Koperasi Pelancongan Ulu Lingkabau Beluran Berhad

Koperasi Pelancongan Ulu Lingkabau Beluran Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Pelancongan Ulu Lingkabau Beluran Berhad, Eco tour agency, Kg ulu lingkabau, Beluran.

Kerja tidak pernah berhenti demi kemudahan rakyat πŸ’ͺPembinaan Tamu Desa di Kg Nelitang, Abuan terus dilaksanakan bagi men...
29/03/2026

Kerja tidak pernah berhenti demi kemudahan rakyat πŸ’ͺ

Pembinaan Tamu Desa di Kg Nelitang, Abuan terus dilaksanakan bagi menyediakan ruang ekonomi kepada penduduk setempat, khususnya para peniaga kecil dan usahawan kampung.

Semoga projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada komuniti πŸ™




Terima kasih Datuk atas sokongan dan peruntukan bagi pembinaan Premis Tamu Desa Abuan. Inisiatif ini amat bermakna dalam...
13/02/2026

Terima kasih Datuk atas sokongan dan peruntukan bagi pembinaan Premis Tamu Desa Abuan. Inisiatif ini amat bermakna dalam merancakkan ekonomi luar bandar, khususnya di Ulu Sugut dan Lingkabau.

Sebagai wakil koperasi, kami komited memperkasa pelancongan komuniti dan keusahawanan desa agar terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat setempat.

Kami berbesar hati menantikan kehadiran Datuk untuk merasmikan premis ini kelak.



12 Februari 2026 | Penampang

Menerima kunjungan daripada saudara Marius Samain yang datang jauh dari Sugut bagi membincangkan pembangunan keusahawanan di Ulu Sugut, Beluran.

Semasa saya di Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), saya telah menyalurkan peruntukan bagi membina premis Tamu Desa Abuan. Semoga pembinaannya memberi manfaat kepada aktiviti ekonomi desa.

Saya hargai jemputan yang disampaikan bagi merasmikan bangunan premis ini.

Mereka juga telah menubuhkan koperasi bagi menggerakkan aktiviti ekonomi khususnya pelancongan komuniti. Semoga berkembang menjadi peneraju ekonomi desa.


28hb Januari 2026 | Kg Abuan, SugutMAKLUMAN KEMASKINI KOPERASIDimaklumkan bahawa backhoe milik Syarikat Timberwell yang ...
29/01/2026

28hb Januari 2026 | Kg Abuan, Sugut

MAKLUMAN KEMASKINI KOPERASI

Dimaklumkan bahawa backhoe milik Syarikat Timberwell yang sebelum ini mengalami kerosakan hose hidraulik telah berjaya dibaiki dengan kerjasama En Albert@Nonong driver backhoe dari Syarikat Timberwell.

Selain itu, sebanyak 8 gelen minyak diesel telah dibekalkan oleh pihak koperasi bagi memastikan jentera dapat beroperasi dengan lancar.

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya akan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan cuaca mengizinkan seperti yang telah dibincangkan bersama Tuan William, Pengurus Besar dari Syarikat Timberwell.

Pihak koperasi memohon kesabaran serta kerjasama semua penduduk Kg. Abuan dan kawasan sekitarnya.

Terima kasih atas sokongan semua.
β€” Pihak Koperasi



Tahniah Datuk Ewon Benedick Official Media !
02/12/2025

Tahniah Datuk Ewon Benedick Official Media !

07/08/2025

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—žπ—œπ—  𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 π—•π—˜π—Ÿπ—œπ—” (𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦) 𝟯.𝟬 - π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑𝗔 & π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—•π—˜π—Ÿπ—œπ—” 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) membuka peluang kepada belia Sabah yang ingin mengembangkan perniagaan melalui SYABAS 3.0, sebuah inisiatif yang menawarkan bantuan kewangan dan latihan keusahawanan.

Kelayakan Permohonan:

βœ… Warganegara Malaysia, anak jati Sabah
βœ… Berumur 18–30 tahun
βœ… Menjalankan atau baharu memulakan perniagaan di Sabah
βœ… Permohonan individu atau berkumpulan
βœ… Sedia mengemukakan:

Lesen Perniagaan (bagi perniagaan sedia ada)

Rancangan Perniagaan (RP)

Gambar premis (jika ada)

Cara Memohon:

πŸ“ Permohonan hanya melalui Google Form yang disediakan secara rasmi.

Maklumat Penting:

Hanya pemohon yang layak akan dihubungi.

Jika tiada maklum balas dalam masa 1 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Kerajaan berhak membuat semakan lanjut terhadap latar belakang dan premis pemohon.

πŸ”— Manfaatkan peluang ini untuk mengembangkan bisnes anda bersama SYABAS 3.0!

Layari pautan di >> https://forms.gle/KiE64VR24czkBKED7

Address

Kg Ulu Lingkabau
Beluran
90107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pelancongan Ulu Lingkabau Beluran Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share