Jom Ke Lombok

Jom Ke Lombok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom Ke Lombok, Travel Agency, Jalan Mohd Nor Zabidin, Bentong.

Tak boleh naik kereta ke kat Gili?!!! Serious lah?! Betul. Atas sebab untuk menjaga kebersihan kepulauan Gili, sebarang ...
26/07/2018

Tak boleh naik kereta ke kat Gili?!!! Serious lah?!

Betul. Atas sebab untuk menjaga kebersihan kepulauan Gili, sebarang kenderaan bermotor tidak dibenarkan beroperasi. Pulau bebas kenderaan berenjin katanya.

Tapi jangan risau, anda boleh bergerak dengan menyewa basikal jika nak bersiar-siar atau menjalankan aktiviti ke sekeliling pulau.

Macam mana nak sewa? Senang ke nak cari basikal sewa ni? Mahal tak?

Worry not tuan-tuan dan puan-puan! Basikal sewa ada tersedia dari Rp 20,000 - Rp 50,000 (RM5.60 - RM4.00) untuk tempoh sehari. Murah bukan?! Lebih untung lagi, biasanya hotel-hotel penginapan akan menyediakan basikal PERCUMA kepada tetamu-tetamu hotel.

Ataupun buat kelainan sikit😉, cuba try Cidomo (kereta kuda) dengan hanya Rp 125,000 (RM35.00) untuk pusing satu pulau. Satu kereta boleh muat 6 orang. Anda bahagi kepada 6 pax, tak sampai RM6 seorang.

Pilihan lain, jalan kaki tuan-tuan dan puan-puan. Option yang sihat sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Selamat bercuti!!!

21/06/2018

Lombok ni terkenal dengan makanan-makanan yang super pedas. Jom kita lihat antara makanan yang menjadi pilihan kuliner (penggemar makanan) disana :

~ Ayam Taliwang ~
Ayam kampung yang berusia 3-4 bulan, dipanggang atas api yang sederhana besarnya sehingga dapat menghasilkan daging ayam yang empuk dan juicy. Kemudian disapukan dengan sambal khas Lombok. Ala-ala ayam percik ditempat kita, tapi lagi pedas.

~ Plecing Kangkung ~
Boleh dijadikan makanan pembuka selera (appetizer). Sayur kangkung dicelur (setengah tempat ditumis) dan dihidangkan bersama kacang tanah goreng dan sambal pedas Lombok beserta hirisan limau nipis.

~ Nasi Balap Puyung ~
Hidangan wajib di Lombok. Nasi putih dihidangkan bersama ayam suwar suwir, kancang panjang tumis, sambal kentang keriuk garing, hati lembu tumis dan banyak lagi.

Banyak lagi tuan-tuan....bon appetit

21/06/2018

Kalau nak ke Lombok, kena tahu beberapa perkara ye tuan-tuan.

1- Rancang dulu waktu yang sesuai nak kesana. Elakkan musim hujan (November - April). Anda pasti tak mahu menghabiskan waktu percutian pantai anda yang indah dalam bilik hotel sahaja kerana hujan, bukan?

2- Kat sana terkenal dengan kes curi ye. Sentiasa berhati-hati dengan harta benda masing-masing. Eh, motosikal yang kita sewa pun berisiko untuk dicuri ye. Tak ke pening kepala kalau motor sewa kita kena curi.

3- Disana ramai scammer a.k.a ramai yang s**a mengambil kesempatan dan memanipulasi pelancong asing. Biasalah, mereka pun nak cari duit tambahan. Cuma jangan sampai kita yang menjadi mangsa. Terutama supir-supir (pemandu prebet) yang sedaya upaya untuk lure anda ke prebet mereka. Jika rasa mahal sangat, tolaklah dengan sopan dan carilah supir yang lain. Selalunya supir yang tadi akan kejar kita dan berusaha untuk pujuk kita kembali. Ingat! tolak dengan berhikmah dan sopan.

Stay tuned tuan-tuan untuk banyak lagi point-point menarik...

Eh! Lombok Kot! Tempat orang bawak lari anak gadis orang lah! Nanti dulu!!Tahukah anda :Ada tradisi unik masyarakat Lomb...
07/06/2018

Eh! Lombok Kot! Tempat orang bawak lari anak gadis orang lah!

Nanti dulu!!

Tahukah anda :

Ada tradisi unik masyarakat Lombok yang takde dengan budaya masyarakat lain. Kahwin Culik!

Dekat sana terdapat satu suku utama yang dinamakan Suku Sasak. Tradisi kahwin lari ini berasal dari suku kaum ni. Dah berzaman sejak zaman raja-raja Lombok yang dahulu. Nak diselak semula sejarah, style kahwin culik ni terjadi sebab pada waktu tu ada ramai pemuda-pemuda gagah perkasa nak berkahwin dengan puteri Lombok. Disebabkan ramai sangat nak kat puteri tu, maka diperkenalkan peraturan untuk 'menculik' puteri tersebut. Siapa yang melepasi tentangan dan boleh 'CULIK' puteri tu, maka dia lah yang akan mengahwini puteri tu. So perbuatan 'MENCULIK' ni dianggap sebagai satu bentuk KEPAHLAWANAN pengantin lelaki tu.

So, jejaka-jejaka Lombok zaman sekarang yang bawa gadis-gadis kita ke sana untuk berkahwin sebenarnya mereka mewarisi budaya ini (tidak bermakna saya bersetuju).

So tuan-tuan dan puan-puan sekalian, itu memang budaya mereka. Pergi ke sana untuk melihat budaya-budaya yang rare macamni dapat mengayakan pengalaman kita, setuju bukan?

Jom Ke Lombok.

Call Saya : 010-4396412

07/06/2018

Jom Ke Lombok

Kenapa Anda Perlu Ke Lombok?

- Alternatif terbaik kepada Bali bagi pelancongan Muslim.
- Lombok diiktiraf sebagai World's Best Halal Honeymoon Destination dan antara destinasi World's Halal Tourism.
- Satu dari dua tempat yang mempunyai pantai merah jambu (Pink Beach) di Indonesia.
- Digelar sebagai Pulau Seribu Masjid kerana masyarakat Muslim mewakili 75% penduduk di Lombok.
- Makanan halal sepanjang percutian anda.
- Gunung Rinjani merupakan gunung berapi yang masih aktif menawarkan antara pemandangan terindah di Asia.
- Suku Sasak di Lombok mempunyai budaya yang sangat menarik untuk anda pelajari.
- Orang Lombok s**a makanan pedas, sesuai untuk anda yang menyukai makanan pedas.
- Gili Trawangan dianggap sebagai Bali Kedua, malah fakta menarik mengenai Gili Trawangan ialah penduduk tempatan amat menyukai kucing kerana mereka sangat menghargai kucing.
- Anda mampu untuk mengelilingi Gili Trawangan dengan berjalan kaki dalam tempoh 2 jam sahaja kerana pulau Gili Trawangan hanya mempunyai panjang 3 kilometer dan lebar 2 kilometer sahaja.
- Tiada kenderaan bermotor dibenarkan di Gili.

Dan banyak lagi keistimewaan Lombok. Hubungi kami sekarang.

Hubungi 010-4396412 sekarang.

Address

Jalan Mohd Nor Zabidin
Bentong
28700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Ke Lombok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category