Umrah Juara Travel Bayan Lepas

Umrah Juara Travel Bayan Lepas Umrah Terbimbing Kebajikan Terjamin

Alhamdulillah… hati ini kembali dijemput ke Tanah Suci, bersedia menyantuni para Duyufurrahman. Moga setiap langkah menj...
26/11/2025

Alhamdulillah… hati ini kembali dijemput ke Tanah Suci, bersedia menyantuni para Duyufurrahman. Moga setiap langkah menjadi saksi cinta dan khidmat kerana Allah.”

Jom ..sesiapa yg ingin menunaikan umrah bersama Juara Bayan Lepas ,boleh DM saya utk mengetahui pakej- pakej umrah yg sedia ada.

Umrah terbimbing ,kebajikan terjamin




23/11/2025

J- Jemputan
U- Umrah
A- Alami
R - Rahsia
A- Allah




28 Sep 2024 - SabtuPagi ini di Masjid Hashim Yahaya ,Pulau Pinang..Kursus dan pengenalan pakej Umrah Juara Bayan Lepas.
28/09/2024

28 Sep 2024 - Sabtu
Pagi ini di Masjid Hashim Yahaya ,Pulau Pinang..
Kursus dan pengenalan pakej Umrah Juara Bayan Lepas.

Berkabung atas kematian suami?? Perlu ke isteri melakukannya??Semakin kita dewasa semakin kita alpa dengan dunia yang se...
08/09/2024

Berkabung atas kematian suami?? Perlu ke isteri melakukannya??
Semakin kita dewasa semakin kita alpa dengan dunia yang serba canggih. Sedarkah kita bahawa ilmu agama yang akan membantu kita di akhirat kelak. Bagi mereka yang sudah berkahwin ilmu ini adalah perkongsian yang amat berguna buat kalian. Dan kepada yang belum berkahwin ilmu ini buat pengetahuan masa akan datang agar kita dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang tidak tahu.
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud:

Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni.
Merujuk kepada hadis diatas, bagi wanita yang kematian suaminya, mereka perlu menjaga batas-batas iddah seperti berikut:
i. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.

iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihan dan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
secara tuntasnya, kita dapat menjelaskan bahawa seorang wanita kematian suami, walaupun mereka perlu berkabung tetapi mereka juga digalakkan untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada diri mereka. Islam juga tidak menyuruh wanita tersebut untuk meratapi kematian suami selama 4bulan 10 hari tersebut. Saya berharap agar perkongsian ini, dapat membantu mereka yang tidak tahu menjadi tahu, dan yang sudah tahu p**a menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Sumber perkongsian daripada JAKIM.

Jangan lupa LIKE & SHARE untuk manfaat bersama! 🤗

-----------------------------------------------------------------------------
📞 Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan 😁👇🏼

📌 Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2

📌 Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab

📌 Jshop : https://jshop.my/

📌 Website : www.juaratravel.com.my










Pakej umrah cuti sekolah serta musim sejuk..pakej bulan 12, 2024 sudah di buka..jom daftar bersama juara Bayan Lepas.
08/09/2024

Pakej umrah cuti sekolah serta musim sejuk..pakej bulan 12, 2024 sudah di buka..jom daftar bersama juara Bayan Lepas.

Address

PKN D2, KOMPLEKS MEDAN SURI, SUNGAI NIBONG
Bayan Lepas
11900

Telephone

+60107625088

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Juara Travel Bayan Lepas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category