Umrah Suci Jiwa

Umrah Suci Jiwa Saya merupakan Senior Consultant Juara Travel. Saya menguruskan umrah jemaah.

20/11/2020

Sambil-sambil kita nantikan berita terkini, kita dengar dulu lah dakwah kami ni

asSalam semua ... ni saja nk bgi update umrah terkini yang sohih dari Juara Travel...1-   Bilakah tarikh jangkaan penerb...
10/11/2020

asSalam semua ... ni saja nk bgi update umrah terkini yang sohih dari Juara Travel...

1- Bilakah tarikh jangkaan penerbangan Umrah akan bermula bersama Juara Travel & Tours Sdn Bhd?

Jawapan:
InsyaAllah, akan bermula pada Februari 2021. Namun, keputusan ini tetap berpandukan kepada situasi semasa mengenai keputusan pembukaan semula perjalanan Umrah di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi atas sebab negara Malaysia masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

2- Ada keyakinan ke pintu Umrah akan dibuka bulan Januari 2021?

Jawapan:
Pada peringkat awal dengan merujuk sumber haramain.info/Saudi Gazette, perancangan untuk
membenarkan pelaksanaan Umrah akan diumumkan secara berperingkat oleh Kerajaan Arab Saudi.

Bermula Selasa, 15 September 2020, Kerajaan Arab Saudi akan mengangkat sebahagian daripada sekatan kemasukan antarabangsa. Kebenaran hanya diberikan kepada beberapa warganegara Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta bukan warganegara Arab Saudi berpandukan kepada langkah pematuhan pencegahan Covid-19.

Kerajaan Arab Saudi akan mengumumkan cadangan mengangkat sekatan kemasukan sepenuhnya di semua pintu masuk 30 hari sebelum tarikh 1 Januari 2021.

Seterusnya, perkembangan terkini dengan merujuk kenyataan Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 23
September 2020 menyatakan Kerajaan Arab Saudi Umum Kebenaran Menunaikan Umrah bermula 04 Oktober 2020 bagi warga Arab Saudi dan 01 November 2020 bagi warganegara luar. Malaysia akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan Umrah.

Berdasarkan kenyataan itu, Pembukaan Semula Ibadat Umrah di Tanah Suci Makkah ada 4 Fasa:

Fasa 1, akan membenarkan rakyat Arab Saudi dan yang bermastautin Saudi untuk menunaikan umrah dengan jumlah 6,000 jemaah sehari, mulai 4 Oktober 2020.

Fasa 2, akan meningkatkan kapasiti Masjidil Haram meliputi jumlah 15,000 jemaah umrah dan 40,000 jemaah solat sehari, mulai 18 Oktober 2020.

Fasa 3, akan membenarkan jemaah dari luar negara menunaikan umrah, bermula 1 November 2020, membabitkan kapasiti 20,000 jemaah umrah dan 60,000 jemaah solat sehari.

Fasa 4, dengan kebenaran penuh apabila risiko pandemik telah diatasi.

3- Bagaimana dengan SOP pelaksanaan Umrah Fasa ke-3 & Fasa ke-4 yang membenarkan jemaah dari luar negara menunaikan umrah, bermula 1 November 2020 dan seterusnya?
- Sebelum pergi
- Semasa di Tanah Suci
- Selepas pulang

Jawapan:
Merujuk pekeliling daripada Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi berkaitan dengan SOP pelaksanaan Umrah Fasa ke-3 Musim Umrah 1442H yang bermula 1 November 2020 bagi Jemaah Umrah Luar Negara, terdapat beberapa peraturan yang di tetapkan seperti di bawah:

1) Umur: Jemaah berumur dalam lingkungan 18-50 tahun sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan Ibadah Umrah.
2) Ujian ‘SWAB’ Test Covid-19: Jemaah perlu menjalani Ujian SWAB di Hospital/Klinik yang diiktiraf dan ujian perlu dijalankan dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke Arab Saudi dan berstatus negative dan bebas dari jangkitan.
3) Aplikasi I’Tarmana: Jemaah perlu mendaftar di aplikasi yang disediakan untuk melakukan aktiviti seperti Umrah dan Solat di Masjidil Haram, Ziarah Masjid Nabawi dan Solat di dalam Raudhah.
4) Tiket Penerbangan Pergi & Pulang: Pihak syarikat perlu menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik.
5) Penginapan: Jemaah perlu berkuarantin selama 3 hari apabila tiba di Arab Saudi.
6) Had Tempoh Visa Umrah: Dihadkan hanya 10 hari sahaja untuk bermukim di Makkah untuk Umrah dan di Madinah.

Oleh itu, negara-negara yang dibenarkan untuk masuk ke Arab Saudi bagi menunaikan Umrah dikendalikan oleh Kementerian Luar Negara Arab Saudi dengan penyelarasan Kementerian Kesihatan Arab Saudi secara berkala. Langkah-langkah ini diterbitkan agar ianya mematuhi langkah pencegahan kepada negara-negara tersebut.

Namun, bagi pihak Kerajaan Malaysia sendiri tidak bercadang membenarkan jemaah Malaysia mengerjakan ibadah umrah dalam tempoh terdekat ini, kata YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dengan merujuk keratan Berita Harian pada 03 November 2020. Perdana Menteri berkata, ketetapan itu selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 03 November 2020. Beliau berkata, perkara itu dibuat atas nasihat KKM, untuk tidak membenarkan jemaah Malaysia menunaikan ibadah itu, meskipun Arab Saudi mula membenarkan umrah dijalankan selama 10 hari.

Bagi pihak Juara Travel sendiri, mengambil pendekatan lebih selamat dan selesa buat Jemaah Umrah yang tertangguh sebelum ini dengan memulakan perjalanan pada Fasa 4 dengan kebenaran penuh apabila risiko pandemik telah diatasi. Namun demikian, langkah pihak Juara Travel ini masih mengambil kira keputusan kerajaan Malaysia samada akan menamatkan atau melanjutkan tempoh PKPP yang akan berakhir pada 31 Disember 2020. Seandainya kerajaan Malaysia mengambil keputusan menamatkan PKPP pada tarikh tersebut dan membenarkan rakyat untuk terbang ke luar negara selepas tarikh itu maka, pihak Juara Travel membuat ketetapan untuk memulakan penerbangan Umrah pada 28 Februari 2021 dan seterusnya setelah mengambil kira semua persediaan seperti proses urusan tiket penerbangan, perkhidmatan hotel di Tanah Suci dan pengurusan visa umrah.

4- Adakah akan ada kenaikan pada harga pakej Umrah bagi jemaah baru selepas ini?

Jawapan:
Pihak Juara Travel sendiri tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan kos Umrah bagi jemaah baru kerana turut mengambil kira kos penambahbaikan aspek keselamatan dan kesihatan akibat Covid-19 termasuk kos ujian saringan Covid-19 serta beberapa kos tambahan lain yang akan diperhalusi kemudian berdasarkan keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Pihak Juara Travel sendiri akan berusaha sebaik mungkin untuk mengawal kenaikan harga tersebut agar tidak membebankan para jemaah.

5- Adakah akan ada kenaikan pada harga pakej Umrah bagi jemaah yang telah tertangguh perjalanannya sebelum ini?

Jawapan:
Pihak Juara Travel sendiri tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan kos Umrah bagi jemaah yang tertangguh perjalanannya sebelum ini kerana turut mengambil kira kos penambahbaikan aspek keselamatan dan kesihatan akibat Covid-19 termasuk kos ujian saringan Covid-19 serta beberapa kos tambahan lain yang akan diperhalusi kemudian berdasarkan keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Pihak Juara Travel sendiri akan berusaha sebaik mungkin untuk mengawal kenaikan harga tersebut agar tidak membebankan para jemaah yang telah tertangguh sekian lama dengan cuba untuk meminimumkan kos kenaikan berkenaan.

6- Adakah Deposit yang jemaah bayar RM100 akan dipulangkan sekiranya penerbangan Umrah ditangguhkan?

Jawapan:
Pihak Juara Travel memberi jaminan bahawa bayaran deposit RM100 akan dikembalikan sepenuhnya jika masih berlaku penangguhan Umrah untuk penerbangan Umrah tahun
2021 bagi jemaah yang baru mendaftar (yang tidak terlibat dengan penangguhan sebelum ini).

7- Apakah jaminan pihak Juara tentang keselamatan para jemaah ketika menunaikan Umrah nanti?

Jawapan:
Pihak Juara Travel menyediakan perlindungan etiqa takaful berkelompok sehingga RM500,000 seperti mana peruntukan Peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Setakat ini takaful berkelompok ini tidak termasuk perlindungan Covid-19 di mana para jemaah disarankan untuk mengambil insuran perjalanan tambahan bagi melindungi diri dari sebarang kemungkinan sepanjang mengikuti pakej. Para jemaah bebas memilih syarikat insuran yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri sendiri. Pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa berkaitan dengan takaful berkelompok ini seandainya termasuk perlindungan Covid-19 setelah pintu Umrah kembali di buka nanti.

30/09/2020

Ramai yang ternanti nanti untuk pergi menjadi tetamu Allah. Apa pun Kena tunggu keputusan rasmi daripada kerajaan Malaysia dahulu utk membenarkan penerbangan Umrah. Malaysia masih dlm tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020. 😊

Berikut adalah terjemahan dari website kerajaan Arab Saudi ...

PENGUMUMAN UMRAH TERKINI (29/09/2020) credit Hj Ahmad Faisal

SYARAT BAHARU UNTUK UMRAH (domestik):-
1. Hanya mereka dalam kumpulan umur 18-65 sahaja dibenarkan melaksanakan umrah di peringkat permulaan
2. Tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Haram kecuali selepas mendaftar dalam Aplikasi Umrah*
3. Permit umrah dikeluarkan secara percuma
4. Melalui apps ini, Kementerian akan menyediakan peluang pengangkutan dan penginapan
5. Pusat Pengasingan akan diletakkan di hotel-hotel bagi mereka yang bergejala
6. Penyusunan alternatif akan dibuat kepada mereka yang menghadapi masalah mendaftar melalui apps
7. Jemaah umrah akan dibahagikan kepada 12 kumpulan setiap satu dalam tempoh 24 jam, dan dibenarkan masa 3 jam setiap satu dan akan diiringi oleh Pegawai Kesihatan.

BERKAITAN UMRAH ANTARABANGSA:-

1. Keputusan akhir kuota setiap negera akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan selepas menetapkan syarat dan penentuan Negara yang Bebas-Risiko dalam minggu hadapan,
2. Kementerian Haji dan Umrah akan mewujudkan laluan khas untuk Jemaah Umrah/Haji Antarabangsa.
3. Kementerian sedang berusaha untuk mengelakkan pegawai fizikal dan mendayakan pendaftaran Haji/Umrah melalui apps rasmi Kerajaan

(*p/s: cuba lihat apps Tawakkalna di playstore)

AsSalam semua.. lama menyepi hukhukhuk.. Ura2 umrah nak buka balik. Jadi pastikan travel agen yang mempunyai pendaftaran...
25/09/2020

AsSalam semua.. lama menyepi hukhukhuk..

Ura2 umrah nak buka balik. Jadi pastikan travel agen yang mempunyai pendaftaran LKU .. Lesen Khas Umrah ajer yer ..

Cukup2 la terjebak...

Bawah ni link utk diperiksa samada agensi umrah tuan/puan berdaftar dan mempunyai lesen sah..

"Senarai Syarikat Mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah Bagi Tahun 1440 Hijrah - Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia"

Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC, Pelancongan, Seni, Budaya

ADA LEBIH KURANG 67 Hari lagi utk Raya Aidul Adha ... moga dibuka segera
27/05/2020

ADA LEBIH KURANG 67 Hari lagi utk Raya Aidul Adha ... moga dibuka segera

13/05/2020

Berapa tebal pun lapisan, Rasulullah tetap bangun dan menjawab salam kita semua ... AllahumuaSolliAlaik

08/05/2020

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Ustaz Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Sekarang memang kena sentiasa jagakan kesihatan, dan ada sehingga perlu memakai penutup muka. Dalam ihram boleh ke menut...
27/04/2020

Sekarang memang kena sentiasa jagakan kesihatan, dan ada sehingga perlu memakai penutup muka. Dalam ihram boleh ke menutup muka untuk tujuan kesihatan?
Jangan risau Juara sudah berikan jawapan pada anda!
Soal jawab haji dan umrah


23/04/2020

AsSalam semua ...
Buat pelanggan terbaikku... “Selamat menjalani ibadah puasa. Moga Allah tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita serta menerima amalan baik kita...Ramadhan Mubaraq .. Maaf zahir dan batin.”

Address

LOT4321, LAMAN KESUMA, HULU LANGAT
Hulu Langat
43100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Suci Jiwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Suci Jiwa:

Share

Category