Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah

Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah Pakej pelbagai pilihan. Umrah manasik Sunnah Nabi. Page utama : Safwah Travel & Tours Sdn Bhd

1079311-M KPK/LN: 7787 MA4801

EidMubarak. "Kemenangan Sebenar Adalah Taqwa."Ramadan telah berlalu pergi, meninggalkan kita dengan seribu satu pengajar...
21/03/2026

EidMubarak.

"Kemenangan Sebenar Adalah Taqwa."

Ramadan telah berlalu pergi, meninggalkan kita dengan seribu satu pengajaran tentang sabar dan hamba. Kini tiba Syawal, hari kemenangan bagi jiwa-jiwa yang berjaya menundukkan nafsu.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."(HR. Bukhari & Muslim)

Kami di Safwah Travel dengan rendah hati mendoakan agar kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh keampunan dan keredhaan-Nya. Semoga setiap sujud dan air mata keinsafan kita di bulan lalu menjadi saksi di akhirat kelak.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

(Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu amalan yang soleh)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 🌙✨



Ziarah Madinah Al-Munawwarah 🤍Alhamdulillah, para jemaah berpeluang menziarahi sekitar bumi Madinah yang penuh keberkata...
24/12/2025

Ziarah Madinah Al-Munawwarah 🤍

Alhamdulillah, para jemaah berpeluang menziarahi sekitar bumi Madinah yang penuh keberkatan. Ziarah dimulakan di Masjid Nabawi dengan memperbanyakkan solat, selawat dan doa di sisi junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Suasana yang tenang benar-benar menyentuh hati dan menenangkan jiwa.

Perjalanan diteruskan ke Masjid Quba, masjid pertama dalam sejarah Islam. Para jemaah menunaikan solat dengan penuh kesyukuran, menghayati erti keikhlasan dan permulaan dakwah Islam.

Ziarah seterusnya ke Jabal Uhud mengingatkan para jemaah tentang perjuangan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah ﷺ. Kisah yang dikongsikan menjadi peringatan agar sentiasa taat, sabar dan istiqamah dalam kehidupan.

Semoga setiap langkah dan doa di bumi Madinah ini diterima sebagai ibadah dan menjadi bekalan rohani buat para jemaah. 🤲🕋

Group 22 December 2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah kami telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah...
24/12/2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah kami telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Setiap langkah yang diatur hari ini bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi panggilan istimewa daripada Allah kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Kami mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, perjalanan yang dipermudahkan, urusan yang dilancarkan serta diberikan kekuatan fizikal dan rohani sepanjang berada di Tanah Suci.
Semoga setiap ibadah yang dilaksanakan — daripada niat, tawaf, sa’ie, doa dan munajat — diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan umrah yang mabrur.

Buat para jemaah, kirimkanlah doa dari bumi barakah, dari hadapan Kaabah dan Raudhah, agar kami yang di tanah air ini turut mendapat keberkatan dan rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

Group Leader : Ustaz Hj Auzai
Team : Ustazah Hjh Faizah - Ustzah Faridah - Ustazah Sufi

🕋 Selamat menunaikan ibadah Umrah.
🤲 Doakan kami, kami sentiasa mendoakan kalian.

Group 24 Dec 2025



"Alhamdulillah, hari ini seramai 31 orang jemaah sahutan 'Labbaikallah' akan berangkat menuju ke Tanah Suci bagi menunai...
23/12/2025

"Alhamdulillah, hari ini seramai 31 orang jemaah sahutan 'Labbaikallah' akan berangkat menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua agar perjalanan mereka dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik sepanjang di sana, dan dikurniakan umrah yang mabrur.

Semoga segala urusan pergi dan balik dilindungi Allah SWT. Amin ya Rabbal Alamin."

Group 22 December 2025




"Getaran rindu itu makin terasa... 🥺MasyaAllah Tabarakallah. Penuh ruang Surau Ar-Rahim hari ini dengan bakal-bakal Dhuy...
07/12/2025

"Getaran rindu itu makin terasa... 🥺

MasyaAllah Tabarakallah.

Penuh ruang Surau Ar-Rahim hari ini dengan bakal-bakal Dhuyufurrahman. Aura dia lain macam bila semua berkumpul dengan satu niat—nak jadi tetamu Allah yang terbaik.

Hari ini Safwah Travel bawakan khas Ustaz Khairul Anuar Basri untuk perhalusi bab manasik umrah.
Bila masuk bab praktikal pakai kain ihram tu, suasana jadi hening sekejap.

Terbayang tawaf, terbayang saie... Allahu, moga Allah jemput kita semua.

Kami di Safwah Travel sentiasa cuba yang terbaik. Bukan setakat uruskan tiket dan hotel, tapi kami nak pastikan 'roh' umrah tu sampai ke dalam hati jemaah.

Makan minum terjaga, ilmu pun terbela.

Jemaah happy, kami pun tumpang gembira.

Terima kasih atas kepercayaan tuan puan kepada servis kami.

Ada yang tengah cari pakej Umrah yang bimbingan penuh macam ni?

Jangan segan silu risik dengan kami. Kami sedia bantu realisasikan impian anda. 🕋✈️

DM kami sekarang.

NAK BELAJAR CARA PAKAI IHRAM DENGAN BETUL? JOM SERTAI KURSUS UMRAH PERCUMA! 🕋Orang Sungai Buloh dan sekitar! Hujung ming...
26/11/2025

NAK BELAJAR CARA PAKAI IHRAM DENGAN BETUL?

JOM SERTAI KURSUS UMRAH PERCUMA! 🕋

Orang Sungai Buloh dan sekitar! Hujung minggu depan ni tak tahu nak ke mana? Jom isi masa lapang dengan ilmu yang bermanfaat.

Safwah Travel & Tours membawakan Kursus Umrah Teori & Praktikal khas untuk anda. Bukan sekadar dengar ceramah, tapi kita buat praktikal terus!

Bersama Ustaz Khairul Anuar Basri Al Hafiz, kita akan belajar seluk-beluk ibadah umrah. Sesuai untuk yang bakal pergi umrah atau yang berniat nak pergi suatu hari nanti.

Info Program:

🗓 7 Disember 2025 (Ahad)
📍 Surau Ar-Rahim, Saujana Permai, Sg. Buloh
🕣 8:30 pagi

💸 Masuk adalah PERCUMA! Makan minum pun disediakan.

Jangan lupa bawa kain ihram dan buku nota ya!

👇 Daftar atau info lanjut, hubungi Admin:

WhatsApp : wasap.my/+60105758233

Nak "Healing" Sambil Tambah Ilmu? Jom Ke Jogja! ✈️⛰️Bayangkan dapat travel ke tempat yang cantik, makan sedap, tapi dala...
22/11/2025

Nak "Healing" Sambil Tambah Ilmu? Jom Ke Jogja! ✈️⛰️
Bayangkan dapat travel ke tempat yang cantik, makan sedap, tapi dalam masa yang sama, rohani pun terisi. Best kan?

Jom ikut trip istimewa Kembara Jogja bersama Ustaz Shofwan Badrie! Kita akan pusing Jogja, tengok keunikan budaya Kraton, dan hayati perjuangan para Sunan.

Apa yang best?

✅ Private Trip (Selesa & Eksklusif)
✅ Full board 5 Hari 4 Malam
✅ Tarikh cun hujung tahun: 24-28 Dis 2025
✅ Bimbingan ilmu direct dari Ustaz Shofwan Badrie
Jom lock tarikh ni siap-siap untuk cuti sekolah tahun depan!

📲 DM kami laju-laju atau klik link di bio untuk info lanjut!


Safwah Travel & Tours Sdn Bhd

Dari   Umrah November 7 November - 18 November 2025Keberangkatan pulang jemaah Safwah Travel & Tours Kpk7787 - UmrahMH15...
21/11/2025

Dari Umrah November
7 November - 18 November 2025

Keberangkatan pulang jemaah Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah

MH159 MED - KUL 2130

Bagi pihak Safwah Travel & Tours, saya mewakili seluruh warga kerja, khususnya Mutawif, Mutawiffah dan para petugas, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua jemaah yang telah memilih Safwah Travel sebagai teman perjalanan rohani anda ke Tanah Suci kali ini.

Kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kesilapan, kekhilafan tutur kata mahupun layanan yang mungkin tidak menepati harapan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang lemah itu daripada kelemahan diri kami sendiri.

Terima kasih atas kepercayaan, kerjasama, kesabaran dan kasih sayang yang telah tuan-tuan dan puan-puan berikan sepanjang berada bersama kami.

Mudah-mudahan segala ibadah dan amal soleh sepanjang umrah ini diterima oleh Allah , menjadi bekalan menuju syurga, serta menjadi asbab untuk kita kembali lagi sebagai tetamu-Nya pada masa akan datang.

Semoga tidak serik untuk bersama kami lagi, bahkan terus menjadikan Safwah Travel sebagai pilihan dalam setiap langkah menuju Baitullah.

Akhir kalam, marilah kita saling doakan agar ukhuwah yang terjalin ini berkekalan dan dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci, kali ini mungkin bersama keluarga dan sahabat tercinta.

والله ولي التوفيق

Dari   DAR AL MADINAH MUSEUMPersinggahan terakhir ziarah di Muzium Dar Al Madinah sebelum keberangkatan pulang ke tanah ...
21/11/2025

Dari
DAR AL MADINAH MUSEUM

Persinggahan terakhir ziarah di Muzium Dar Al Madinah sebelum keberangkatan pulang ke tanah air.

Dar Al Madinah Museum ialah muzium sirah dan tamadun Islam yang memfokuskan sejarah Kota Madinah sejak zaman Rasulullah ‎ﷺ hingga era moden.

Ia dianggap muzium sirah paling terperinci di Madinah.

Fokus Utama Muzium

1. Sejarah Rasulullah ‎ﷺ di Madinah

• Kehidupan Nabi ‎ﷺ selepas hijrah.
• Laluan hijrah, lokasi-lokasi penting, masjid-masjid awal.
• Peta dan model 3D Madinah pada zaman Nabi.

2. Model dan Rekonstruksi Kota Madinah

Antara tarikan terbesar muzium ini ialah model skala besar Madinah zaman Rasulullah ‎ﷺ :

• Menunjukkan rumah-rumah para sahabat.
• Lokasi Masjid Nabawi asal.
• Perkampungan seperti Bani Najjar, Bani Ghaffar, Bani Qurayzah dll.

3. Koleksi Artifak & Manuskrip

• Barangan lama dari Madinah dan Hijaz.
• Replika struktur Masjid Nabawi dari zaman ke zaman.
• Gambar-gambar bersejarah Madinah sebelum pembangunan moden.

4. Perang-perang Besar Islam

• Perang Badar, Uhud, Khandaq diterangkan dengan grafik, peta dan model.
• Penjelasan strategi perang dan kedudukan sahabat.

Dari   Ziarah Tambahan Jejak Badr• Kilang Al-Quran• Jabal Magnet• Telaga Ar Rauha• Telaga Syifa• Pemakaman Syuhada Badr•...
21/11/2025

Dari Ziarah Tambahan Jejak Badr

• Kilang Al-Quran
• Jabal Magnet
• Telaga Ar Rauha
• Telaga Syifa
• Pemakaman Syuhada Badr
• Makan Tengahari Speacial Nasi Ikan Badr
• Jabal Hanan

Dari   Ziarah Luar Madinah• Masjid Quba• Masjid Tujuh• Masjid Qiblatain• Jabal Uhud• Ladang KurmaMasjid pertama yang dib...
21/11/2025

Dari Ziarah Luar Madinah

• Masjid Quba
• Masjid Tujuh
• Masjid Qiblatain
• Jabal Uhud
• Ladang Kurma

Masjid pertama yang dibina dalam Islam diasaskan atas dasar takwa.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama lebih layak kamu solat di dalamnya.”

Surah At-Tawbah, 9:108

“Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian datang ke Masjid Quba lalu solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti menunaikan umrah.”

HR Ibn Majah dan Tirmizi


Address

Taman Industri Bolton
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105758233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah:

Share

Category