Glocal Travel & TOURS sdn.bhd cawangan batang kali

Directions

Glocal Travel & TOURS  sdn.bhd cawangan batang kali offers you best experience of HAJI and UMRAH 🤲🥰

Ziarah Luar Masjid NabawiAlhamdulillah, berpeluang menelusuri sekitar Masjid Nabawi sambil menghayati sejarah dan keinda...
05/07/2026

Ziarah Luar Masjid Nabawi

Alhamdulillah, berpeluang menelusuri sekitar Masjid Nabawi sambil menghayati sejarah dan keindahan bumi Madinah Al-Munawwarah.

Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab bertambahnya iman, ketenangan hati, dan mendapat syafaat Rasulullah SAW. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | MELONTAR KETIGA TIGA JAMRAH 🤍Selesai simulasi di Arafah, jemaah diterangkan p**a tentang te...
20/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | MELONTAR KETIGA TIGA JAMRAH 🤍
Selesai simulasi di Arafah, jemaah diterangkan p**a tentang tertib di Muzdalifah untuk sesi mengutip anak batu. Langkah diteruskan dengan praktikal melontar di ketiga-tiga Jamrah (Ula, Wusta, dan Aqabah).
Simulasi ini sangat penting bagi membantu jemaah merasai pengalaman fizikal dan memahami aliran pergerakan yang sebenar. Kami ingin pastikan setiap jemaah yakin dan jelas dengan setiap rukun serta wajib haji yang bakal dilaksanakan.
Ya Allah,
Permudahkanlah setiap urusan jemaah kami, berikanlah mereka kekuatan fizikal dan mudahkanlah setiap langkah mereka menuju Haji yang mabrur. 🤲✨
Persiapan rapi, ibadah berkualiti.
See less

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | ARAFAH 🤍Sesi praktikal diteruskan dengan simulasi berada di Padang Arafah. Je...
14/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | ARAFAH 🤍

Sesi praktikal diteruskan dengan simulasi berada di Padang Arafah. Jemaah bergerak bersama menuju ke kawasan berkumpul, menyelami suasana hari wukuf yang merupakan kemuncak kepada ibadah Haji.

Di sinilah hati mula merintih,
Membayangkan saat diri berdiri di bawah langit Arafah…
Memohon keampunan dan rahmat daripada Yang Maha Esa.

Latihan ini membantu jemaah merasai pengalaman sebenar pengurusan masa dan tempat berkumpul agar urusan wukuf nanti berjalan dengan lebih teratur dan tenang.

Ya Allah,
Sampaikanlah setiap jemaah kami ke Arafah yang sebenar,
Dan kurniakanlah mereka wukuf yang penuh dengan makbulnya doa. 🤲✨

Arafah, tempat bermulanya sebuah pengabdian.

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | SESI SIMULASI PRAKTIKAL HAJISesi diteruskan dengan Simulasi Praktikal Haji. Inilah saat jem...
08/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | SESI SIMULASI PRAKTIKAL HAJI

Sesi diteruskan dengan Simulasi Praktikal Haji. Inilah saat jemaah merasai sendiri pengalaman ibadah secara fizikal untuk membina keyakinan diri.

Daripada cara pemakaian ihram hingga tertib pergerakan, setiap langkah diperhalusi. Simulasi ini penting agar jemaah lebih bersedia, tenang, dan jelas tentang setiap rukun yang bakal dilaksanakan di Tanah Suci nanti.

Apabila kain putih mula disarung,
jiwa mula terasa kerdil, hati semakin rindu…
mempersiapkan diri menjadi tetamu Allah yang terbaik.

Ya Allah,
Permudahkanlah setiap langkah latihan ini dan jadikanlah ia bekalan kekuatan buat jemaah kami di sana kelak. 🤲✨

Langkah berlatih, hati berserah.

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍Sesi kemuncak diteruskan dengan Taklimat Manasik Haji & ...
07/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍

Sesi kemuncak diteruskan dengan Taklimat Manasik Haji & Umrah yang disampaikan oleh YM Ustaz Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Penasihat Syariah Glocal Travel.

Di sinilah jiwa jemaah dibentuk. YM Ustaz Tengku mengupas satu per satu rukun, wajib, dan tertib ibadah Haji dengan penuh teliti. Bukan sekadar memahami teori, tetapi menghayati setiap hikmah di sebalik perjalanan agung menuju Baitullah.

Mencari ilmu, mengharap keredaan-Mu.

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍Sesi diteruskan lagi dengan Taklimat Khas daripada wakil...
07/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍

Sesi diteruskan lagi dengan Taklimat Khas daripada wakil Bank Islam.

Persediaan kewangan yang bijak adalah kunci ketenangan sepanjang di Tanah Suci. Melalui sesi ini, para jemaah diberi pencerahan tentang penggunaan kad debit, pengurusan transaksi antarabangsa, dan kemudahan perbankan Islam yang disediakan khusus untuk memudahkan urusan para tetamu Allah.

Di mana pun kita berada,
urusan kewangan kini lebih selamat dan mudah…
supaya fokus jemaah hanya pada ibadah.

Terima kasih Bank Islam atas perkongsian yang sangat bermanfaat bagi memastikan perjalanan jemaah Glocal Travel lebih lancar dan sistematik dari segi pengurusan dana.

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | TAKLIMAT BERSAMA GNEXSelesai sesi pendaftaran dan sarapan pagi, Kursus Manasik hari kedua d...
07/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL | TAKLIMAT BERSAMA GNEX

Selesai sesi pendaftaran dan sarapan pagi, Kursus Manasik hari kedua dimulakan dengan Sesi Taklimat Kargo bersama pihak GNEX.

Sesi ini disusun khas bagi membantu para jemaah memahami urusan penghantaran barang dan logistik dengan lebih sistematik. Kami ingin memastikan jemaah dapat beribadah dengan tenang tanpa perlu risau tentang pengurusan bagasi atau barang keperluan dari tanah suci kelak.

Satu per satu persediaan disusun,
Satu per satu urusan dipermudah…
Semuanya demi keselesaan tetamu Allah.

Usai taklimat logistik, jemaah meneruskan pengajian dengan sesi teori dan amali yang lebih mendalam. Semoga setiap panduan yang diberikan menjadi bekalan yang menyenangkan perjalanan agung anda semua.

Ya Allah,
Lancarkanlah setiap urusan logistik dan persiapan jemaah kami,
Jadikanlah setiap usaha ini asbab kepada ibadah yang sempurna. 🤲✨

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍Langkah diteruskan dengan azam yang lebih kuat. Hari ked...
07/05/2026

MANASIK HAJI GLOCAL TRAVEL 1447H | DAY 2 | AHAD, 19 APRIL 2026 🤍

Langkah diteruskan dengan azam yang lebih kuat. Hari kedua memfokuskan kepada pengukuhan ilmu, emosi dan latihan praktikal agar setiap rukun serta wajib Haji dapat dilaksanakan dengan sempurna nanti.

Bukan sekadar teori, tetapi persiapan hati dan pergerakan fizikal diperhalusi. Setiap simulasi yang dilakukan menjadi bekalan buat para jemaah sebelum melangkah ke Tanah Suci.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari hari ini menjadi pembimbing yang memudahkan urusan ibadah di Baitullah kelak.

Ya Allah,
Berikanlah kefahaman yang jelas buat para jemaah-Mu,
Kurniakanlah kesihatan yang baik dan permudahkanlah perjalanan agung mereka menuju Haji yang mabrur. 🤲✨

Ilmu diperkemas, amalan diperhalusi.

SESI PANDUAN KESIHATAN DI TANAH SUCI | MANASIK HAJI 1447HSetelah selesai sesi sebelum tentang sesi fikah & taharah maka ...
07/05/2026

SESI PANDUAN KESIHATAN DI TANAH SUCI | MANASIK HAJI 1447H

Setelah selesai sesi sebelum tentang sesi fikah & taharah maka kursus diteruskan dengan sesi Panduan Kesihatan di Tanah Suci bersama Dr. Mohd Hisham Isa bersempena Program Manasik Haji Glocal Travel & Tour Sdn Bhd bagi musim 1447H. 🕋 Kesihatan yang optimum adalah kunci utama bagi melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna. Melalui sesi ini, para bakal jemaah didedahkan dengan:

Kesedaran tentang risiko kesihatan di musim Haji. Panduan penjagaan fizikal dan mental (sebelum, semasa, dan selepas) serta tanggungjawab kendiri dalam mematuhi nasihat kesihatan.

Semoga segala perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan urusan para tetamu Allah kelak. Amin.

SESI FIKAH SOLAT & TAHARAH SEPANJANG PERJALANANAlhamdulillah, selesai satu sesi pengisian yang sangat padat dan bermanfa...
07/05/2026

SESI FIKAH SOLAT & TAHARAH SEPANJANG PERJALANAN

Alhamdulillah, selesai satu sesi pengisian yang sangat padat dan bermanfaat bersama Ustaz Muhammad Hagia Sofia dalam siri Manasik Haji Glocal Travel 1447H.

Ramai yang bimbang tentang ibadah dalam pesawat, tapi Ustaz dah kongsikan strategi 'Proactive Wuduk' dan pengurusan Jamak & Qasar yang cukup praktikal. Tak perlu ragu lagi, yang penting ilmu penuh di dada sebelum kaki melangkah!

Moga Allah kurniakan haji yang mabrur buat semua duyufurrahman tahun ini. Amin.

Address

Batang Kali
Batang Kali
44300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Glocal Travel & TOURS sdn.bhd cawangan batang kali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share