03/09/2026
𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓, 𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝑳𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒔𝒎𝒊 𝑻𝑫𝑨 𝒌𝒆 𝑴𝑹𝑨𝑵𝑻𝑰
Technology Depository Agency Berhad (TDA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi.
Delegasi TDA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohamad Rafidi Mat Dahan, bersama Pengarah Kanan, En. Azrizal Marzaki serta wakil TDA. Sesi perbincangan bersama pihak MRANTI dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, En. Mohd Safuan Mohd Zairi.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pembangunan ekosistem teknologi dan inovasi, pengkomersialan teknologi, pembangunan kapasiti syarikat tempatan serta penglibatan industri dalam inisiatif strategik Kerajaan. Pertemuan ini turut membuka ruang untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang dapat menyokong pembangunan teknologi dan keupayaan industri tempatan.
*F