Masjid Mukim Kuala Betis

Call Directions

Masjid Mukim Kuala Betis Selamat datang ke page rasmi Masjid Mukim Kuala Betis

29/09/2026Ceramah berkaitan adab dan sunnah ketika ziarah orang sakit, ketika hampir mati dan ketika menguruskan jenazah...
30/09/2026

29/09/2026
Ceramah berkaitan adab dan sunnah ketika ziarah orang sakit, ketika hampir mati dan ketika menguruskan jenazah bersama Al-Fadhil Ustaz Masri Che Yusoff.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidurrasulperingkat masjid kita yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar ...
22/08/2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidurrasul
peringkat masjid kita yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hassan bin Che Bedolah atas perkongsian Tazkirah Maghrib yang cukup bermanfaat

Mengingatkan kita untuk sentiasa menghidupkan sunnah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Pihak pengurusan masjid juga merakamkan jutaan terima kasih buat para Jemaah atas kehadiran dan sokongan memeriahkan majlis ini. Tak lupa juga AJK masjid atas komitmen dan kelancaran pengurusan majlis. Lebih-lebih lagi kepada pihak muslimat yang bertungkus-lumus menyediakan hidangan jamuan untuk menjayakan majlis ini.

Semoga segala rezeki, tenaga, dan masa yang disumbangkan dibalas dengan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad.

16/06/2026
Insyaa Allah. Pakat hadir belako. 😁
08/06/2026

Insyaa Allah. Pakat hadir belako. 😁

Alhamdulillah. Pihak Masjid Kuala Betis ingin memanjatkan rasa syukur dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pi...
31/05/2026

Alhamdulillah. Pihak Masjid Kuala Betis ingin memanjatkan rasa syukur dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak (ahli jawatankuasa masjid, para sukarelawan, pihak bomba dan lain-lain) yang turut bertungkus-lumus memerah keringat demi menjayakan program Agihan Daging Korban pada hari ini, 31 Mei 2026. Terutamanya kepada EZ Qurban dan Persatuan An'nisa, atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid ingin memohon maaf kepada mana-mana penduduk atau keluarga yang tidak dapat menerima agihan daging pada kali ini. Oleh kerana kuantiti daging korban yang kami terima adalah amat terhad, agihan terpaksa diutamakan kepada sasaran dan kuantiti yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan serta keterbatasan ini, dan insya-Allah kami akan berusaha memperbaiki gerak kerja pada masa akan datang.

27/05/26Suasana solat aidiladha dan penyembelihan 3ekor lembu korban masjid.
27/05/2026

27/05/26

Suasana solat aidiladha dan penyembelihan 3ekor lembu korban masjid.

Pakat mari awal esok, kita pakat bertakbir dan solat sunat aidiladha.
26/05/2026

Pakat mari awal esok, kita pakat bertakbir dan solat sunat aidiladha.

📢 MAKLUMAN AGIHAN DAGING KORBAN 📢Assalamualaikum w.b.t kepada semua ahli kariah yang dirahmati Allah. Alhamdulillah, pih...
25/05/2026

📢 MAKLUMAN AGIHAN DAGING KORBAN 📢

Assalamualaikum w.b.t kepada semua ahli kariah yang dirahmati Allah. Alhamdulillah, pihak Masjid akan mengadakan program agihan daging korban bagi tahun ini. Semua ahli kariah dijemput hadir untuk menerima agihan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 31/05/2026 Ahad
Masa: 8:30 pagi - 12 tengahari
Tempat: Masjid Mukim Kuala Betis

Mohon patuhi masa yang ditetapkan bagi melancarkan urusan petugas. Semoga usaha kecil ini mendapat reda Allah SWT. Sekian, harap maklum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran program anjuran masjid kita ini. Mewakili pihak pengurusan, ka...
23/05/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran program anjuran masjid kita ini. Mewakili pihak pengurusan, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada anak mukim yang sudi hadir walaupun dalam keadaan hujan. Dari kampung lebur, lalang dan kuala betis sendiri.

Semangat kebersamaan dan sokongan tuan-puan dalam memakmurkan majlis ilmu amatlah kami hargai.

Sekalung Penghargaan Istimewa Turut Ditujukan Kepada:

YB Dato’ Mohd Syahbuddin atas kesudian melapangkan masa untuk turut hadir menyantuni jemaah, serta jutaan terima kasih atas sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan.

Al-Fadhil Ustaz Masri Al-Munufi selaku penceramah jemputan kita. Jazakumullahu khairan kasira atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat buat semua.

Tidak lupa juga barisan AJK & Para Penyumbang, kejayaan majlis ini tidak akan tercapai tanpa keringat para Ahli Jawatankuasa dan keprihatinan para penyumbang yang telah banyak berkorban tenaga, masa, serta wang ringgit bagi menjayakan program ini.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik, kehadiran, dan sumbangan semua pihak dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diluahkan rezeki yang berkat. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲✨

Assalamualaikum w.b.t. muslimin dan muslimat! Dijemput hadir beramai-ramai untuk mengimarahkan Majlis Ilmu & Penyampaian...
15/05/2026

Assalamualaikum w.b.t. muslimin dan muslimat! Dijemput hadir beramai-ramai untuk mengimarahkan Majlis Ilmu & Penyampaian Khas yang akan berlangsung di Masjid Mukim Kuala Betis.
Program bermanfaat ini dianjurkan dengan kerjasama daripada pertubuhan sejahtera insani kelantan bagi menyemarakkan lagi majlis ilmu di kariah kita.
Mari bersama-sama meluangkan masa untuk menimba ilmu daripada dua sesi ceramah istimewa yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Masri Che Yusoff.

Bagi para jemaah yang ingin melakukan amal jariah, saluran sumbangan turut disediakan melalui imbasan DuitNow QR atau sumbangan terus ke akaun Bank Islam (03063010015271) dan Bank Muamalat (03070000003714).

Ayuh lapangkan masa, ajak keluarga serta sahabat handai untuk sama-sama hadir ke taman syurga dunia ini. Semoga langkah kita ke masjid ini diberkati dan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

Address

Kuala Betis
Gua Musang
18300

Telephone

+601114544290

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Kuala Betis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share