21/08/2020
𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉: Allah s.w.t telah berfirman berkenaan Hijrah didalam Surah Annisaa ayat 100 yang berbunyi,
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّـهِ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا•
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Hijrah ada dua perspektif:
1. Hijrah fizikal: Perpindah dari suatu tempat yang berbahaya & mengancam keselamatan ke tempat yang lebih selamat & aman.
2. Hijrah Maknawi: Berpindahnya seseorang itu dari keburukan menuju kepada Kebaikan dan amal soleh.
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kepada Allah dan RasulNya maka 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kepada Allah dan RasulNya, dan siapa yang 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 mengikut apa yang dia 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 kepadanya”.