Irwan Tour Malaysia

Call Directions Website Contact the business

kepakaran kami adalah membantu membentuk organisasi swasta, kerajaan, universiti, staf dan para pegawai menjalin hubungan mesra dan gembira sambil lalalalala dengan merealisasi dan menzahirkan empat asas unsur insani secara semulajadi yang dirumuskan di dalam model pembentukan pasukan dan digariskan melalui panduan 7 Prinsip Kejayaan Kehidupan Alquran Dan Sunnah " ...

Sumber : MyBIS Dari Pokok ke Pinggan: Nikmati Kepelbagaian Pisang Malaysia!Malaysia kaya dengan pelbagai spesies pisang,...
16/09/2026

Sumber : MyBIS
Dari Pokok ke Pinggan: Nikmati Kepelbagaian Pisang Malaysia!

Malaysia kaya dengan pelbagai spesies pisang, daripada saiz kerdil hingga ke saiz gergasi. Sama ada dimakan terus atau diolah dalam masakan tradisional, setiap jenis pisang mempunyai tekstur dan rasa tersendiri.

Antara pisang yang boleh terus dimakan mentah ialah:

✅Pisang Mas/Emas
✅Pisang Berangan
✅Pisang Cavendish
✅Pisang Raja
✅Pisang Rastali

Pisang yang perlu dimasak p**a terdiri daripada:

✅Pisang Nipah/Abu
✅Pisang Tanduk
✅Pisang Nangka
✅Pisang Awak

Kepelbagaian spesies kultivar pisang ini bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi juga sebagai warisan khazanah biodiversiti yang perlu terus dijaga.

🔥 MALAM NI KITA MULA!Bukan sekadar guna AI…🤖 Bina AI Marketing Team anda - AI yang boleh bekerja bersama anda.🕘 Mula 9:0...
25/08/2026

🔥 MALAM NI KITA MULA!

Bukan sekadar guna AI…

🤖 Bina AI Marketing Team anda - AI yang boleh bekerja bersama anda.

🕘 Mula 9:00 PM malam ni
💻 Live Zoom
🎥 Rakaman disediakan
👥 Support Group

23/08/2026

Bagaimana AI boleh digunakan untuk bina AI Marketing System?

🔥 2 HARI LAGI!

Ramai sekarang dah guna AI untuk tanya soalan, buat content dan copywriting.

Tapi dalam Masterclass ni, kita akan pergi ke tahap seterusnya 👇

1️⃣ Bina AI Skills
Bina AI untuk buat tugas marketing yang spesifik.

2️⃣ Orchestration & Autonomous AI
Belajar bagaimana beberapa AI Skills boleh bekerja bersama dalam satu workflow.

3️⃣ AI Meta Ads Setup
Apply AI dalam workflow sebenar untuk bantu setup dan ex*****on Meta Ads.

📅 25 - 27 Ogos 2026
🕘 9:00 PM - 11:00 PM
💻 Live Zoom
🎥 Rakaman disediakan
👥 Support Group

🔥 Harga promo RM99 sahaja
Harga normal RM299

⚠️ Terhad 100 peserta sahaja.

Kalau rasa benda ni relevant dengan kerja atau bisnes anda, boleh join sekali 👇

👉

🇲🇾 WACANA PATRIOTIK: PENUBUHAN MALAYSIA DAN PERPADUAN NASIONAL 🇲🇾Program ini bertujuan untuk mengupas sejarah penting di...
16/08/2026

🇲🇾 WACANA PATRIOTIK: PENUBUHAN MALAYSIA DAN PERPADUAN NASIONAL 🇲🇾

Program ini bertujuan untuk mengupas sejarah penting di sebalik penubuhan negara kita serta memupuk, memelihara dan memperkukuh semangat perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh : 6 September 2026 (Ahad)
🕒 Masa : 8.00 Malam - 10.00 Malam
📍 Medium : Google Meet

🔗 Pautan Pendaftaran / Penyertaan:
https://forms.gle/45NQenfh3V6DNwPY7

📌 Kehadiran adalah sangat dialu-alukan bagi mendalami nilai sejarah dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme serta perpaduan bersama.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

👤FAKHRUL https://wa.me/601111030288

Sekian, terima kasih

Light of Al-Fateh (LOAF)
Dengan Kerjasama
Persatuan Generasi Mumtaz (PGM) &
Parti Belia Sejahtera Malaysia (PRISMA)

Thailand : G***a Rekreasi Diharamkan atau Bagaimana?
12/08/2026

Thailand : G***a Rekreasi Diharamkan atau Bagaimana?

CITRAWARNA 2026🚧 Heading to Citrawarna 2026? Plan ahead and join the celebration! 🇲🇾✨*Just 8 days until Citrawarna 2026!...
22/07/2026

CITRAWARNA 2026

🚧 Heading to Citrawarna 2026? Plan ahead and join the celebration! 🇲🇾✨

*Just 8 days until Citrawarna 2026!* Before you make your way to Merdeka Square, be sure to check the temporary road closures and plan your journey in advance for a smoother experience.

📍 Merdeka Square, Kuala Lumpur
📅 24–26 July 2026

🚆 Plan ahead, arrive early, and let the rhythm, colours, and traditions of Malaysia take you on an unforgettable journey.

For more details 👉🏻https://www.instagram.com/malaysia.truly.asia

The Rhythm. The Soul. The Nation. 🇲🇾

In conjunction with KL Festival, Badan Warisan Malaysia is hosting a series of talks on Kuala Lumpur history throughout ...
03/05/2026

In conjunction with KL Festival, Badan Warisan Malaysia is hosting a series of talks on Kuala Lumpur history throughout the month of May 2026. Do check out our full line of talks by eminent speakers and we look forward to seeing you there!

Admission is free, please register your attendance via the Google Form - https://forms.gle/Lbyni3NVA1czowmz9

Venues:
1. Wisma Maran - Workplace at The River (W@TR), Level 1, Wisma Maran, 28 Medan Pasar, 50050 Kuala Lumpur (nearest LRT: Masjid Jamek)

2. KLSCAH - Kong Choi Exhibition Room, 1st floor, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur (nearest Monorail: Maharajalela)

3. Rumah Tangsi - Mayor’s Courtyard, No. 11 Jalan Tangsi, 50480 Kuala Lumpur (nearest LRT: Masjid Jamek)

4. Badan Warisan Malaysia - 2 Jalan Stonor, 50450 Kuala Lumpur (nearest MRT: Conlay)





Sukacita dimaklumkan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Hussin Fauzi Farm akan meng...
03/05/2026

Sukacita dimaklumkan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Hussin Fauzi Farm akan mengadakan Pameran Haiwan Eksotik yang menghimpunkan lebih 40 ekor haiwan merangkumi spesies mamalia, reptilia dan burung.

Jangan lepaskan peluang berkenalan dan berinteraksi dengan California King Snake, Sudan Plated Lizard, African Bull Frog, Syrian Hamster, Abbysian Guinea Pig, Poland Chicken dan banyak lagi rakan-rakan mereka yang datang dari serata pelusuk dunia.

Luangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti mewarna, menonton video dan membaca buku berkaitan tema pameran. Turut memeriahkan acara, antaranya booth Muzium Zoologi UM, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), ayam serama dan ikan laga.

Jom ke PAMERAN HAIWAN EKSOTIK, pada 17-18 MEI 2026 ini, di DEWAN ANGSANA, APM, UM. Kenali dan sayangi mereka ..

Tahukah anda tahap kemanisan buah-buahan sebenarnya boleh diukur menggunakan nilai °Brix? Nilai °Brix merujuk kepada jum...
30/04/2026

Tahukah anda tahap kemanisan buah-buahan sebenarnya boleh diukur menggunakan nilai °Brix?

Nilai °Brix merujuk kepada jumlah pepejal terlarut terutamanya gula, dalam isi buah yang menentukan tahap kemanisannya. Semakin tinggi nilai °Brix, semakin manis rasa buah tersebut.

Buah-buahan tempatan mempunyai julat kemanisan yang berbeza. Buah dalam kategori buah segar berair seperti jambu air dan belimbing lazimnya mempunyai nilai bawah 10°Brix kerana kandungan air yang tinggi.

Seterusnya, buah dalam kategori sederhana segar seperti betik, tembikai dan jambu batu berada dalam julat 7 hingga 14°Brix.

Buah dalam kategori manis seperti mangga, nanas, markisa dan rambutan p**a mencatat nilai antara 13 hingga 23°Brix.

Manakala buah dalam kategori sangat manis seperti durian dan nangka mencatat nilai tertinggi sekitar 25 hingga 32°Brix, menjadikan durian antara buah tempatan paling manis.

Tahap kemanisan buah bukan sahaja bergantung kepada jenis buah, malah turut dipengaruhi oleh tahap kematangan, varieti atau genetik tanaman serta faktor persekitaran seperti lokasi penanaman, cuaca dan kaedah penyimpanan.

Untuk memahami dengan lebih jelas julat kemanisan setiap buah tempatan dan faktor yang mempengaruhinya, rujuk infografik yang disediakan

sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Hari ini 43 tahun yang lalu, larangan terhadap orang Islam Malaysia untuk memasuki kasino di Genting Highlands dikuatkua...
13/04/2026

Hari ini 43 tahun yang lalu, larangan terhadap orang Islam Malaysia untuk memasuki kasino di Genting Highlands dikuatkuasakan, menurut Arkib Negara Malaysia.

Pusat perjudian di Genting Highlands mendapat lesen pengoperasiannya pada 1969, tahun yang sama selepas batu asas pembinaan hotel tanah tinggi itu diletakkan. Hotel pertama di Genting Highlands itu, diberi nama Highlands Hotel, siap pada 1971.

Polemik pentadbiran Islam pada akhir 70-an/awal 80-an membawa kepada pengumuman pada September 1982 bahawa kasino Genting akan ditutup & langkah pertama bermula dengan larangan terhadap orang Islam daripada masuk ke sana. Menjelang Januari 1983, pekerja-pekerja beragama Islam dikeluarkan dari kasino itu secara berperingkat.

Pada 1 Jun 1983, diisytiharkan bahawa orang Islam tak lagi boleh memasuki kasino Genting bermula 8 Jun itu. Menteri Besar Pahang ketika itu Datuk Najib Razak memaklumkan bahawa Sultan Pahang, yang juga YDP Agong ketika itu, telah menandatangani surat perintah untuk langkah itu dilaksanakan.

Larangan itu dikuatkuasakan oleh kakitangan pemeriksa dari Jabatan Agama Islam Pahang bersama pengurusan Genting. Pemeriksa ditempatkan di pintu masuk untuk memeriksa kad pengenalan pengunjung yang mahu memasukinya & dalam kasino sepanjang ia dibuka.

Menurut laporan juga, papan tanda larangan dirancang untuk dipasang & sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda sehingga $250, atau 3 bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Pada peringkat awal penguatkuasaan larangan ini, hanya orang Islam warganegara Malaysia sahaja yang diharamkan daripada memasuki pusat perjudian tanah tinggi tersebut, memandangkan sukar untuk mengenal pasti warganegara asing beragama Islam.

Pusat perjudian di Genting Highlands adalah satu-satunya kasino yang sah di negara ini. Kini di dalamnya ada 2 cawangan kasino utama, Genting Casino (di Genting Grand Complex) & SkyCasino (di SkyAvenue Mall).

Gambar: Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 1 Jun 1983 yang memetik laporan Bernama.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Mingguan Malaysia, The Straits Times, Bernama, Genting, Hulutrip

Address

Gopeng White Water Rafting
Gopeng
31600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irwan Tour Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Irwan Tour Malaysia:

Shortcuts

Share