ORL Ventures - Priceless Experience Adventure

ORL Ventures - Priceless Experience Adventure ORL Ventures - trusted adventure tour operator which base in Cameron Highlands and Gopeng, Malaysia.

Please scan qr code to visit ORL Ventures Instagram.
25/07/2022

Please scan qr code to visit ORL Ventures Instagram.

Open Trip (hanya untuk 12 orang sahaja)22/10 - 27/10 2022Trip leader: Uteh ORLGunung Daik - kebiasaannya hanya kedengara...
14/07/2022

Open Trip (hanya untuk 12 orang sahaja)
22/10 - 27/10 2022
Trip leader: Uteh ORL

Gunung Daik - kebiasaannya hanya kedengaran di dalam pantun Melayu lama, seingat kita hanyalah sebuah tempat yang tiada wujud di bumi ini. Tapi hakikatnya pantun tersebut tidaklah berbohong atau hanya menyatakan satu tempat yang tiada. Gunung Daik dan Pulau Pandan sememangnya wujud.

Wujudnya pantun tersebut adalah sebab setiap kali pelayar Melayu dari Bintan atau Tanah Melayu mahu ke Lingga akan berhenti di sebuah pulau kecil di tengah laut sebelum meneruskan perjalanan ke Lingga. Pulau itu adalah Pulau Pandan dan memang letaknya jauh ke tengah laut. Dari situ akan kelihatan Gunung Daik yang bercabang tiga itu. Setiap puncak itu ada namanya. Puncak Daik, Pengasih dan Cindai itulah nama nama puncak-puncak yang tiga itu.

Secara tepatnya Gunung Daik ini letaknya di daerah Daik di Lingga dalam Kepulauan Riau. Ianya asal adalah sebahagian Tanah Melayu atau Malaysia kerana di sinilah letaknya kawasan pemerintahan kerajaan Johor - Riau - Pahang - Lingga. Selepas perjanjian British dan Belanda maka terbahagilah Johor dan Pahang di dalam Tanah Melayu dan selebihnya menjadi kawasan jajahan Indonesia.

Kesan-kesan sejarah pemerintahan dahulu masih kekal di sini. Maka tidak hairanlah bahawa orang-orang di sini lebih mesra berbahasa Melayu Riau daripada berbahasa Indonesia (bahasa Indonesia adalah asalnya dari tanah Riau ini). Daik, Lingga juga lebih dikenali sebagai Bunda Tanah Melayu bagi orang-orang di sini.

ORL Ventures mempunyai talian yang kuat dengan saudara-saudara Melayu di sana dan setiap tahun akan mengadakan perjalanan ziarah ke Daik Lingga. Pada 2022 ini kami membuka satu perjalanan ziarah ke Daik Lingga selama 6 hari 5 malam untuk kita selami budaya, adat resam serta mendaki ke Gunung Daik yang penuh lagenda itu.

Perjalanan akan bermula dari Johor menuju ke Batam dan seterusnya menuju ke Daik Lingga dan semasa perjalanan pulang kita akan masuk ke Tanjung Pinang di mana ianya adalah satu tempat letaknya Pulau Penyengat yang menyimpan banyak peninggalan sejarah pemerintahan kerajaan Johor Riau Pahang Lingga.

Perjalanan menyelami budaya, adat, sejarah bersama ORL Ventures pada 22 hingga 27 Oktober 2022, satu perjalanan epik yang pasti memberi seribu satu pengalaman yang akan kekal disanubari setiap yang mengikutinya.

Sekali seumur hidup, ibarat perjalanan sirih pulang ke ganggang.

Sila klik link berikut sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan epik ini:

www.wasap.my/60124350530/daiklingga

Apa yang kami buat sebelum mulakan aktiviti?Rutin utamanya adalah memberi taklimat berkaitan dengan aktiviti yang bakal ...
02/07/2022

Apa yang kami buat sebelum mulakan aktiviti?

Rutin utamanya adalah memberi taklimat berkaitan dengan aktiviti yang bakal dilakukan:-

Taklimat keseluruhan aktiviti
Taklimat keselamatan
Taklimat perjalanan
Taklimat flora & fauna
Taklimat geografi setempat

Kami akan memastikan setiap peserta aktiviti mendapat maklumat yang lengkap tentang apa yang bakal dilalui sepanjang beraktiviti. Itu adalah keutamaan kami.

Taklimat yang diberikan selalu lengkap tapi kami keep it 'Short, Sweet & Simple'. Mana ada orang nak layan dengar kita cakap lama-lama. So kami perlu pandai untuk sesuaikan taklimat dengan peringkat usia dan pangkat peserta.

Nampak senang kan? Sebenarnya tidak.

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti bersama ORL Ventures, kami akan meminta ketua kumpulan untuk memeriksa senarai nama a...
02/07/2022

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti bersama ORL Ventures, kami akan meminta ketua kumpulan untuk memeriksa senarai nama ahli yang akan mengikuti trip-trip kami.

Antara dokumen yang sememangnya wajib diperiksa adalah SENARAI NAMA PESERTA, MENGISI BORANG INDEMNITY dan PERMIT AKTIVITI. Selain itu senarai penempatan untuk penginapan juga perlu diperiksa bagi memudahkan pengurusan semasa aktiviti. Memang pening sikit ketua kumpulan bila berurusan dengan kami, tapi kami hanya nak berikan yang terbaik semasa hari kejadian.

Ini Kak Sherry, ketua kumpulan untuk trip Jasar + Rock Garden esok (3 Julai 2022), sedang memeriksa senarai nama pendaki dan juga senarai penempatan penginapan peserta.

Semoga aktiviti esok memberi pengalaman dan makna kepada group Kak Sherry yer.

Thank You dari ORL Ventures 👍👍👍👍👍

Musim Pejor gais!Ramai orang tanya kami, takde harga diskaun ker musim-musim Pejor ni? Mula kami malas nak kasi diskaun ...
10/01/2022

Musim Pejor gais!

Ramai orang tanya kami, takde harga diskaun ker musim-musim Pejor ni? Mula kami malas nak kasi diskaun mengenangkan banyak trip tengah jalan sekarang ni. Tapi disebabkan awal tahun 2022 untuk musim dan azam baru ni, so kami on satu promo khas untuk anda semua.

Harga biasa adalah RM600/boat untuk 4 orang/boat. Ini kali kita kasi deal beli dulu, rafting kemudian pada harga RM500/boat untuk 4 orang/boat. Penjimatan RM100 untuk sebuah boat. Jika beli 2 set hanya RM900 sahaja. Jimat lagi. Jimat dan jimat lagi.

So apa tunggu lagi, tak perlu risau tarikh nak rafting tapi risaukan supaya tawaran ini mampu dirembat secepat mungkin. Jangan lepas bulan Januari 2022 ni tanya lagi yer. Ada diskaun tak? Ada promo tak? Jawabnya memang takde lah. Memang takde!!! Noktah.

Beli cepat jangan terlambat.

Berapa boat boleh jalan dalam masa sehari ek?
Sesi pagi - 11 boats
Sesi petang - 11 boats

Berapa maksimum orang boleh on satu hari?
100 orang untuk satu hari

Ada penginapan tak?
Ada.

Eh banyak ngat soal eh, tekan lah link wasap tu kita sembang kasi bimbang, kira kasi jadi terus la.

www.wasap.my/60124350530/pejor
www.wasap.my/60124350540/pejor

08/01/2022

Trip 1/2022
Kita dapat lihat betapa gembiranya mereka setelah selesai melakukan aktiviti white water rafting bersama dengan kami. Kegembiraan seperti ini adalah sebenarnya memberi kami kepuasaan dalam melaksanakan setiap trip untuk anda.

Ini baru 7 orang, kalau ada 40 orang sekali dalam satu trip, cuba bayangkan kegembiraan dan kekecohan yang bakal berlaku.

Cuma nak bagitau, kami boleh jalankan aktiviti ini dalam satu jumlah yang ramai untuk satu trip. Group private boleh, group open boleh, group besar boleh, group janda boleh, group kak leha pun boleh.

Satu hari kami boleh jalan sehingga 100 orang. 100 orang yer tuan puan. Meh bawa group anda dan lakukan aktiviti ini bersama kami.

Untuk anda, kami buat yang terbaik. Hanya yang terbaik.

Leave your worried, just enjoy the rapids.

White Water Rafting 'must do' before activityStep 1:We welcoming you guys at our partner basecamp in Gopeng. Step 2:Show...
08/01/2022

White Water Rafting 'must do' before activity

Step 1:
We welcoming you guys at our partner basecamp in Gopeng.

Step 2:
Showing around the property and facilities. Parking, toilet, bathroom, surau, gazebo, hut, tent.

Briefing about the Do's and don'ts about the facilities.

Step 3:
Fill up indemnity release statement and medical declaration form. Must be complete by participants, for those under 18 years, parent need to fill up the form on behalf.

Step 4:
Next we will commence safety briefing, paddling techniques, commands, alert and attention during activity. This is the most crucial part before the activity to make sure all participants understand on what will they facing afterward.

Step 5:
Toilet break and left your worried behind.

Step 6:
Onboard and ready to go to starting point at Kuala Jerangat.

Contact us for your next white water rafting trip.
www.wasap.my/60124350530/rafting
www.wasap.my/60124350540/rafting

Leave your worried and enjoy the rapids.

Misi Kampung Insaf - bantuan pasca banjir selesai. Pada 22-26 Disember 2021 & 3&4 Januari 2022, ORL Ventures telah ke La...
03/01/2022

Misi Kampung Insaf - bantuan pasca banjir selesai.
Pada 22-26 Disember 2021 & 3&4 Januari 2022, ORL Ventures telah ke Lanchang untuk misi bantuan pasca banjir bersama seramai 6 orang sukarelawan.

Kronologi:
22/12 - ad hoc arrangement dan taklimat di Gopeng. Perjalanan menuju Lanchang melalui jalan Gombak - Karak.

23/12 - bantuan penghantaran makanan di Taman Mentakab Indah & Kampung Kelubi menggunakan dinghy raft. Sebelah petang masuk ke Kampung Insaf dan membantu beberapa penduduk kampung membersihkan rumah.

24/12 - sambung sesi di Kampung Insaf

25/12 - membantu mencuci dan membersihkan rumah di Tanjung Kerayong, Lebak, Temerloh

26/12 - menghantar sumbangan berupa tikar, toto, makanan ke Kampung Insaf untuk kesemua keluarga

3/1/22 - menyampaikan hajat zakat berupa wang tunai dan makanan kanak-kanak di Kampung Insaf. Selain itu juga menghantar sumbangan Pressure Lantern di Kampung Insaf. Selesai tugasan di Kampung Insaf team kami mencari lokasi untuk tujuan pembersihan rumah. Wrap up! Untuk Lanchang. Mode standby untuk Segamat, Johor.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan wang ringgit, zakat, barangan, tenaga dan idea. Jasa serta baik budi anda tidaklah dapat dibalas oleh kami dan mangsa2, hanya Allah maha mengetahui akan segala kebaikan yang anda semua telah buat.

Dengan ini misi Kampung Insaf, Lanchang secara rasmi telah selesai.

S2F
From stranger to family - ini adalah motto kami.

Duit sumbangan anda telah membantu pergerakan kami seperti berikut:
Makanan dan minuman
Sumbangan wang ringgit kepada mangsa
Sumbangan wang ringgit kepada pasukan sukarelawan yang lain
Belian alatan mencuci dan membersih rumah
Belian waterjet petrol
20 unit pressure lantern
Minyak tanah
Kos-kos pengangkutan (petrol, diesel, tol)

Duit sumbangan telah digunakan dengan sebaik mungkin tanpa ada keciciran di mana-mana. InsyaAllah

Tanpa anda yang menyumbang, tidaklah dapat kami melaksanakan misi bantuan ini.
Tanpa anda, siapalah kami.

Happy 2022 to all! Wish you all the best for the 2022!!!
31/12/2021

Happy 2022 to all!
Wish you all the best for the 2022!!!

Terima kasih group Pak Tam sebab menggunakan khidmat pemanduan ORL Ventutes untuk ke Gunung Brinchang Barat. 18 Disember...
18/12/2021

Terima kasih group Pak Tam sebab menggunakan khidmat pemanduan ORL Ventutes untuk ke Gunung Brinchang Barat.

18 Disember 2021
Guide: Lat, Achin & Jar
Cuaca: hujan, sejuk dan basah.

Terima kasih kepada group Kak Leha Garang kerana menggunakan perkhidmatan daripada ORL Ventures untuk trip ke Puncak 604...
06/12/2021

Terima kasih kepada group Kak Leha Garang kerana menggunakan perkhidmatan daripada ORL Ventures untuk trip ke Puncak 6040 pada 5 Disember 2021

Guided by: Uteh, Lat, Achin

Nak ke sini?
Boleh DM kami terus yer

Puncak 6040, Cameron Highlands, Pahang. Trek santai, view best, mossy terbaik. Nak ke sini?Tahukan nak cari siapa?      ...
05/12/2021

Puncak 6040, Cameron Highlands, Pahang.
Trek santai, view best, mossy terbaik.
Nak ke sini?
Tahukan nak cari siapa?

Address

33, Jalan Besar Tanah Rata
Cameron Highlands
39000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124350540

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ORL Ventures - Priceless Experience Adventure posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ORL Ventures - Priceless Experience Adventure:

Share

Category