16/07/2024
J***t D'Manggis merupakan sebuah banglow mewah yang mempunyai ruang tamu, 5 bilik tidur, dapur, loteng (ruang tidur untuk 10 orang + 5 orang diloteng) yang lengkap dengan perabot. Juga mempunyai kolam renang peribadi, dapur untuk memasak dan lapangan BBQ.
Terletak di Janda Baik yang jaraknya kira-kira 52km / 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, J***t D'Manggis @ Janda Baik sememangnya sebuah destinasi yang luar biasa ‘baik’ untuk mendapatkan udara yang nyaman, suasana yang tenang dengan deruan air sungai mengalir yang menyegarkan segenap deria.
Berada dipuncak bukit dengan pandangan memukau mata persis sebuah lukisan indah ditambah dengan kedinginan suhu di J***t D’Manggis ini juga membuatkan ia menjadi destinasi pilihan untuk lari dari kepanasan kota.
Merupakan lokasi yang sempurna bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar ingin menyelamatkan diri dari genggaman hidup di ibu negara.
Juga banyak aktiviti boleh dibuat disekitar antaranya, mandi manda di sungai / air terjun, memanah, menunggang ATV / jungle tracking. Lokasinya juga berdekatan dengan Genting Highland dan Bukit Tinggi.
Kami yakin! dengan menginap di J***t D'Manggis, anda dapat melupakan dan melepaskan segala tekanan dan beban yang tersimpan.
-Rahmat-
010-433 8887