Sarah's Homestay Batu Pahat

Sarah's Homestay Batu Pahat Cozy and affordable guest house and accomodation

Kami follow SOP.Semua tamu yang nak cek in diwajibkan isi My Sejahtera ini.
02/08/2020

Kami follow SOP.

Semua tamu yang nak cek in diwajibkan isi My Sejahtera ini.

Alhamdulillah lepas balik kerja petang ni, sempat Kak Sarah pergi visit homestay.Lepas tamu check out, dan memudian dike...
08/07/2020

Alhamdulillah lepas balik kerja petang ni, sempat Kak Sarah pergi visit homestay.

Lepas tamu check out, dan memudian dikemas oleh assistant, Kak Sarah akan datang buat quality check. Ini untuk pastikan keadaaan Sarah's Homestay sentiasa tiptop untuk menerima kedatangan tetamu seterusnya.

Biarlah penat, dan jauh sikit nak pusing lepas balik kerja sebelum balik ke rumah sendiri, Kak Sarah tetap nak pastikan semuanya dalam keadaan teratur.

Maklumlah assistant yang kemas semalam lama cuti :)

Weekend ni ada kosong gais.

Cepat contact Kak Sarah untuk booking ya.

07/06/2020

Sarah's Homestay dibuka semula sempena PKPP.
Sila hubungi Kak Sarah untuk membuat tempahan ya gais :)

TerbaikBersihSelesaMemang selalu Kak Sarah dapat komen sebegini.Happy nau rasanya hati Kak Sarah ni :)
23/12/2019

Terbaik
Bersih
Selesa

Memang selalu Kak Sarah dapat komen sebegini.

Happy nau rasanya hati Kak Sarah ni :)

Semalam Kak Sarah buat keputusan untuk order set autogate yang baru.Sebenarnya Sarah's Homestay pada asalnya memang ada ...
22/12/2019

Semalam Kak Sarah buat keputusan untuk order set autogate yang baru.

Sebenarnya Sarah's Homestay pada asalnya memang ada autogate. Tapi nasib kami tak berapa baik, box autogate yg ditepi pagar tu dah dilanggar oleh kereta tamu kami.

Box tu rosak. Tayar kereta tamu pecah. Sedih :'(

Tapi syukurlah tamu tu nak tanggung separuh daripada kos pembelian mesin autogate yang baru. Kak Sarah pun s**a sorak sorai walaupun separuh aje :D

Eehhh bukan senang nak dapat tamu yang sanggup nak tanggung kos kerosakan macam ni. Kebanyakannya bila kita mintak terus lesap, hilang, block kita dan tak jawab call kita.

Kak Sarah syukur sangat. Kak Sarah percaya kalau kita baik, orang pun akan baik dengan kita. Prof Muhaya kata, ada baik, beri baik, dapat baik. Begitulah juga sebaliknya.

Sebenarnya Kak Sarah nak cerita tentang autogate yang baru je kami pasang 2 hari lepas.

Alhamdulillah lepas ni dah takde masalah kena hujan lagi bila tamu nak cek in. Tamu boleh tekan je button buka, taraaaaa terbukalah pagarnya.

Selamat menikmati fasiliti yang sangat memudahkan ini ya! Terima kasih kepada Safiq Aircond and Servis atas harga yang wowww dan servis yang mantappp!

Yang ni anak bongsu Kak Sarah.Bila kami mengemas memang akan bawa dia sekali. Dengan harapan dia akan tolong mengemas ta...
14/12/2019

Yang ni anak bongsu Kak Sarah.

Bila kami mengemas memang akan bawa dia sekali. Dengan harapan dia akan tolong mengemas tapi lain p**a jadinya.

Tengok tu, ada saja yang nak dikacaunya. Cadar katil dah tegang dia akan naik atas katil dan lompat-lompat.

Lepastu dia buka p**a laci, untuk keluarkan isi-isi yang ada dalam tu.

Haishhh anak oh anak.

So bila macam ni, Kak Sarah akan minta sorang abangnya untuk pantau dia. Main dengan dia ke, nyanyi sama-sama ke. Tengok tv cerita kartun ke. Apa-apalah asalkan dia tak mengacau.

Korang yang ada anak kecil tapi perlu mengemas homestay, cer cerita sikit macamana handle situasi macam ni.

Weekend ni kami kena mengemas berturut-turut.Tamu masuk satu hari satu hari.Biasanya memang Kak Sarah lebih prefer ambil...
14/12/2019

Weekend ni kami kena mengemas berturut-turut.

Tamu masuk satu hari satu hari.

Biasanya memang Kak Sarah lebih prefer ambil tamu yang nak masuk 2 hari atau 3 hari terus. Sebab boleh jimat kos mengemas dan mudahkan pengurusan.

Tapi wekeend kali ni, tamu dah start masuk hari Khamis, chek out Jumaat. Kemudian tamu lain masuk Jumaat dan check out Sabtu. Ada lagi tamu masuk Sabtu dan check out Ahad. Nanti Isnin ada lagi yang nak masuk 2 hari. Kadang last minute pun mungkin ada yang nak masuk Ahad cekout Isnin. Phewww kental juga kami nak mengemas.

Pembantu p**a cuti. Jadi kamilah anak beranak yang mengemas.

Musaa, anak Kak Sarah yang nombor 3 tugasnya bukak dan pasang sarung bantal dan mengelap semua meja.

Ameen p**a yang nombor 2 menyedut habuk satu rumah.

Kakak p**a yang nombor 1 mengemop lantai. (Lupa nak ambil gambar dia)

Kak Sarah jadi mando dan buat quality check. Hihihi. Bila diorang buat tak sempurna Kak Sarah lah yang jadi tukang bebel dan buat semula kerja diorang. Itulah tugas mak-mak kannnn. @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Kak Sarah baru aje ambik toto dari kedai dobi. Wangi sungguh baunya.Bulan 12 time cuti sekolah ni memang tamu keluar mas...
11/12/2019

Kak Sarah baru aje ambik toto dari kedai dobi. Wangi sungguh baunya.

Bulan 12 time cuti sekolah ni memang tamu keluar masuk tak kira weekend ke weekdays.

Yang paling sibuk ni siapa lagi?

Tentulah ahkak kan :P

Yelah. Sebab Kak Sarah kenalah pastikan semua fasiliti di Sarah's Homestay dalam keadaan tiptop, cadar towel toto semua dalam keadaan bersih dan wangi harummm.

Untuk Disember ni yangkosong cuma dari 22-27 haribulan aje ya. Tarikh lain semua fully booked :*

Ada tamu masuk semalam.Kontraktor untuk pemasangan pendawaian Telekom.Katanya nak duduk 7 hari 6 malam :) Jadi, kalau ad...
19/11/2019

Ada tamu masuk semalam.

Kontraktor untuk pemasangan pendawaian Telekom.

Katanya nak duduk 7 hari 6 malam :)

Jadi, kalau ada tamu yang duduk bagi tempoh yang agak panjang, biasanya Kak Sarah akan ambil deposit tinggi sikit dan ambik gambar meter elektrik ni dengan bacaan pada hari tamu check in.

Kak Sarah jugak pesan kat diorang harap dapat tutup aircond dan semua suis lampu dan kipas bila keluar pergi kerja.

Selain dapat jimatkan elektrik, kita juga dapat selamatkan bumi kita dari pemanasan global. Tersengih2 mereka bila Kak Sarah sebut tentang global warming tu.

Mesti dalam hati diorang kata, Kak Sarah ni bebel macam mak diorang :P hahhahah

Bukan apa, bacaan meter ni penting nak pantau penggunaan elektrik diorang. Jadi bila mereka cek out, jika bacaannya lebih dari purata kebiasaan, Kak Sarah akan caj dari deposit tu lah.

Mudahkan.

Maka takdelah tamu nak kata tak puas hati dan Kak Sarah pun takdelah menanggung kerugian yang tinggi.

Boleh gitu.

Bila ditanya tentang komen tetamu ttg Sarah's Homestay dan jawapannya sangat ringkas dan padat berbunyi macam ni: "SANGA...
17/11/2019

Bila ditanya tentang komen tetamu ttg Sarah's Homestay dan jawapannya sangat ringkas dan padat berbunyi macam ni: "SANGAT SELESA''.

Hati Kak Sarah berbunga-bunga girang, happy, puas hati dan bahagia.

Yelah mana taknya, bukan senang tau nak bagi keselesaan pada orang. Sebab kehendak dan preferences orang kan berbeza-beza.

Address

140, Jalan Gemilang 2, Taman Bukit Flora
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarah's Homestay Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share