19/07/2023
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟑 .
“Salam Maal Hijrah 1445H dan Selamat Tahun Baru Islam dari kami Seluruh Warga Kerja EMRAZ”
Ahlan Wasahlan Ya Muharram😊
Semoga setiap pengajaran di dalam kisah HIJRAH RASULULLAH SAW dapat diambil sebagai Pedoman & inspirasi dalam kehidupan kita untuk menghadapi Ujian dan memperjuangkan kebenaran, membangun nilai persaudaraan dan menciptakan kedamaian dengan nilai-nilai Islam..
"Hijrah adalah satu pengorbanan. Hijrah juga merupakan satu perjuangan."
InshaAllah TRIP Penerbangan pertama PSU Jemaah EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd bermula esok 1 MUHARRAM 1445H,Semoga dengan keberkatan awal tahun hijrah 1445 ini segala Usaha dan gerak kerja Seluruh Warga EMRAZ Serta JEMAAH sentiasa dibawah Naungan ,Rahmat dan Taufiq Allah Sentiasa .
———————————————
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرًا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَاتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬ۚ ذَالِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡۚ
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”
(Surah At-Taubah: 36)
أَفْضَلُ الصِّيامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ، وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.”
(Hadis Riwayat Muslim, 1163)
Maka jadikanlah lembaran tahun baru ini salah satu tahun yang dapat memberikan syafaat dan manfaat kepada kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya. InshaAllah🌹
𝐄𝐌𝐑𝐀𝐙 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀