Feena Travel

Feena Travel Memenuhi Impian, Memaknai Perjalanan

31/01/2020
TELAGA BERSEJARAH DI BUMI MADINAHTELAGA HATelaga ini adalah kepunyaan seorang Ansar iaitu Abu Thalhah al-Ansari al-Khazr...
28/01/2020

TELAGA BERSEJARAH DI BUMI MADINAH

TELAGA HA

Telaga ini adalah kepunyaan seorang Ansar iaitu Abu Thalhah al-Ansari al-Khazraji. Rasulullah SAW selalu meminum air dari telaga ini.

Apabila turun ayat al-Quran yang menggalakkan supaya orang kaya memberi nafkah atau sedekah harta yang mereka sayang, beliau datang menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa telaga ini adalah antara harta yang paling di sayanginya dan disedekahkan pada jalan Allah. Rasulullah SAW menyarankan agar telaga tersebut diberikan kepada keluarganya yang terdekat.
(Sahih Bukhari no.4554)

Telaga ini terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi, disebelah utara, kawasan Bab al-Majidi, di sebelah Timur Telaga Budha’ah. Sekarang telaga ini termasuk dalam binaan baharu Masjid Nabawi yang terletak di dalam masjid, di sebelah kiri pintu al-Malik Fahd, no.21 beberapa meter daripadanya.

Ganjaran haji mabrur
27/01/2020

Ganjaran haji mabrur

TELAGA-TELAGA BERSEJARAH DI MADINAH Al-MUNAWWARAHDi Madinah juga terdapat beberapa buah telaga bersejarah yang mempunyai...
26/01/2020

TELAGA-TELAGA BERSEJARAH DI MADINAH Al-MUNAWWARAH

Di Madinah juga terdapat beberapa buah telaga bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada lagi yang masih wujud pada hari ini dan ada yang telah tertimbus atau ditimbus kerana pembangunan.

Antara telaga yang bersejarah di bumi Madinah ialah Telaga As-Suqya. Akibat pembangunan pesat di bumi Madinah, telaga ini telah terhapus. Diatasnya telah dijadikan jalan raya menuju ke Mekah.

Jom hadir ke Kursus Umrah Perdana, yang insyaAllah akan dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Haji Suhaimi Abdul Jalil yang san...
24/01/2020

Jom hadir ke Kursus Umrah Perdana, yang insyaAllah akan dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Haji Suhaimi Abdul Jalil yang sangat berpengalaman dalam bimbingan umrah dan haji.

Salam Sayyidul Ayyam
24/01/2020

Salam Sayyidul Ayyam

MASJID JI'RANAHNama masjid ini diambil sempena nama seorang wanita di daerah tersebut. Sebagaimana yang diriwayatkan dar...
23/01/2020

MASJID JI'RANAH

Nama masjid ini diambil sempena nama seorang wanita di daerah tersebut. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA ayat 92, surah al-Nahl.

Maksudnya: "Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh;..."

Di turunkan kepada seorang perempuan Quraisy dalam kalangan Bani Taim yang bernama Rithah dan dikenali dengan nama Ji'ranah.

Ji'ranah adalah sebuah perkampungan di Wadi Sarif dan terletak lebih kurang 24 kilometer dari timur laut Masjidil Haram. Ia juga dijadikan tempat Miqat bagi mereka yang melaksanakan umrah. Miqat Umrah bagi mereka yang sudah berada di Tanah Haram.

Address

No 8-1, Jalan PPS 2, Pusat Perdagangan Selasih
Batu Caves
68100

Telephone

+60361775070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Feena Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Feena Travel:

Share

Category