Ivy Homestay Cameron Highlands

Ivy Homestay Cameron Highlands Slow holiday in the garden Taman Sedia situated in Cameron Highlands, which is about 1542 feet above sea level. Most of itwas government servants.
(232)

It is consider to be highlands, one of the best in Malaysia. With average temperature 21c, which make it cool whether and almost spring all years. Taman Sedia is one and only Malay village in Cameron Highlands.It was founded in 1969 consisting about 47 houses. The activities in Taman Sedia is catering for Homestay and agriculture, mainly planting Strawberry which is indeed famous in Cameron Highla

nds,

Taman Sedia village situated just about 10 minute walk to Golf Course field with 18 holes. It is also in between the main town of Tanah Rata and second biggest town in Brichang. There was several path of jungle tracking nearby reserved which called Sungai Pauh. From Sungai Pauh, take 30 minute walk toward Tanah Rata. And there would be a natural waterfall, Parit Waterfall.

25/06/2025

Pantun



25/05/2025

Bahasa Cerminan Budaya Bangsa

- Sinar Harian
08 November 2020 08:15am

Keperibadian sesuatu bangsa sering dikaitkan dengan penggunaan dan pengamalan bahasa dalam masyarakat. Dalam bahasa Melayu terdapat ungkapan-ungkapan yang menunjukkan bahawa pewujudan bahasa hendaklah selari dengan tingkah laku orang yang mengucapkan bahasa berkenaan.

Ungkapan inilah yang dikatakan sebagai budi bahasa yang membawa makna perilaku atau tingkah laku yang baik dari segi gerak-geri, tutur kata dan sikap. Sudah menjadi tradisi pendidikan bahasa, bukan sahaja di negara kita malahan di mana-mana negara juga, bahasa dilihat sebagai satu sistem perilaku yang autonomus.

Dalam pengertian masyarakat Melayu tradisional, perkataan ‘bahasa’ boleh juga berdiri sendiri dengan makna “tingkah laku yang sopan”.

Misalnya dalam pergaulan akan muncul tutur kata seperti ini, “dia berbahasa sekali dengan kita”. Jika penilaian yang negatif p**a, maka tutur kata yang timbul ialah, “dia tak tahu bahasa”.

Dengan berkembangnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama pada peringkat persekolahan, maka bahasa kita ini juga digunakan dalam pelbagai bidang pentadbiran dan pengurusan, baik dalam komunikasi bersemuka mahupun secara maya. Kata ‘peradaban’ yang seerti dengan kata tamadun jelas berkaitan rapat dengan kata dasarnya iaitu adab.

Bangsa yang berperadaban atau bertamadun pada asasnya ialah bangsa yang beradab. Kepimpinan tertinggi negara sering melontarkan tentang peri pentingnya modal insan dalam pembangunan negara. Kesepaduan antara bahasa, adab, dan kekayaan rohaniah dengan ketrampilan bermoral dalam kalangan warga menjadi prasyarat kesepaduan pembangunan intelek dan fizikal negara.

Melontarkan mungkin mudah tapi bagaimana p**a dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat? Saat ini kita menyaksikan perubahan yang agak ketara dari segi nilai, pandangan sarwa dan norma hidup masyarakat yang sebahagian besarnya disebabkan rempuhan globalisasi.

Norma hidup yang semakin berubah dengan kepesatan dan perluasan gerbang digital menjadikan penggunaan bahasa semakin tidak terkawal dan secara tidak langsung menjadi api dalam sekam yang semakin merosakkan budaya peradaban bangsa.

Ungkapan bahasa tidak terpisah dengan kata ‘sopan santun’ yang merupakan sinonim hibrid iaitu ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan yang sama maknanya tetapi asal usulnya berbeza. Ungkapan sopan santun merupakan gabungan bahasa Melayu dengan bahasa Arab.

Kata santun berasal dari bahasa Melayu yang diterima pakai dengan meluas dalam alam Melayu membawa maksud ‘lembut’. Bijaksananya cendekiawan terdahulu apabila melihat kata ini bersinonim dengan ‘sopan’ dalam bahasa Arab iaitu ‘soffan’ yang bermaksud ‘halus’. Kedua-dua kata ini digabungkan menjadi sopan santun untuk menonjolkan cerminan karakter masyarakat Melayu yang berpewatakan lembut dan halus.

Kehalusan bahasa Melayu ini juga boleh dilihat daripada penggunaan kata ‘perkasa’, pasti khalayak akan membayangkan perwatakan seseorang yang gagah dan kuat apabila menggambarkan perkataan ini.

Sedangkan dalam masyarakat Melayu terdahulu, perkasa membawa maksud berani dan bijak. Lantaran itulah Hang Tuah dikatakan sebagai seorang Laksamana atau pahlawan Melayu yang berani dan bijak untuk menonjolkan watak keperkasaan ini.



Apabila disentuh tentang hal-hal seputar bahasa, kesantunan yang dikaitkan p**a dengan istilah keperkasaan ini mahu atau tidak, netizen mahupun khalayak awam akan menumpukan perhatian kepada sikap dan perlakuan yang ditonjolkan oleh kepimpinan negara.

Khalayak sering saja membicarakan tentang perlakuan-perlakuan dan tindakan-tindakan yang tidak sewajarnya berlaku dalam sidang Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya sedangkan premis itu merupakan institusi yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Fenomena ini p**a seolah-olah sudah menjadi biasa dan memberikan tanggapan yang kurang molek pada tafsiran rakyat.

Agak memalukan sekiranya situasi yang berlaku dalam sidang-sidang kepimpinan dan pertemuan pemain politik negara ini dijadikan pengukuran kepada peradaban dan kesantunan budi bahasa negara kita.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, di manakah prinsip etika dan etiket apabila munculnya pandemik perlakuan sebegini? Mungkin akan ada pandangan yang mengatakan bahawa terdapat situasi yang kadang kala tidak mampu disampaikan dengan penggunaan bahasa yang santun dan memerlukan perkataan yang agak tegas sebagai penekanan.

Namun harus diingat, ketegasan tidak menyalahi aspek kesantunan dan nilai masyarakat, yang memualkan apabila ketegasan itu diluah dan diterjemahkan dalam bahasa kasar dan kesat yang sama sekali tidak wajar digunakan dalam situasi acara rasmi sebegitu.

Pernahkah kita tanyakan mengapakah budi bahasa itu dikatakan sebagai asas peradaban? Peradaban wujud dengan adanya prinsip kebersamaan semua entiti yang mendirikan sesebuah lingkungan kehidupan manusia.

Prinsip ini bukan sekadar bertujuan memastikan wujud dan berterusannya kehidupan kekeluargaan yang berkembang kepada komuniti dan masyarakat, tetapi membentuk dimensi penglihatan dunia (world-view) yang membawa kepada penentuan sekump**an peraturan untuk mendidik anggota masyarakatnya mengenal dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Masyarakat Melayu sejak turun-temurun mendidik kita dengan mengungkapkan jagalah air muka orang lain dalam sebarang pertuturan dan perlakuan. Dalam bahasa Inggeris juga terdapat ungkapan save face yang membawa makna menjaga nama baik orang lain tetapi konotasi air muka dalam bahasa Melayu lebih mendalam.

Air muka bagi masyarakat Melayu bukan setakat membawa maksud nama baik orang berkenaan sahaja tetapi meliputi pelbagai aspek perkaitan lain seperti didikan yang diterima, ibu bapa, guru dan kaum keluarga malahan komuniti setempat yang melingkungi hidup pelaku juga.

Bidalan Melayu seperti orang berbudi, kita berbahasa dan slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ perlu diperkasa dan dilestarikan kembali dalam masyarakat. Jangan sesekali membiarkan norma digital dan pandemik politik mengganggu gugat lingkaran harmonis kesantunan bahasa dan peradaban bangsa yang terbina sekian lama.

* Tuan Asri Husin ialah Setiausaha Agung Persatuan Penyair Malaysia

Ivy HomestayInap Desa Ivy ( Ivy Homestay Cameron Highlands )Inap desa di dalam taman2 kamar tidur, 2 kamar mandi ( peman...
25/05/2025

Ivy Homestay

Inap Desa Ivy ( Ivy Homestay Cameron Highlands )
Inap desa di dalam taman
2 kamar tidur, 2 kamar mandi ( pemanas air ) dapur, ruangan rehat & santai, ruangan bacaan, Astro ( yang minimum) , cerek air & periuk nasi elektrik, peti sejuk, panggang bbq , alatan masak ( yang minimum) tilam tambahan, seterika & tuala.
Kawasan di Kg Taman Sedia, Tanah Rata

Kapasiti untuk 6 orang sahaja termasuk kanak - kanak

Mohon hubungi Marni 019- 2116284
untuk urusan tempahan Inap Desa Ivy.

20/04/2025
05/04/2025

Address

Cameron Highlands

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ivy Homestay Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share