07/06/2020
Alhamdulillah, homestay dibuka untuk tempahan semula 😀
Assalam....Sesiapa berminat membuat tempahan homestay, bleh wassup di
http://wasap.my/60124668527
http://wasap.my/60194582348
Homestay Firdaus terletak di Apartment Casa Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang menawarkan penginapan yang selesa dengan kelengkapan pada harga yang sangat berpatutan.
Terletak di kawasan yang sangat strategik. Berdekatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Butterworth Outer Ring Road (BORR), Jambatan Pulau Pinang, dan Jeti Feri Butterworth.
10 minit ke Jambatan Pulau Pinang,
5 minit ke Safira Club dan Taman Burung,
2 minit ke Masjid Seberang Jaya, Kompleks Renang Seberang Jaya, Taman Rekreasi Seberang Jaya, dan Kedai-kedai makan (Nasi Kandar, Selera Kampung, Restoran Masakan Thai, KFC, McDonalds) serta kedai-kedai runcit juga mudah didapati di sekitar apartment.
Juga Berdekatan dengan UiTM, Politeknik Seberang Perai, PERDA, Shopping Complex: Sunway Carnival, Penang Megamall, AEON BiG, Tesco, Mydin & Lebuhraya Utara Selatan.
Sesuai untuk mereka yang:
- Melancong bersama keluarga yang besar
- Menghadiri majlis konvokesyen / melawat waris di UiTM, Politeknik, dan MRSM berdekatan
- Menghadiri majlis perkahwinan / membawa rombongan pengantin
- Bertugas out-station
- Dalam perjalanan jauh dan memerlukan tempat transit
- Membaikpulih (renovation) rumah dan memerlukan tempat tinggal sementara
Kemudahan:
- 3 bilik tidur yang nyaman (2 katil kelamin + 1 katil bujang). Toto & bantai tambahan juga disediakan)
- Aircond di ruang tamu dan bilik utama
- Kipas angin siling & kipas dinding di semua bilik dan ruang tamu
- Ruang tamu yang selesa
- Ruang makan yang selesa dengan meja makan
- 2 bilik air
- Seterika dan iron board
- TV dengan Njoi
- Peti sejuk
- Cerek elektrik
- Dapur memasak lengkap dengan dapur gas, peralatan memasak dan pinggan mangkuk
- Mesin Basuh dan ampaian
- Sejadah dan tanda arah kiblat
- Tempat parkir kereta berbumbung
Lain-lain kemudahan:
- Pengawal keselamatan
- Kolam renang (boleh mandi bila-bila masa sahaja)
- Gelanggang tenis
- Taman permainan kanak-kanak
- Mini market
- Kedai makan