Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin

Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin

10/02/2025

GABUNGAN ANAK TELUK INTAN PRIHATIN
ISU BEKALAN AIR: TIADA MAKLUM BALAS DARI PEJABAT DAERAH DAN KERAJAAN NEGERI PERAK

Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin meluahkan rasa kecewa terhadap kelewatan dan ketidakjelasan maklum balas daripada Pejabat Daerah serta kerajaan negeri Perak dalam menyelesaikan isu bekalan air yang berlarutan di kawasan ini.

Sehingga kini, penduduk masih mengalami gangguan bekalan air yang serius, menjejaskan kehidupan harian, perniagaan, dan institusi penting seperti sekolah dan pusat kesihatan. Keadaan ini bukan sekadar menyusahkan, tetapi juga mencetuskan kebimbangan terhadap kebersihan, kesihatan, dan keselamatan penduduk.

Kami menyeru agar pihak berkuasa berkaitan tampil segera dengan penyelesaian yang jelas dan berkesan. Maklum balas yang lambat atau tidak diberikan langsung hanya meningkatkan kegelisahan rakyat yang sudah lama menanggung kesan daripada isu ini.

Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin menuntut:

1. Penjelasan rasmi dan telus mengenai status sebenar isu bekalan air serta tindakan yang telah dan akan diambil.

2. Pelan tindakan segera untuk mengurangkan impak kepada penduduk, termasuk penyediaan lori tangki air secara berkala dan lebih teratur.

3. Jaminan penyelesaian jangka panjang agar masalah ini tidak berulang dan rakyat tidak terus menjadi mangsa kelemahan pengurusan.

Kami berharap kerajaan negeri dan Pejabat Daerah tidak berdiam diri dalam isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin
Tarikh: 10.2.2025

Perhatian Kepada Penduduk Di Kawasan Berikut- Changkat Jong, Kg Batu 7, Kg Batu7 1/2, Kg Batu 8, Kg Batu 9- ⁠Kg Guru Lan...
01/12/2024

Perhatian Kepada Penduduk Di Kawasan Berikut

- Changkat Jong, Kg Batu 7, Kg Batu7 1/2, Kg Batu 8, Kg Batu 9
- ⁠Kg Guru Langkap, Jln Changkat Jong
- ⁠Kg Kebun Limau
- ⁠Kg Batu 6 Taman Maharani
- ⁠Kg Selabak Luar
- ⁠Kg Selat Manggis
- ⁠Kg Merdeka
- ⁠Kg Glouster
- ⁠Blok 5a Chenderong Balai
- ⁠Kg Tukang Sidin
- ⁠Jalan Klinik, Chikus
- ⁠Sg Kerawai
- ⁠Parit Pembuang
- ⁠Labu Kubong, Taliair 1, Parit 3, Sg Manik
- ⁠Lorong Mesra, Kg Batu 3, Jalan Changkat Jong

Sila pindahkan kenderaan dan barang berharga.

Air Pasang Besar dijangka akan berlaku pada bulanNovember ini dalam tempoh selama lima (5) hari bermula pada 13hb hingga...
10/11/2024

Air Pasang Besar dijangka akan berlaku pada bulanNovember ini dalam tempoh selama lima (5) hari bermula pada 13hb hingga 17hb November 2024 (Rabu hingga Ahad) dengan paras air tertinggi adalah 3.40 meter.

Cadangan yang baik untuk memanfaatkan laluan ini sebagai tarikan pelancong! Boleh libatkan artis tempatan atau pelajar s...
03/11/2024

Cadangan yang baik untuk memanfaatkan laluan ini sebagai tarikan pelancong!

Boleh libatkan artis tempatan atau pelajar seni untuk menghasilkan mural atau lukisan yang menarik di sepanjang jambatan ini.

Lukisan boleh merangkumi tema budaya tempatan, alam semula jadi, atau elemen sejarah kawasan tersebut, menjadikan ia lebih bermakna dan unik.

Selain menambah nilai estetika, ia juga dapat menarik minat pelawat untuk datang dan mengambil gambar, sekaligus mempromosikan keindahan seni tempatan.

30/10/2024

Selamat pulang ke kampung halaman buat anak-anak Teluk Intan di perantauan

Apa yg paling dicari jika balik? Mee Mastan atau Air Bandung Tarik 😎

Apa Yang Penganjur Sambutan Guan Gong Perlu Belajar dari Sambutan Chitrapournami Di Teluk Intan?1. Setiap tahun, sambuta...
28/10/2024

Apa Yang Penganjur Sambutan Guan Gong Perlu Belajar dari Sambutan Chitrapournami Di Teluk Intan?

1. Setiap tahun, sambutan Chitrapournami di Teluk Intan berjaya diadakan dengan penuh tertib dan hormat, menarik kehadiran pengunjung dari pelbagai negeri dan luar negara. Perarakan ini, yang disambut oleh masyarakat Hindu menunjukkan contoh baik penganjuran acara besar-besaran di kawasan ini.

2. Pihak penganjur Chitrapournami telah bekerjasama rapat dengan agensi tempatan, memastikan setiap aspek keselamatan, trafik, dan keselesaan masyarakat setempat diutamakan.

3. Penduduk diberi makluman awal mengenai jadual acara serta sebarang penutupan jalan. Ini membolehkan komuniti setempat membuat persiapan yang sewajarnya dan mengelakkan gangguan yang tidak perlu.

4. Lebih penting, walaupun dihadiri pengunjung antarabangsa, sambutan Chitrapournami dilangsungkan tanpa perarakan bendera dari luar, mengambil kira sensitiviti masyarakat Teluk Intan.

5. Dalam memastikan kemeriahan acara, penganjur diingatkan untuk menghormati dan menyesuaikan perancangan dengan sensitiviti serta keperluan penduduk setempat.

Kejayaan sambutan Chitrapournami adalah bukti bahawa keharmonian dan rasa hormat mampu menarik pelancong serta meningkatkan imej Teluk Intan sebagai destinasi pelbagai budaya yang aman.

Oleh itu, penganjur Perarakan Guan Gong digesa untuk mengambil panduan daripada penganjuran sambutan Chitrapournami ini.

Gabunngan Anak Prihatin Teluk Intan
GAPTI
28.10.2024

27/10/2024
27/10/2024

IPOH: Polis membuka kertas siasatan terhadap perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih 300 individu di Dataran Menara Condong Teluk Intan, semalam kerana tiada notis dihantar penganjur bagi acara itu.

Peringatan Kepada Penganjur Program Melibatkan Orang AwamKami prihatin dengan insiden yang berlaku baru-baru ini dan ber...
27/10/2024

Peringatan Kepada Penganjur Program Melibatkan Orang Awam

Kami prihatin dengan insiden yang berlaku baru-baru ini dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua penganjur program agar lebih berhati-hati dalam perancangan serta pelaksanaan acara.

1. Bekerjasama Dengan Agensi Tempatan
Pastikan berurusan dengan agensi-agensi tempatan. Mereka sedia membantu dengan memberi panduan dan nasihat yang relevan untuk memastikan program berjalan lancar dan mengikut peraturan setempat.

2. Makluman Awal Kepada Orang Awam
Beri makluman awal kepada penduduk setempat, khususnya di Teluk Intan. Ini bukan sahaja sebagai persiapan tetapi juga tanda hormat kepada masyarakat setempat yang mungkin terlibat atau terkesan dengan program yang diadakan.

3. Gunakan Bahasa Kebangsaan
Jadikan bahasa kebangsaan sebagai medium utama komunikasi sepanjang program. Ini penting untuk memastikan mesej disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

4. Hormati Norma dan Budaya Tempatan
Ambil kira norma dan budaya masyarakat setempat dalam setiap aspek program. Menara Condong Teluk Intan bukan sekadar mercu tanda, ia melambangkan kesatuan dan identiti penduduk tempatan. Hormatilah keunikan ini dengan menjaga adab dan kesopanan.

Sebagai penganjur, marilah kita pastikan setiap program yang dianjurkan bukan sahaja membawa manfaat, tetapi juga mendekatkan hubungan dengan komuniti setempat.

GAPTI
27.10.2024

26/10/2024
Kenyataan Menggesa Tindakan Bertanggungjawab oleh YB Woo Kah LeongKami mendesak agar YB Woo Kah Leong, ADUN Pasir Bedama...
26/10/2024

Kenyataan Menggesa Tindakan Bertanggungjawab oleh YB Woo Kah Leong

Kami mendesak agar YB Woo Kah Leong, ADUN Pasir Bedamar, mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden pengibaran bendera asing dalam acara Festival Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa yang diadakan di Teluk Intan.

Gabungan Anak Prihatin Teluk Intan
GAPTI
26.10.2024

Anwar Ibrahim
Saarani Mohamad

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Anak Teluk Intan Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share