ILovebM 我爱大山脚

ILovebM 我爱大山脚 Bukit Mertajam is a historical town that more than 100 years of history! We welcome you to visite and explore yourself to this magical township!

06/09/2021
来,谁有需要的帮忙分享出去。只限大山脚!
04/09/2021

来,谁有需要的帮忙分享出去。只限大山脚!

17/06/2021
03/06/2021

Hari ini saya meninjau kawasan, ramai pemandu teksi bagitau bahawa mereka memang menghadapi cabaran yang teramat besar sekali. Mereka kata, pada waktu ini, tak pelik kalau berhari-hari satu job pun tak ada. Sewa kereta tetap jalan, minyak dan kos servis kereta semua kena bayar. Inipun belum kira bil kat rumah nak tanggung anak isteri.

Di kawasan Bukit Mertajam sini saja, ada 30-40 buah teksi. Bayangkan kehidupan mereka dan keluarga mereka.

Memandang kepada keadaan ini, saya telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan persatuan teksi kat Bukit Mertajam untuk memberi perkhidmatan pengangkutan PERCUMA kepada warga emas (umur 60 & ke atas), OKU dan wanita mengandung untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 🚖

Percuma untuk penumpang, saya akan bayar kepada pemandu teksi.

Serampang dua mata, win-win. ❤️❤️

Ini satu usaha kecil saya untuk menggalakkan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pada masa yang sama membantu para pemandu teksi di Bukit Mertajam. Saya ambil inspirasi program ini daripada Saudara Anthony Loke Siew F**k yang juga membuat benda yang sama di Seremban.

Jika ada uncle auntie warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas), OKU atau wanita mengandung yang tinggal di kawasan Parlimen Bukit Mertajam perlu pengangkutan untuk pergi ambil vaksin, sila call kami untuk book teksi SEHARI lebih awal sebelum tarikh temu janji vaksin: 04-538 1226 atau 012-411 3539 atau 010-513 6533.

Jom Pi Vaksin!

Bantu saya sebarkan info ini.

(Maaf, buat masa ini, saya hanya mampu tawarkan kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Mertajam sahaja. 🙏)

中文版: https://stevensim.com/2021/06/03/%e4%b8%80%e8%b5%b7%e6%89%93%e7%96%ab%e8%8b%97%ef%bc%81/

தமிழ் பதிப்பு: http://stevensim.com/2021/06/03/jom-pi-vaksin-tamil/

We need to help them!
04/04/2021

We need to help them!

Dapat info awal pagi Ahad ni tentang ibu tunggal dengan 10 orang anak yang hidup dalam susah. Hati saya sayu melihat bagaimana anak-anaknya makan nasi putih berlaukkan bawang cicah kicap hitam dan kuah kari kosong setiap hari.

Sudah jatuh ditimpa tangga, hari ini mereka bakal diusir keluar dari rumah kerana tak mampu bayar sewa. 10 hari sebelum Ramadhan. 😔

15/03/2021

Saya berasa amat gembira menjejak kaki ke rumah pam Autocity hari ini.

Akhirnya projek menangani banjir di kawasan Taman Sri Rambai, Taman Padang Lalang, Taman Mutiara dan Taman Desa Damai berjaya disiapkan.

Sejak saya dilantik menjadi wakil rakyat Bukit Mertajam pada 2013, saya berusaha untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan hotspot. Saya memahami kesusahan penduduk di kawasan banjir sebab saya membesar di Bukit Mertajam, dan dahulunya memang kerap berlaku banjir kilat.

Bersama dengan rakan saya Sdr Bernard Cheen, kami turun menyiasat setiap satu kawasan hotspot dan menyediakan laporan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek menangani banjir.

Bukan mudah, tapi akhirnya, kami berjaya mendapat peruntukan untuk beberapa kawasan hotspot tersebut. Terbaru ialah rumah pam Autocity berkapasiti besar ini. Kini, 3 buah pam yang mampu mengepam 4400 liter/saat setiap satu sudah mula beroperasi. Seluruh projek ini memakan belanja RM16.9 juta.

Selepas berpuluh tahun, saya berharap pembinaan rumah pam ini akan menyelesaikan masalah banjir bagi penduduk di kawasan Taman Sri Rambai, Taman Padang Lalang, Taman Mutiara dan Taman Desa Damai.

I ❤️ BM

---

今天,当我一脚踏上汽车城抽水站时,心里感到非常高兴。

终于,南美园,巴当拉浪花园,珍珠市及帝沙拉迈花园的治水计划完成了。

自从2013年当选为大山脚国会议员,我都在想方设法解决选区内的水患问题。我非常理解水患区居民所面对的困扰与不便,因为我也是在大山脚长大的,以前的确经常发生闪电水灾。

我与陈润辉去调查每一个水灾黑区并向州政府提呈治水建议书。

这是不简单的任务,但是最终我们成功获得拨款推行治水计划。刚刚完成的是这个汽车城的大型抽水站。现在,共有3台大型水泵已经操作,每台排水量每秒4,400公升。整个治水计划耗资16,900,000 零吉。

几十年过去了,我希望这项治水计划将会解决南美园,巴当拉浪花园,珍珠市及帝沙拉迈花园的水患问题。

05/02/2021

Wira kita datang menyelamat!

Semalam Chong Wei call saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah.

Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

Sukacita saya memaklumkan Chong Wei sihat bersama keluarganya.

Berita baik daripada Wira kesayangan kita: Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. "Kam siah!"

Sedih tak dapat beraya bersama Chong Wei tahun ini. Apa-apapun, take care bro.




Lee Chong Wei 李宗伟

Address

Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILovebM 我爱大山脚 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ILovebM 我爱大山脚:

Share