripCare 360° perlu di ambil as travel insurance jika berlaku masalah berkaitan perjalanan atau penerbangan dibatalkan, lewat atau kehilangan bagasi dan dokumen etc.
antara Al Khairi & Etiqa Tripcare 360° ada kelebihan & kekurangan masing-masing dan kedua-duanya sama penting.😊
*Semoga bermanfaat 🤗

Nak tahu lebih detail tentang AL KHAIRI CARE & ETIQA TRIPCARE 360° ?
Jom tekan link wasap CikDa👇🏻👇🏻
http://Www.wasap.my/+60108048847/AKCTravelInsurans

19/02/2023

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜
~Al Waqar Travel Sdn Bhd~
Bismillahi MasyaAllah
🕋 Umrah 28 April - 8 May 2023
( Syawal di Mekah & Madinah)
39 seats only!
🌹 RM9️⃣4️⃣9️⃣9️⃣ 🌹
Flight Malaysia Airline
KL-MED-JED-KL
Hotel Mekah Tower 50m @ setaraf
Hotel Madinah Gulnar Taiba 70m @ setaraf.
🤲🏻Semoga kalian semua yang membaca direzekikan menjadi tetamu Allah bersama insan yang tersayang.
Tekan link wasap CikDa untuk lock seats 👇🏻
Klik www.wasap.my/60108048847/umrah28April

𝗜𝗦𝗥𝗔’ 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟯 Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Ia adakah anugerah ke...
18/02/2023

𝗜𝗦𝗥𝗔’ 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟯
Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Ia adakah anugerah kepada nabi Muhammad SAW sebagai pengubat kesedihan baginda setelah kehilangan insan yang tersayang dan menerima layanan buruk di Taif, sekaligus merupakan salah satu mukjizat yang menambahkan kemuliaan baginda di sisi Tuhan.
Isra’ merupakan perjalanan baginda menaiki Buraq bersama Jibril dari Mekah ke Palestin. Sementara Mikraj adalah lanjutan perjalanan dari Baitul Maqdis ke atas 7 petala langit. Perjalanan yang sangat jauh ini berlaku hanya dalam tempoh tidak sampai satu malam.
Peristiwa ini ada disentuh di dalam surah Al-Isra’ ayat 1:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ(1)
Maksudnya:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari masjidil haram di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Sepanjang perjalanan ini, baginda menemui pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh. Antara peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah:
- Sebuah kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Setelah dituai, tunas buah yang baru tumbuh lagi lalu membesar dan ia dituai segera. Ini adalah ganjaran bagi mereka yang berjihad “Fi Sabilillah” yang mendapat pahala sebanyak 700 kali ganda atau lebih dari itu.
- Sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka. Setelah kepala mereka pecah berdarah, ia kembali seperti sedia kala. Kemudian mereka pecahkan lagi dan ia kembali seperti asal. Demikianlah hal ini berlaku berulang-ulang. Ini adalah balasan bagi mereka yang 'berat kepala' untuk menunaikan solat. Selain itu, terdapat juga peristiwa-peristiwa lain yang disaksikan baginda sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj ini.
Peristiwa penting dalam Isra’ dan Mikraj ialah pesyariatan solat fardu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Namun setelah dipertimbangkan, Allah SWT telah memperkenankan dan mewajibkan hanya 5 waktu solat fardu sehari semalam, namun dengan ganjaran 50 pahala. Begitulah rahmat dan kasihnya Allah kepada baginda SAW dan umat Islam.
Isra’ dan Mikraj mengajar kita betapa percaturan dan perancangan Allah SWT mempunyai 1001 hikmah. Selain itu, ia mengajar kita, betapa kesusahan yang melanda, tidak akan kekal selamanya. Setelah tempoh tertentu, kebaikan dan kelegaan pasti menjelma menggantikan kesedihan dan rasa hiba.
Situasi negara yang masih menghadapi survival pemulihan ekonomi dan beberapa buah negara yang dikejutkan dengan tragedi gempa bumi yang dahsyat, menunjukkan kita sedang berada dalam fasa sukar yang mencabar. Ia menjadi medan ujian dari Allah kepada para hambaNya yang beriman agar kembali bermuhasabah terhadap hubungan mereka denganNya. Selain dari menambahkan ilmu dan memikirkan ikhtiar dan usaha, kita perlu terus komited dengan prinsip taqwa dan sentiasa berdoa kepadaNya.
Semoga peristiwa Isra’ dan Mikraj dapat meningkatkan motivasi dalam menghadapi pancaroba kehidupan serta meningkatkan optimis terhadap Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mendoakan agar negara Malaysia dan negara-negara yang ditimpa apa jua krisis, dapat kembali bangkit dan pulih seperti sedia kala.

𝙆𝙄𝙊𝙎𝙆 𝙃𝙄𝙅𝘼𝙐 𝙑𝙄𝙍𝘼𝙇 𝘿𝙄 𝙈𝘼𝘿𝙄𝙉𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙎𝙀𝙈𝙐𝙇𝘼! Alhamdulillah🤲🏻Kiosk Hijau /Food Street di Madinah yang sebelum ini dir...
16/02/2023

𝙆𝙄𝙊𝙎𝙆 𝙃𝙄𝙅𝘼𝙐 𝙑𝙄𝙍𝘼𝙇 𝘿𝙄 𝙈𝘼𝘿𝙄𝙉𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙎𝙀𝙈𝙐𝙇𝘼!
Alhamdulillah🤲🏻
Kiosk Hijau /Food Street di Madinah yang sebelum ini dirobohkan kini sudah dibuka semula hari ini, mashaallah😍
Yang nak datang sini boleh cari ikut pintu gate 333 dari Masjid Nabawi.
Design baru, tapi sebelah sahaja ya. Bukan kiri kanan jalan macam dulu. Apa2 pun Alhamdulillah🤲🏻

𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙛 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖?  Ini kerana Marma ( Marble ) yang digunakan adalah an...
15/02/2023

𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙛 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖?
Ini kerana Marma ( Marble ) yang digunakan adalah antara jenis yang jarang ditemui. Thassos Marble.
Thassos marble ini dimport dari greece , antara kualiti marmar yang paling berkualiti.
Walaupun cuaca panas, Marmar ini masih mengekalkan suhu sejuk dan nyaman.
Alhamdulillah

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60108048847

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Waqar Travel Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category