Juara Travel & Tours Cawangan Parit Sulong

Juara Travel & Tours Cawangan Parit Sulong Menjulang Juara Ke Persada!

SALAM NUZUL AL-QURAN 2020M/ 1441HMenurut Prof. Dr Nuruddin 'Atar :"Bahasa Arab telah berkembang luas sehingga sampai ke ...
08/05/2020

SALAM NUZUL AL-QURAN 2020M/ 1441H

Menurut Prof. Dr Nuruddin 'Atar :

"Bahasa Arab telah berkembang luas sehingga sampai ke benua India, China & Afghanistan, mengambil kira apa yang kami ketahui/ pelajari dimana muncul ramai ulama Islam tersohor dari negara tersebut seperti Bukhari dan Muslim, An-Nasaei, dan Ibn Majah Al-Qazwini serta yang selain dari mereka."

(rujukan : Al-Muzhir Fi 'Ulum Al-Lughah Al-'Arabiyah As-Suyuti, tahqiq : Muhammad Abu' Fadhl Ibrahim, cetakan. Mesir)

Dalam surah Ibrahim ayat 4, firman Allah Taala :

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡ

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka

Nasib bahasa Arab telah berubah menjadi bahasa global selepas Al-Quran diturunkan serta kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana baginda merupakan bangsa Arab.

Manakala dalam surah Al-Baqarah ayat 185, Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan. Firman Allah Taala,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan itu yang di dalamnya mulai- diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang nyata yang menunjuk kepada kebenaran, yang membezakan antara yang haq (benar) dan yang batil.

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami & umat Islam lain mempelajari Al-Quran. Jadikan hati kami mencintai Al-Quran ini yang telah diturunkan di kota suci Makkah Al-Mukarramah, maka izinkanlah kami mengunjunginya selepas ini. Ya Rahman Ya Rahim, perkenanlah doa kami & tiada Tuhan yang Berhak Disembah MelainkanMu Ya Allah. Amin Ya Rabb ❤️

Nota 📝 : Keindahan suasana pemandangan waktu malam di atas Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira, tempat wahyu pertama (Al-Quran) diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW

Sebenarnya, berapa lama masa diperuntukkan untuk menghabiskan bacaan (mengkhatamkan) seluruh Al-Quran? Menurut Dr Uthman...
30/04/2020

Sebenarnya, berapa lama masa diperuntukkan untuk menghabiskan bacaan (mengkhatamkan) seluruh Al-Quran?

Menurut Dr Uthman Al-Khamees,

"Bagi mereka yang sederhana lancar bacaannya, ia dapat menghabiskan keseluruhan bacaan Al-Quran dalam tempoh 10 jam (dibaca berterusan sehingga habis), manakala yang lancar bacaannya, lebih kurang 8 jam sahaja."

Ya Allah, mudahkanlah kami bersama ahli keluarga kami agar dapat membaca & mengkhatamkan Al-Quran pada Ramadhan kali ini.

Nota tambahan mengenai tips mengkhatam bacaan Al-Quran, antaranya Ibn Qudamah menyebut, "adalah makruh melewatkan khatam Al-Quran lebih dari 40 hari."

(lihat: Al-Mughni: 2/173)





Address

No 60A, Jalan Sri Sulong Utama, Taman Industri Sri Sulong, Parit Sulong
Batu Pahat
83500

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60186679887

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel & Tours Cawangan Parit Sulong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Juara Travel & Tours Cawangan Parit Sulong:

Shortcuts

Share

Category