SAMA Travel & Tours Sdn Bhd HQ

SAMA Travel & Tours Sdn Bhd HQ UMRAH | HAJI | BADAL HAJI | PELANCONGAN MUSLIM

HOTLINE: 03-31801245
SAMA Travel & Tours Pakej Pelancongan Muslim Yang Mampu & Murah.

📚 KURSUS UMRAH SAMA TRAVELAlhamdulillah, telah berlangsung Kursus Umrah SAMA Travel pada Sabtu, 8 Ogos 2026, bertempat d...
10/08/2026

📚 KURSUS UMRAH SAMA TRAVEL

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Umrah SAMA Travel pada Sabtu, 8 Ogos 2026, bertempat di HQ SAMA Travel, Banting. 🕋✨

Kursus ini menjadi salah satu usaha SAMA Travel dalam memberikan persediaan ilmu dan panduan yang lebih baik kepada para bakal tetamu Allah sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat dan membantu para jemaah melaksanakan ibadah dengan lebih yakin, tenang dan sempurna, insya-Allah. 🤲🏻

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung.

Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan kita menuju Baitullah. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤍

📸 LENSA SAMA | KT01Semalam mereka kembali ke tanah air, namun sebahagian hati mereka masih tertinggal di Tanah Suci.Di s...
06/08/2026

📸 LENSA SAMA | KT01

Semalam mereka kembali ke tanah air, namun sebahagian hati mereka masih tertinggal di Tanah Suci.

Di sebalik setiap gambar, tersimpan doa, air mata, senyuman dan seribu kenangan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Perjalanan ini mungkin telah berakhir, tetapi semoga segala amalan, keinsafan dan kasih kepada Baitullah terus kekal mekar di dalam hati.

Selamat pulang buat seluruh jemaah KT01. Semoga Allah SWT menerima setiap ibadah, mengampunkan segala dosa, serta mengurniakan Umrah yang mabrur. Semoga suatu hari nanti, Allah menjemput kita semua kembali menjadi tetamu-Nya. 🤲🕋

✨ Kursus Umrah SAMA Travel | 1 Ogos 2026 ✨Alhamdulillah, Kursus Umrah SAMA Travel telah berjaya dilaksanakan pada 1 Ogos...
03/08/2026

✨ Kursus Umrah SAMA Travel | 1 Ogos 2026 ✨

Alhamdulillah, Kursus Umrah
SAMA Travel telah berjaya dilaksanakan pada 1 Ogos 2026 dengan penyampaian yang penuh ilmu dan bimbingan oleh Al-Fadhil Ustaz Hazeeq.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi panduan buat bakal tetamu Allah dalam melaksanakan ibadah umrah dengan lebih yakin, sempurna dan memperoleh umrah yang mabrur.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Semoga kita dipermudahkan untuk menjadi tetamu Allah SWT. 🤲💚

✈️ Alhamdulillah, penerbangan pertama jemaah SAMA Travel telah selamat berlepas menuju Tanah Suci. Semoga dipermudahkan ...
29/07/2026

✈️ Alhamdulillah, penerbangan pertama jemaah SAMA Travel telah selamat berlepas menuju Tanah Suci. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan Umrah yang mabrur. Doakan perjalanan mereka sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. 🤲🕋

SAMA KONGSI
29/07/2026

SAMA KONGSI

[SAMA PERIHATIN]Bagi memastikan perjalanan ke luar negara berjalan dengan lancar, semua bakal jemaah dan pelancong disar...
29/07/2026

[SAMA PERIHATIN]

Bagi memastikan perjalanan ke luar negara berjalan dengan lancar, semua bakal jemaah dan pelancong disarankan menyemak Status Perjalanan Imigresen Malaysia lebih awal sebelum tarikh penerbangan.

Tindakan ini sangat penting kerana terdapat individu yang mungkin mempunyai sekatan perjalanan ke luar negara atas sebab-sebab tertentu seperti tunggakan atau arahan daripada pihak berkuasa. Sekatan ini hanya akan diketahui apabila status disemak atau ketika berada di kaunter imigresen.

Mengapa perlu semak awal?

✅ Mengelakkan kegagalan berlepas pada hari penerbangan.
✅ Memberi masa untuk menyelesaikan sebarang sekatan jika ada.
✅ Mengelakkan kerugian kos tiket, penginapan dan urusan perjalanan.
✅ Memberikan ketenangan untuk beribadah atau bercuti tanpa kebimbangan.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

🔗 Semak sekarang di:
https://sspi.imi.gov.my/sspi/

Peringatan: Walaupun pasport masih sah dan tiket penerbangan telah disahkan, ia tidak menjamin seseorang boleh keluar negara sekiranya terdapat sekatan perjalanan.



⚠️ AWAS SCAMMER SEMASA MENGERJAKAN UMRAHJangan Biarkan Ibadah Anda Dicemari Oleh PenipuanKetika berada di Tanah Suci, te...
21/07/2026

⚠️ AWAS SCAMMER SEMASA MENGERJAKAN UMRAH
Jangan Biarkan Ibadah Anda Dicemari Oleh Penipuan

Ketika berada di Tanah Suci, terdapat segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap jemaah. Sentiasa berwaspada dan utamakan keselamatan diri serta ahli keluarga.

Modus Operandi Scammer

❌ Mengaku sebagai mutawif atau wakil agensi tanpa pengenalan rasmi.

❌ Meminta wang tunai atas alasan bayaran tambahan, permit atau urusan tertentu.

❌ Menawarkan perkhidmatan badal umrah, ziarah atau pengangkutan dengan harga yang terlalu murah.

❌ Mengajak menukar wang di tempat yang tidak sah.

❌ Meminta pasport, visa atau dokumen peribadi tanpa sebab yang jelas.

Lindungi Diri Anda

✅ Berurusan hanya dengan mutawif atau wakil agensi yang sah.

✅ Jangan serahkan wang, pasport atau dokumen kepada individu yang tidak dikenali.

✅ Sentiasa bersama kumpulan dan maklumkan kepada mutawif jika ingin bergerak sendiri.

✅ Simpan wang dan dokumen penting di tempat yang selamat.

✅ Laporkan segera kepada mutawif atau pihak berkuasa se

Kursus Umrah SAMA Travel Kota Bharu 2026 Alhamdulillah, pada 11 Julai 2026, SAMA Travel telah berjaya mengadakan Kursus ...
14/07/2026

Kursus Umrah SAMA Travel Kota Bharu 2026
Alhamdulillah, pada 11 Julai 2026, SAMA Travel telah berjaya mengadakan Kursus Umrah SAMA Travel Kota Bharu yang berlangsung di Laman Wida, Kota Bharu, Kelantan.

Terima kasih kepada semua bakal jemaah dan peserta yang hadir bagi menambah ilmu serta membuat persiapan awal sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga segala perkongsian berkaitan ibadah, persiapan dan perjalanan umrah ini memberi manfaat serta membantu para jemaah melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna dan yakin.

Sehari sebelumnya, pada 10 Julai 2026, pihak pengurusan SAMA Travel turut mengadakan sesi perjumpaan bersama para Perunding SAMA Travel Kelantan. Pertemuan ini bertujuan untuk mendengar sendiri cabaran yang dihadapi oleh para perunding dalam aspek pemasaran selain menjadi platform perbincangan bagi merangka strategi terbaik untuk mempromosikan dan memperkukuhkan pemasaran Pakej Umrah Ramadan yang akan datang.

Insya-Allah, SAMA Travel akan terus komited dalam memperkasakan ilmu, memperkukuhkan jaringan perunding serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu Allah.

Bagi Warga Kelantan yang ingin mencari Pakej Ramadan 2027, Boleh berjumpa Wakil Kami di Kota Bharu, Kuala Kerai dan Gua Musang. Kami akan berikan layanan yang terbaik untuk tetamu Allah.






KURSUS UMRAH MINGGUANAlhamdulillah,Pada hari Sabtu,4 Julai 2026,SAMA Travel telah mengadakan satu kursus Umrah bertempat...
09/07/2026

KURSUS UMRAH MINGGUAN

Alhamdulillah,Pada hari Sabtu,4 Julai 2026,SAMA Travel telah mengadakan satu kursus Umrah bertempat di SAMA Travel Putrajaya.Kursus ini di adakan untuk jemaah yang ingin pergi mengerjakan umrah mempelajari dan memahami ilmu asas Berkaitan ibadah umrah.

SAMA Travel ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran para jemaah dan mendoakan kemudahan dalam mempersiapkan diri sebelum mengerjakan ibadah umrah



Address

Bangunan Tabung Haji, No. 120 Tingkat 1, Jalan Bunga Pekan
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60133300076

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAMA Travel & Tours Sdn Bhd HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SAMA Travel & Tours Sdn Bhd HQ:

Shortcuts

Share

Category